Serpihan Disahkan Milik MH370

Serpihan disahkan milik MH370. Satu perkhabaran yang melegakan buat mereka yang terbabit secara langsung dengan insiden kehilangan pesawat misteri #MH370. Setelah hilang lebih 500 hari, akhirnya penemuan satu serpihan sayap atau flaperon di Pulau Reunion, sebuah pulau di Lautan Hindi disahkan milik pesawat malang MH370.

Itulah yang dikatakan dalam akhbar hari ini - Serpihan pesawat disahkan milik MH370.

Pengumuman mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar khas mengenainya. Pengumuman itu telah dibuat sekitar jam 1:45 pagi di PWTC.

Serpihan Disahkan Milik MH370

Serpihan Disahkan Milik MH370
Dalam sidang akhbar tersebut, Perdana Menteri mengatakan bahawa pasukan antarabangsa secara konklusif mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion adalah milik MH370. Ia adalah berdasarkan siasatan yang dibuat ke atas serpihan tersebut di sebuah makmal di Toulouse, Peranchis.
Serpihan Disahkan Milik MH370
Tapi, bagi sayalah ... masih terlalu awal untuk memberitahu kepada dunia bahawa serpihan kecil itu milik pesawat MAS MH370 yang diberitakan hilang di selatan Lautan Hindi, terutama apabila ada pengesahan bahawa pihak bertanggungjawab dengan pencarian membuat kesilapan di dalam analisis sebelum ini.

Masih Banyak Misteri MH370 Belum Terjawab

Masih ada lagi misteri MH370 yang belum terungkai di sebalik penemuan tersebut. Masih lagi ramai yang mahu kepastian tentang pelbagai perkara, sehingga pencariannya menjadi antara terhangat di internet. Ramai yang mahu tahu informasi dan maklumat terkini mengenai MH370.

Apapun, dari sudut pandangan positif, apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri setidak-tidaknya akan merancakkan kembali pencarian serta penyiasatan kehilangan MH370 yang sudah lebih setahun berlalu. Dan ia juga akan mengalihkan perhatian dunia daripada masalah 'dalaman' negara terutama membabitkan isu wang 1MDB dan juga perkara lain khususnya mengenai wang derma yang dikatakan dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara.

Kita tunggu dan lihat, di manakah kesudahan cerita ini. Dan apakah ia akan menjadi satu bahan yang tercatat di dalam buku sejarah Malaysia kelak.

Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk dan mengelakkan kita semua dari kesesatan, in Sha Allah.