Langkau ke kandungan utama

Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Mulai September 2015

Sisa pepejal perlu diasingkan mulai September 2015. Hoho ... berita yang mungkin akan membuatkan sesetengah orang rasa susah hati, rasa tak berapa best, kerana sudah perlu dipaksa untuk asingkan bahan-bahan buangan, dan tidak lagi membuang sampah domestik ikut suka hati seperti kebiasaan.

Mulai 1 September, penduduk-penduduk di negeri-negeri berikut iaitu Perlis, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya adalah tertakluk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Mulai September 2015

Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Mulai September 2015
Untuk itu, penduduk-penduduk di negeri terbabit perlulah mengasingkan sisa bahan buangan mereka mengikut kategori di bawah ini.
  • Sisa Baki - dimasukkan ke dalam tong sampah beroda
  • Sisa Pepejal Yang Boleh Dikitar Semula - dibungkus mengikut kategori ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong sampah.

Denda Jika Tidak Patuh

Pelekat khas warna merah akan dilekatkan jika peraturan ini tidak diikuti, dan sampah tidak akan dikutip. Tindakan boleh dikenakan terhadap pemilik premis seperti dinyatakan di bawah ini.
Denda dan Kompaun Sisa Pepejal Wajib Diasingkan Mulai September 2015

Tempat Pembuangan Sampah Kita Tenat

Fuh .. bagi saya, apa yang dilakukan oleh pihak berkaitan memang ada baiknya. Saya sendiri tiada masalah untuk ikuti peraturan ini sebab memang saya telah melakukannya sejak sekian lama.

Selalunya saya akan kumpul dahulu bahan-bahan yang boleh dikitar semula sebelum diletakkan di tepi tong sampah. Walaupun saya tinggal di negeri yang tidak terlibat dengan akta ini, tetapi sebagai seorang yang percaya bahawa tempat pembuangan sampah kini sudah semakin terhad, maka memang ada kewajaran peraturan ini dikuat-kuasa mulai September 2015.

Untuk pengetahuan, saya ada beberapa orang rakan dan sahabat yang kerja dalam bidang pengurusan sisa pepejal di Penang, malah saya sendiri pernah ke tapak pelupusan sampah yang terletak di Pulau Burung. Memang menakutkan sekali melihat jumlah sampah yang sudah tidak terbendung.

Dan mungkin ada yang tidak tahu, ada pekerja yang berkhidmat siang dan malam semata nak asingkan sisa pepejal boleh kitar semula ini di tempat pembuangan sampah. Tapi, cuba bayangkan jika sehari penduduk negeri hasilkan jutaan tan sampah ... agak-agak mereka ini akan terus-terusan sanggup nak hadap timbunan sampah yang busuk itu semata-mata memastikan masih ada ruang untuk pelupusan sampah?

Itu belum cerita soal air leychet yang berbau hanyir dan meloyakan.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…