Majalah Lawak Ujang dan APO? Dihentikan Penerbitan

Majalah Lawak Ujang Apo Dihentikan Penerbitan

Majalah lawak Ujang dan Apo? dihentikan penerbitan. Perkara ini sudah pun disahkan benar, dan menjadi antara berita sedih yang telah viral di laman sosial. Mana tidaknya, ramai kot peminat-peminat kedua majalah lawak ini. Serius, saya sendiri merupakan salah seorang bekas peminat majalah lawak Ujang dan Apo?, uhh adik saya siap langgan lagi majalah Apo? ini masa zaman bangku sekolah.

Majalah Lawak Ujang dan Apo? Dihentikan Penerbitan

Kedua majalah yang cukup popular ini semasa zaman remaja saya dan kebanyakkan orang lain telah sah dihentikan penerbitan bermula 6 Ogos 2015 oleh MOY Publication. Selepas tarikh tersebut, anda tidak akan lagi dapat melihat kelibat dua majalah lawak ini di kedai-kedai buku dan gerai majalah. Ohh sadisnya .. 

Inilah hakikat dan realiti, bukan hanya majalah Ujang dan Apo? sahaja yang telah berhenti penerbitan, malah majalah Anjung Seri dan Jelita dari Berita Publishing yang merupakan syarikat penerbitan tertua negara pun bungkus dan telah hentikan semua penerbitan majalahnya. Uhh Anjung Seri, majalah hiasan dalaman yang cukup popular ni, siap pernah dinobatkan sebagai majalah hiasan dalaman nombor satu di Malaysia!.
Majalah Lawak Ujang Apo Dihentikan Penerbitan

Apa sebab sebenar berlaku perkara ini? Mengapa syarikat penerbitan seperti MOY Publication dan Berita Publication tidak boleh teruskan operasi? Siap kakitangan pun diberikan notis berhenti kerja 24 jam?

Ada banyak sebab mengapa penerbitan majalah-majalah yang sudah menjadi ikon ini dihentikan, antaranya ialah disebabkan kos penerbitan yang semakin meningkat, selain daripada GST yang telah dikenakan kepada majalah-majalah yang merupakan penerbitan bukan ilmiah atau bacaan umum.

Ada Kaitan Dengan Politik?

Di sebalik itu juga, ada juga terkeluar cakap-cakap yang mengatakan syarikat penerbitan ini mempunyai isu dengan keadaan politik semasa negara. Samada benar atau tidak, masih tidak dapat dipastikan. Yelah, adakala dialog yang keluar tu agak ... err .. hmm tak mahulah saya bercakap soal ini. Takut cakap-cakap ini sekadar cakap-cakap sahaja.

Punca Sebenar Majalah Ujang dan APO? Dihentikan Penerbitan


Salah seorang kartunis di dalam MOY Publications, yang bertanggungjawab menerbitkan majalah lawak Ujang dan Apo? ada mengeluarkan kenyataan dan berkongsikan cerita mengapa dua majalah ikonik lawak Malaysia ini dihentikan penerbitannya.

Salam,
Dengan perkembangan baru hari ini, ramai yang bertanya melalui inbox dan komen-komen. Inilah kisah yang ingin saya kongsikan.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu sahabat-sahabat dan karyawan-karyawan di MOY Publication siang tadi. Masing-masing masih mampu berjenaka dan redha dengan ketentuannya. Semoga semuanya bakal sukses dan berjaya dengan halatuju masing-masing selepas ini. InshaAllah.

Saya sempat berdiskusi dengan Pengarah Urusan, Mr Boy (Tuan Yusof Huzairy) cuba bertanya sebab-sebab keputusan drastik tersebut. Dengan berat hati beliau menyatakan, dengan trend yang ada sekarang, kos operasi yang besar tidak mampu menampung penerbitan majalah secara fizikal untuk jangkamasa yang lama. Dengan nilai ringgit yang semakin jatuh, kos kertas yang melambung, GST dan trend pembacaan terkini yang lebih ke arah digital, dunia penerbitan majalah secara konservatif sedang mengalami kemuncupan.

Walau bagaimanapun, beliau sedang mengusahakan satu rangka perancangan melalui Bekazon (laman web online) untuk para peminat kartun majalah APO? dan Ujang untuk terus menikmati karya-karya mereka secara online selagi permintaan menggalakkan. Ruang ini bakal dibuka bukan sahaja kepada pengkarya-pengkarya yang sedia ada, tetapi juga kepada yang baru dan berpotensi.

Sejumlah pampasan RM1.7 juta) juga sudah diperuntukkan sebagai saguhati kepada kakitangan yang tidak bernasib baik. Kepada pengkarya-pengkarya yang masih berminat untuk berkolaborasi dengan projek Bekazon, beliau sangat dialu-alukan. Namun begitu, keputusan adalah di tangan individu-individu pengkarya itu sendiri. Segala-galanya akan ada proses perbincangan agar tiada pihak yang teraniaya.
Buat masa terdekat ini, saya bakal berehat dari berkarya secara serius buat sementara. Mungkin sudah penat sikit. Harap-harap dapatlah fokus sedikit buat kajian tentang trend penerbitan terkini.

Amatlah besar harapan saya diberi kemaafan jika sepanjang saya berkarya di Majalah APO? dan Ujang, ada terkasar bahasa, hati yang tersentuh, jenaka yang kurang bagus dan kesalahan-kesalahan lain yang saya tidak sedari. Semoga pengalaman yang manis dikongsi bersama, yang pahit kita renungkan sebagai pengajaran.

Diharapkan sepanjang 17 tahun berkarya di Majalah APO? sedikit sebanyak ada sumbangan kami bagi memeriahkan dunia industri komik tempatan.

Insha Allah, ini mungkin sementara. Jika ada rezeki berkarya di kesempatan yang lain, saya akan umumkan buat semua. Bertemu lagi kita ya.

Terima Kasih Wasallam

Adios Pronto
KARTUNIS SIREH 

Bagaimana Nasib Kartunis?

Mungkinkah selepas ini ada lagi yang menerima nasib yang sama? Apa akan berlaku pada kehidupan kartunis di Malaysia? Bagaimana mereka nak survive? Uhhh bila mengenangkan ini, memang rasa cukup sedih. Mereka yang selama ini memberikan senyuman dan gelak tawa dalam kehidupan dengan melukis karikatur dan dialog pecah perut sudah ... sukar ditemui lagi dalam media cetak.

Komen anda?

Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,88,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,298,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,356,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Majalah Lawak Ujang dan APO? Dihentikan Penerbitan
Majalah Lawak Ujang dan APO? Dihentikan Penerbitan
Majalah Lawak Ujang Apo Dihentikan Penerbitan
http://3.bp.blogspot.com/-oLwMoa8Yr3o/VcR4KK_ZKEI/AAAAAAABGLs/Fnj1EoXh5JQ/s1600/Majalah-Ujang-Apo-Henti-Penerbitan.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-oLwMoa8Yr3o/VcR4KK_ZKEI/AAAAAAABGLs/Fnj1EoXh5JQ/s72-c/Majalah-Ujang-Apo-Henti-Penerbitan.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2015/08/majalah-lawak-ujang-apo-dihentikan.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/08/majalah-lawak-ujang-apo-dihentikan.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy