Langkau ke kandungan utama

Ayam Kampung RM3 Seekor

Ayam Kampung. Masa kecik-kecik dulu memang saya suka bela ayam. Malah, arwah abah sediakan satu reban yang besar untuk membela ayam kampung. Ketika itu harga seekor ayam kampung dalam RM5-RM6 sekilogram (tahun 90an). Selalu dijual pada cina Apek yang naik motor bawa bakul ayam. Sekarang, harga seekor anak ayam kampung dijual RM3 seekor dan bagi ayam kampung dewasa (dara) yang dah disembelih, paling tidak dalam RM12-15 seekor.

Harga ayam kampung memang mahal. Ada penternak ayam kampung yang jual RM13-RM15 sekilogram untuk ayam kampung betina (dara) hidup. Selalunya ayam kampung dijual ikut saiz, ada saiz S, M, L dan XL ... macam saiz pakaian .. hahaha..  harganya pula dari serendah RM9 seekor sehinggalah RM18 seekor. Dan harga ayam kampung hidup dan diproses adalah berlainan.

Harga Anak Ayam Kampung RM3 Seekor

Harga ayam kampung siap diproses memang mahal. Ini adalah kerana ayam kampung tidak main cucuk-cucuk untuk cepat besar. Ayam kampung cari makan sendiri, walaupun ada masa diberi makan dedak dan gandum. Ayam kampung hidup bebas dan tidak terkurung. Isi dagingnya lebih sedap dan kurang lemak seperti ayam daging yang diternak dalam reban yang berhawa dingin dan tertutup (ada yang terbuka).

Sekarang, kebanyakkan ayam kampung diternak dalam kawasan yang luas seperti ladang kelapa sawit dan juga ladang getah. Ia dibiarkan bebas tetapi ada kawalan pagar. Ada reban yang besar dan luas untuk ayam kampung bertelur dan berteduh.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ayam kampung ada banyak jenis. Kebanyakkannya telah terkacuk sendiri, ada kacukan Siam, ada kacukan dari Indonesia, ada kacukan dengan Ayam Hutan. Saya pernah bela ayam kampung jenis Ayam Sabung, Ayam Bulu Terbalik, Ayam Botak, Ayam Botak Tengkuk, Ayam Putih, Ayam Hitam, Ayam Kaki Berbulu ... ini semua nama ayam-ayam kampung. Nama saintifik, nama spesies sebenar ayam tidaklah saya tahu tapi memang inilah jenis ayam kampung yang satu ketika dahulu banyak terdapat di kampung saya.
Ayam Sabung, kalau dah tua ... barulah dijadikan lauk rendang. Ayam Sabung adalah ayam jantan. Teringat lagi akan ayam sabung saya bernama Jalak (memang nama ayam jaguh untuk ayam sabung). Jalak badannya nampak gah, setiap kali nak berkokok pagi, dada akan mendepa, tengkok akan menjulang ke atas, dan matanya akan tajam melihat sekeliling. Pantang nampak ayam jantan lain, pasti nak diajak bertarung, apatah lagi bila Jalak dah ada betinanya sendiri.

Tips Kenali Ayam Kampung

Nak berikan sedikit tips bagaimana nak kenal ayam kampung yang telah diproses.
  • Saiz ayam kampung agak kecil daripada ayam daging ternak.
  • Kaki ayam kampung agak hitam dan kekuningan yang terang setelah diproses.
  • Ayam kampung perlukan masa antara 6 bulan untuk boleh dijual, ada yang makan masa 3 bulan ikut jenis kacuk.
  • Daging ayam kampung kenyal dan sedikit liat.
  • Kurang lemak.
Anak ayam kampung, warnanya original .... huhuhu .. pernah juga ternak ayam daging, beli anak-anak ayam ni kat pasar malam, siap berwarna-warni lagi ... dah besar, hilang dah warna dia.... semua putihhh je. Tak macam ayam kampug yang ada pelbagai corak dan pelbagai jenis.

Khasiat Ayam Kampung

  • Ayam Kampung berprotein tinggi sebab sumber makanannya yang pelbagai.
  • Ayam Kampung kurang kolesterol dan kurang berlemak kerana ayam kampung aktif bergerak.
  • Dagingnya yang pejal dan sedikit liat menjadikan ia lebih tahan lama setelah dimasak.
  • Tidak disuntik dengan hormon pembesaran.

Begitulah ceritanya mengenai ayam kampung, sedikit pengalaman dan sedikit info berkaitan ayam kampung.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…