Langkau ke kandungan utama

Perkhidmatan Bas Rapid Penang Parit Buntar - Penang Sentral

Perkhidmatan bas intercity Rapid Penang antara Parit Buntar - Penang Sentral. Wah, satu perkhabaran cukup gembira bagi penduduk daerah Kerian, terutama di kawasan Parit Buntar apabila Rapid Penang Sdn Bhd telah meyediakan perkhidmatan bas intercity antara Parit Buntar dengan Penang Sentral di Butterworth.
Perkhidmatan Bas Rapid Penang Parit Buntar - Penang Sentral

Perkhidmatan Bas Rapid Penang Parit Buntar - Penang Sentral

Perkhidmatan ini telah bermula sejak 8 Ogos 2015, dan telah dirasmikan pada 11 Ogos 2015 di Hentian Raya Parit Buntar. Majlis tesebut telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Abu Bakar Md Ali. Ia bermula seawal jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam setiap hari, dengan tambang keseluruhan adalah sebanyak RM4.70, dengan jarak perjalanan sejauh 44km dalam masa tiba setiap lokasi sekurang-kurangnya sejam.

Laluan Bas Rapid Penang Parit Buntar - Penang Sentral

Saya difahamkan terdapat enam buah bas Rapid Penang disediakan untuk laluan ini. Laluan atau hentian yang terlibat dengan perkhidmatan baru Rapid Penang Parit Buntar - Penang Sentral ini ialah:

  • Hentian Raya Parit Buntar
  • Kerian Central Mall
  • Permatang Keling
  • Taman Seri Acheh
  • Kampung Dato Keramat
  • Kampung Haji Osman
  • Hub Nibong Tebal
  • Public Packaging
  • Residensi Merbok
  • Tokong Hindu Jalan Baru
  • Padang Kilat
  • Penang Sentral
Pihak Rapid Penang memilih Parit Buntar kerana ia merupakan bandar di Kerian yang berhampiran dengan IPT (USM Transkerian) selain beberapa kolej swasta selain ramai penduduk Kerian yang bekerja di sekitar Butterworth dan Penang.

Fakta Servis Rapid Penang Laluan Parit Buntar - Penang Sentral

  • Tambang penuh - RM4.70
  • Bermula 8 Ogos 2015 dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam
  • Libatkan 8 hentian bas
  • 6 buah bas
  • Jarak perjalanan 44km, dengan masa sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Tempoh menunggu di hentian antara 30-40 minit.

Promosi Tambang Percuma

Dan sempena pelancaran laluan perkhidmatan bas Intercity baharu ini, Rapid Penang menawarkan peluang menggunakan perkhidmatan laluan baharu itu secara percuma kepada orang ramai bermula 8 Ogos hingga 12 Ogos 2015.

Kerja Kosong Sebagai Kapten Rapid Penang

Pihak Rapid Penang juga memaklumkan bahawa pihak mereka memerlukan sekurang-kurangnya 30 pemandu atau kapten bas baru bagi memenuhi keperluan laluan baharu yang dilancarkan oleh Rapid Penang. Selain dari perkhidmatan bas Rapid Penang baharu Parit Buntar - Penang Sentral, turut dilancarkan ialah laluan dari Sungai Petani - Penang Sentral.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…