Pasaraya Longwan di Parit Buntar memang besar. Pasaraya Longwan yang menjual pelbagai barang keperluan ini sememangnya menjadi antara pilihan warga Parit Buntar. Saya dan keluarga memang memilih Longwan kalau mahu mendapatkan barangan seperti periuk, pinggan mangkuk, pakaian kanak-kanak, alat tulis dan barangan untuk keperluan bilik air seperti syampu, sabun mandi, sabun basuh sebab harganya yang murah dan berbaloi.

Pasaraya Longwan Parit Buntar sudahpun berpindah ke lokasi baru. Ini merupakan lokasi yang ketiga - dalam ingatan saya selama tinggal berhampiran pekan Parit Buntar. Dan saya merasakan bangunan Pasaraya Longwan Parit Buntar yang baru lebih luas, dan lebih banyak barangan yang dijual.

Pasaraya Longwan Parit Buntar Memang Besar

Pasaraya Longwan Parit Buntar Memang Besar
Lokasi baru Pasaraya Longwan ini berdekatan dengan KFC cawangan kedua Parit Buntar, iaitu di belakang bangunan yang terletaknya Bank Muamalat Malaysia. Lokasi ini saya fikir lebih selesa kerana adanya petak meletak kenderaan yang lebih banyak selain kedudukannya yang jauh dari kesibukan. Pasaraya Longwan di lokasi baru lebih luas dengan adanya ruang bangunan dua tingkat.

Pasarata Longwan Antara Pilihan Warga Parit Buntar Cari Barangan Murah

Jika nak mencari produk-produk yang murah, Pasaraya Longwan menjadi antara pilihan terbaik selain Pasaraya 2 Ringgit, Pasaraya Ten Ten, Pasaraya Sekupang, Econsave, Pasaraya Hari-Hari dan beberapa lagi pasaraya kecil.
Pasaraya Longwan Parit Buntar Memang Besar
Kalau tiba masa cuti panjang seperti cuti perayaan, dan cuti sekolah, Pasaraya Longwan antara pasaraya yang akan penuh dengan pengunjung. Di sini, anda boleh dapat harga pakaian dari semurah RM2.90 sehinggalah RM29.90. Malah, harga produk seperti Nestle, Yeos, Dutch Lady, barangan keperluan bilik mandi seperti ubat gigi Colgate, Raiyya, Darlie, pencuci muka semuanya dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai biasa.

Inilah sebabnya saya suka tinggal berhampiran pekan kecil Parit Buntar ni .. hehehe...



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement