Shopping di Lazada sekali lagi. Memang setiap bulan, akan ada benda yang saya shopping di Lazada. Terbaru adalah sebuah portable hard disk jenama Lenovo berkapisiti 1 TB. Saya beli waktu diskaun 90% tempoh hari. Memang berbaloilah beli masa tu.

Saya telah beli portable hard disk Lenovo F309 1TB USB 3.0 ini dengan harga RM179.00 termasuk GST, harga terkini saya lihat di Lazada ketika ini ialah RM299, dengan diskaun diberikan menjadikan harga ditawarkan ialah RM225. Fuh .. masih lagi murah semasa saya beli.

Beli Lenovo F309 1TB USB 3.0 - RM179

Shopping Online Lenovo di Lazada
Jika Lazada buat sales menggila, memang saya akan usyar produk best-best yang dijual. Mana saya fikir perlu dibeli dengan tawaran harga yang lebih daripada 80% diskaun, memang tak teragak masuk dalam shopping-cart saya.

Produk sampai dalam masa 3 hari selepas saya beli. Produk terbungkus rapi dan dihantar menerusi Nationwide Express.
Shopping Online Lenovo di Lazada

Tips Shopping Online Lazada

Jika nak shopping di Lazada, selalunya saya akan lihat pada harga, pada tawaran diskaun, pada review yang diberikan, dan paling penting siapakah yang akan deliver produk tersebut ... atau dengan kata lain, siapakah seller produk. Saya cuma akan pilih seller Lazada sahaja. Belum lagi order barang dari luar negara, dan belum lagi order barang selalu daripada seller Lazada.
Shopping Online Lenovo di Lazada
Dan setakat ini, memang puas hati dengan servis yang diberikan. Barang semua hantar dalam keadaan elok serta dibungkus rapi. Saya dah cuba semua proses pembayaran, dari bayar online guna Maybank2u, bayar guna kad debit, bayar guna kad kredit, serta COD.

Paling manis bila beli barang guna COD, wakil penghantaran TAQBIN ialah merupakan sahabat lama, dan merupakan rakan saya yang minat mengenai blog. Selepas pertemuan tersebut, dia datang jumpa saya untuk tuntut ilmu mengenai blog dan cara buat duit online...huhu...

Tak sangka sungguh!


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement