Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari September, 2015
Ramadan 2017 Promo

Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya

Apakah rahsia untuk menjadi seorang agen hartanah yang berjaya? Kepada mereka yang nampak peluang untuk jana income menerusi bidang hartanah sudah pasti ingin tahu bagaimanakah cara untuk menjadi seorang agen/ejen/broker hartanah yang berjaya.

Mengapa hartanah? Kalau anda dah mengikuti seminar 7 hari WTF Sarjana Hartanah pada tahun 2014 tentu dah sedia maklum akan potensi besar dalam bidang ini. Malah di dalam seminar hartanah murah lagi berbaloi yang dianjurkan oleh blogger hartanah terkenal Abang Ensem pun dah ada cerita.

Buku-buku berkaitan hartanah yang mesti baca pun banyak dah bongkar segala rahsia dan teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang agen hartanah berjaya, dan cara menjadi seorang pelabur hartanah yang bertaraf jutawan.
Rahsia Menjadi Agen Hartanah Berjaya Ada dua cara untuk jana income menerusi hartanah ini.
Menjadi pelabur atau membuat pelaburan dalam bidang hartanahMenjadi agen atau broker yang menjual hartanah.
Antara dua cara tersebut, satu memerlukan modal, dan…

Tahniah! Anda Telah Dapat Komisyen

Tahniah. Anda telah dapat komisyen!. Ini merupakan tajuk email paling seronok setiap kali mendapat notifikasi email baru setiap hari. Jika anda seorang pengguna internet, di mana setiap hari membuka dan membaca email, tidakkah anda mahu mendapat tajuk email seperti ini setiap hari?

Sejak saya mendaftar menerusi program affiliate, setiap minggu pasti akan menerima email bertajuk seperti di atas. Ada banyak variasi tajuk email seperti ini, tetapi dengan maksud yang sama - iaitu memberitahu bahawa link affiliate kepunyaan saya telah menjana komisyen iaitu income menerusi link affiliate.
Tahniah Anda Telah Dapat Komisyen Antara banyak-banyak program buat duit online yang saya sertai, program affiliate adalah paling berbaloi. Ini adalah kerana ia membayar income anda dalam bentuk komisyen yang sangat lumayan. Anda boleh terima komisyen sehingga ribuan ringgit hanya dengan satu produk affiliate - dan saya pernah membuktikannya.
Peluang Jana Income Dari RM0.50 Sehinggalah Ribuan Ringgit Men…

Masalah Kulit Hilang Dengan Zizani Secret Soap

Masalah kulit hilang dengan menggunakan Zizani Secret Soap. Adakah anda terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah kulit di wajah? Anda mungkin mahu mencuba satu lagi produk tempatan yang boleh membantu menyelesaikan masalah kulit wajah anda iaitu Zizani Secret Soap.
Masalah Kulit Hilang Dengan Zizani Secret SoapZizani Secret Soap diyakini oleh para penggunanya bahawa ia dapat bantu menyelesaikan masalah kulit wajah berikut:
Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragatMembantu mengawal kulit berminyak dan berjerawatMembersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulitMembekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyakMembantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halusMembekalkan antioksida yang penting untuk kulit melawan kesan UV matahariSesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitifFormulasi natural yang unik, tanpa pengelupasan, tanpa paraben dan SLS Antara kesan paling ketara yang boleh diberikan oleh Zi…

Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version Sah Masalah ABS

Sah. Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version bermasalah sistem ABS. Jika anda ada mengikuti kisah saya mengenai kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version yang isteri saya baru beli tak sampai pun dua minggu menggunakannya, tentu mahu tahu akan kesudahannya.

In Sha Allah, dalam entri ini saya akan tulis akan penamat cerita pengalaman saya ini, dan apakah yang telah berlaku kepada kereta Perodua Axia Advance Version milik isteri saya. Atas nasihat daripada salesman, saya telah menghantar kereta tersebut untuk diperiksa di Pusat Servis Perodua Nibong Tebal.

Saya telah daftarkan kereta Axia untuk diperiksa pada jam 9:00 pagi. Dan ia diperiksa oleh ketua mekanik di situ dalam jam 10:00 pagi memandangkan banyak kenderaan yang perlu diservis ketika itu. Lagipun, saya tidak melakukan temujanji secara khusus.
Axia Advance Version Sah Masalah ABS Lebih kurang 2 jam diperiksa, ketua mekanik memberitahu saya bahawa terdapat masalah pada sistem ABS kereta Perodua Axia milik isteri saya. Punca ma…

Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands

Petik cendawan segar di S Corner, Cameron Highlands. Selalunya kalau ke Cameron Highlands, kita akan petik strawberry segar, atau daun teh segar. Tapi, pernah tak anda ke Cameron Highlands, pergi petik cendawan (mushroom) segar? Saya fikir tentu ramai tak tahu akan kewujudan tempat ni, yang saya rasa satu-satu tempat di Cameron Highlands yang ada jual cendawan organik segar yang boleh dipetik.

Biasanya cendawan banyak dijual di Pasar Malam Brinchang. Malah, ada yang dijual dalam bentuk Cendawan Goreng. Saya baru tahu, rupa-rupanya terdapat satu tempat di Cameron Highlands yang mengusahakan cendawan organik segar, dan anda boleh beli dan petik sendiri cendawan organik yang dijual.
Petik Mushroom Segar S Corner Cameron Highlands S Corner Central Market ialah merupakan antara destinasi di Cameron Highlands yang menyediakan jualan fresh mushroom terus dari ladang. Anda boleh pergi ke S Corner Central Market yang terletak hanya 2km dari Brinchang. Senang je nak tahu tempat ni, ia terletak …

Janet Jackson Peluk Islam

Janet Jackson peluk Islam. Begitulah laporan dari beberapa laporan berita luar negar yang menyebut bahawa Janet Jackson sudan memeluk Islam, mengikut jejak langkah abang-abangnya iaitu Michael Jackson dan Jermain Jackson.
Janet Jackson Peluk Islam Penyanyi berkenaan diberitakan begitu serius mendalami agama Islam termasuk sudah tampil dengan imej yang sopan dan mengawal gerak tariannya ketika meneruskan siri jelajah 'Unbreakable. Sumber yang berkongsi dengan akhbar The Sun memberitahu, Janet yang juga isteri kepada ahli perniagaan kaya, Wissam Al Mana begitu menghormati Islam.
Seandainya benar, sebagai seorang umat Islam, saya rasa bersyukur. Nyata hidayah Allah S.W.T itu tidak memilih siapa pun.

Sejak dua menjak ni, semakin ramai selebriti samada yang di dalam negara mahupun luar negara yang memeluk agama Islam. Dan kisah mereka menjadi perhatian masyarakat.


Banglo RPP Cameron Highlands

Banglo Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands. Saya belek punya belek artikel di dalam blog ini, rupanya saya tak pernah lagi kongsi gambar RPP Cameron Highlands yang selalu saya ceritakan jika bercuti ke Cameron Highlands.

Cameron Highlands, Pahang adalah antara destinasi pilihan holiday getaway kami sekeluarga. Setiap tahun, kami pasti akan ke Cameron Highlands, dan tempat penginapan kami di sana selalunya ialah RPP Cameron Highlands. Tempahan RPP Cameron Highlands selalunya dibuat awal, paling kurang 3 bulan awal sebelum tarikh. Setiap hujung bulan, samada saya atau isteri yang akan masuk ke laman web tempahan RPP ini untuk melihat kekosongan yang ada.
Banglo RPP Cameron Highlands Memang susah nak tempah penginapan di RPP Cameron Highlands ini, termasuklah unit banglo yang ada 3 unit di RPP Cameron Highlands; selalu sahaja penuh. Tempahan hanya boleh dilakukan di laman web Sistem Bersepadu BPH. Pernah juga cuba untuk walk-in selepas jam 3 petang, tetapi setakat ini p…

Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun Paypal?

Kenapa blogger Malaysia perlukan sebuah akaun Paypal? Paypal adalah merupakan salah satu cara untuk anda terima dan hantar wang secara online dari dan ke seluruh dunia. Ia sebuah perkhidmatan percuma yang disediakan kepada semua. Hanya sedikit caj dikenakan untuk urusan-urusan tertentu seperti pengeluaran wang terus ke akaun bank.

Saya sudah memiliki akaun Paypal sama lama dengan saya mempunyai blog peribadi. Malah, kalau ikutkan saya telah mempunyai akaun Paypal ini sejak sebelum adanya blogspot lagi. Memang dah tua akaun Paypal saya. Macam-macam transaksi telah saya lakukan menerusi akaun Paypal saya.
Kenapa Blogger Perlu Ada Akaun Paypal? Antara transaksi yang telah saya lakukan di Paypal ialah:
Beli barang online dari laman web online store antarabangsaBayar untuk online shopping samada menggunakan 'tunai' mahupun kad kredit.Beli ebook exclusive daripada pakar pemasaran online antarabangsaHadiri kursus online mengendali blogTerima bonus wang daripada sumber antarabangsaTer…

Berkebun Dalam Pasu

Berkebun dalam pasu, bukanlah sesuatu yang pelik. Daripada tanam pokok bunga yang hanya mencantikkan dan mengindahkan laman rumah, lebih baik tanam pokok herba atau sayuran yang boleh berikan hasil. Sebagai seorang house husband yang tinggal di kawasan perumahan, memang sukar nak berkebun di tanah, lebih-lebih jika kediaman memang tak ada tanah yang luas untuk melakukan aktiviti sihat ini.

Alhamdulillah, isteri saya adalah antara mereka yang suka bercucuk tanam. Walaupun sibuk kerja di pejabat (sekarang sambung belajar), dia sempat bercucuk tanam. Dek kerana tiada tanah kebun sendiri, maka aktiviti berkebun terpaksalah dibuat menerusi pasu.
Berkebun Dalam Pasu Antara tanaman yang isteri saya tanam menggunakan pasu ialah sawi, bayam, cili api, cabai masak, daun kari, daun pandan, kangkung, limau nipis, dan banyak lagi. Ada yang bertahan lama, ada yang mati selepas keluarkan hasil 2-3 kali. Mana yang membesar, dialih dan ubah pada tanah sekangkang kera yang ada.
Faedah dan Manfaat Berk…

11 Pesanan Tun Mahathir Untuk Rakyat Malaysia

11 pesanan Tun Dr Mahathir untuk rakyat Malaysia adalah sebuah catatan ikhlas, benar dan jujur yang telah dibuat oleh Tuan Hasbul' Aqil, CEO MajalahNiaga.com. Perkongsian ini telah menjadi antara perkongsian yang viral di laman sosial, dan telah disiarkan di beberapa blog dan laman web berpengaruh termasuklah TheVocket.com dan juga MajalahNiaga.com sendiri.

Ia merupakan sebahagian daripada perkongsian kisah kejayaan 3 ikon personaliti negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato' Kamaruddin Meranun (Dato' Din Meranun), Dato' Siti Nurhaliza di dalam program The Journey, di bawah anjuran Generasi Bersatu Malaysia

Ikuti 11 pesanan Tun Dr. Mahathir yang ditulis oleh Tuan Hasbul' Aqil ini, semoga ia menjadi panduan serta inspirasi untuk semua, khususnya untuk pembaca blog saya.
11 Pesanan Tun Mahathir Untuk Rakyat Malaysia *Nota ini ditulis oleh Tuan Hasbul' Aqil.
Sebentar tadi, saya dan team Majalah Niaga telah dijemput untuk mengikuti program The Journey, di bawah…

Weekend Getaway Bersama Keluarga di Golden Sands Resort, Batu Feringgi, Penang

Weekend getaway di Hotel Golden Sands Resort, Penang. Best. Seronok. Santai. Segar. Mengujakan. Itulah yang boleh saya gambarkan secara am mengenai percutian hujung minggu (weekend getaway) di Hotel Golden Sands Resort. Nyata terbaik. The Golden Sands Resort merupakan sebuah resort yang sangat sesuai untuk keluarga bercuti, bersantai sambil berseronok di hujung minggu, mahupun di minggu cuti persekolahan.

Ikuti catatan pengalaman saya bersama isteri dan tiga orang anak saya menghabiskan masa bersama selama 3 hari 2 malam di Golden Sands Resort sewaktu cuti hujung minggu baru-baru ini. Ia antara percutian bersama keluarga yang boleh saya berikan 4.5 bintang daripada 5. Anda patut baca!
Weekend Getaway Golden Sands Resort Penang Sebelum itu, saya nak cerita sedikit info mengenai Hotel Golden Sands Resort, yang diuruskan oleh Shangri-La, satu jenama antarabangsa perhotelan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Hotel Golden Sands Resort ini merupakan resort family oriented yang terletak d…

Harga Bayaran Proses Permohonan MyKad JPN

Harga bayaran untuk proses permohonan MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial mengenai harga terkini untuk bayaran proses permohonan MyKad JPN yang telah dinaikkan dari RM10 kepada RM50.

Ia telah menjadi antara informasi viral di laman sosial sehingga menyebabkan rasa kurang senang rakyat Malaysia secara amnya. Ramai yang telah berkongsi informasi salah tersebut sehingga membuatkan pihak JPN terpaksa mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagi memperbetulkan fakta, dan meredakan ketidakpuas-hatian sesetengah pihak.
Harga Bayaran Proses Permohonan MyKad JPN Laman sosial Facebook JPN dihujani banyak pertanyaan mengenai harga bayaran proses permohonan terkini MyKad tersebut.

Di bawah ini merupakan sebahagian kenyataan media oleh JPN berkaitan harga bayaran terkini proses permohonan MyKad, termasuklah harga proses permohonan gantian MyKad. Ia masih kekal RM10, manakala untuk permohonan MyPR masih RM40.

Harga Proses Permohonan MyKad Kekal RM10…

Blogger serta Pramugari Radiah Sarip Viral di Laman Sosial

Tak pelik pada saya. Tapi itulah, mungkin rezeki buat blogger Radiah Sarip yang kini merupakan seorang pramugari di Saudi Arabian Airlines. Diri dan wajah Radiah Sarip kini viral di laman sosial Facebook baru-baru ini. Blogger lifestyle yang berasal dari Melaka ini dulunya adalah seorang model busana muslimah. Bila sebut model, tentulah orangnya cantik, tak gitu?
Blogger Radiah Sarip Viral Kerana Menjadi Pramugari BerhijabRadiah bt Sarip, seorang pramugari, yang juga seorang blogger, dan seorang model ini tiba-tiba dikenali menerusi laman sosial Facebook apabila gambar dirinya beruniform sebagai pramugari menjadi viral. Viral sebab dirinya adalah pramugari yang memakai tudung. Tak pelik pada saya. Apatah lagi, ditambah dengan dirinya yang berwajah cantik, dan pernah menang dalam pencarian model pada tahun 2014.
Muncul Dalam Utusan Malaysia Radiah pernah muncul dalam akhbar Utusan Malaysia pada Mei 2015, dan merupakan gadis yang mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan A…