Budaya Malaysia memang unik. Kalau anda seorang blogger, anda patut bangga dan mengunakan keunikan yang ada dalam budaya Malaysia untuk menarik minat orang luar membaca blog anda. Dalam situasi yang ada sekarang, sudah semakin ramai orang luar yang mahu mengetahui mengenai Malaysia.

Bagi blogger yang mempunyai akaun Adsense, inilah masanya untuk buat duit dalam USD. Letakkan iklan Adsense di dalam entri-entri berkaitan Malaysia, terutama sekali berkaitan tips melancong di Malaysia. Ini termasuklah juga dengan aspek budaya yang unik.

Budaya Malaysia Memang Unik

Cuba anda lihat gambar di bawah ini. Dari satu gambar ini sahaja, anda boleh membuat beberapa entri mengenai kelebihan dan keunikan yang ada di Malaysia. Saya pasti, akan ada pelancong luar yang akan membaca blog anda. Usah risau mengenai bahasa, kerana blog blogspot akan tersedia automatik Google Translation untuk kemudahan pengunjung luar. Jika mahu lebih mudah, letakkan sahaja widget translator Google dalam blog.
Budaya Malaysia yang unik ini adalah satu kelebihan kepada blogger Malaysia untuk menulis dan menambah income dalam USD. Jika anda bijak memanipulasi enjin carian, dengan mudahnya anda boleh mendapatkan income USD menerusi CPC (Cost-Per-Click) dengan iklan kontekstual Adsense yang tepat.

Hanya aplikasinya beberapa tips Adsense yang pernah saya berikan, in Sha Allah, income Adsense anda boleh berganda dari sebelumnya.

Situasi RM yang lemah, dan USD yang mengukuh menyebabkan Malaysia menjadi antara destinasi pilihan pelancong luar. Dan sudah semestinya mereka ini, sebelum memilih Malaysia sebagai destinasi percutian, tentu sekali akan gunakan khidmat Google untuk mencari maklumat dan info mengenai Malaysia, apatah lagi mengenai budaya di sini, serta tempat menarik yang ada.

Begitulah caranya bagaimana AirAsia mempromosikan Malaysia, menerusi budaya unik masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama dan bangsa. Walaupun dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah dunia, namun ia tidak menjadikan mereka sebuah syarikat penerbangan yang lemah. Malah, ia berjaya mencatat keuntungan dan sering memberikan sesuatu yang terbaik untuk rakyat Malaysia (menerusi tawaran tambang murah).

Jadi, sebagai blogger cubalah contohi apa yang AirAsia ini buat. Murahkan kandungan blog anda dengan informasi-informasi berkaitan Malaysia. Anda blogger Malaysia, maka perkara itulah yang sepatutnya anda tulis!

Bukannya menulis supaya pekung Malaysia didedahkan kepada dunia sehingga segala aib terbuka.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement