Kenapa Perlu Menjadi Blogger Aktif?

Kenapa perlu menjadi seorang blogger yang aktif? Saya sedih. Ada rakan blogger yang sudah tidak aktif, ada yang telah tutup blog. Tak boleh nak buat apa, seperti saya katakan sebelum ini, adalah hak mereka untuk melakukan apa sahaja terhadap blog mereka. Bina blog percuma, nak tutup dan padam blog pun percuma. Jadi, memang mudah nak on off dalam duna blog Malaysia ini, apatah lagi gunakan platform percuma yang memang tiada sebarang komitmen perlu diberikan.

Kenapa perlu menjadi seorang blogger yang aktif?

Jika anda seorang blogger, saya berharap anda jadilah seorang blogger yang aktif. Jika anda tidak aktif, dan memenuhi ruang dunia siber ini, esok lusa ... carian dan artikel dalam internet ini akan penuh dengan benda-benda yang tidak sepatutnya disebarkan. Percayalah, zaman itu pernah berlaku apabila carian Melayu Boleh, Malaysia Boleh, awek cantik, awek cun, dan carian seperti Baby Rina memenuhi setiap pelusuk enjin carian di internet.
Banyak keyword-keyword yang menjurus kepada laman-laman web yang akan merosakkan jiwa senang muncul di carian internet - seandainya blogger tidak aktif menulis, berkongsi sesuatu yang baik dan positif. Jika ramai blogger yang tidak aktif, maka kesempatan akan diambil oleh mereka yang memanipulasikan internet untuk tujuan yang tidak baik. Lambat laun nanti ... masyarakat yang kini sudah terbuka, akan tiada lagi benteng yang menghadkan mereka mencapai informasi yang kurang enak dibaca.
Paling haru ialah apabila anak-anak muda, belasan tahun dan masih di bangku sekolah tanpa sekatan, tanpa halangan dapat mengakses sesuatu yang kita tak boleh nak pantau sepanjang masa. Dewasa ini, anak-anak seawal umur 7 tahun pun sudah tahu menggunakan Google dan Bing untuk mencari sesuatu di internet. Jadi, adalah menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang blogger memastikan apa yang mereka cari ini memberikan impak yang positif untuk akal dan minda mereka.

Dunia internet adalah dunia tanpa sempadan. Walaupun ada sekatan, tetapi tidak semuanya 100% berjaya dihalang. Akan ada mereka yang bijak memanipulasi artikel dan post untuk memenuhi ruang carian internet ini. Kita tidak tahu agenda mereka, tetapi percayalah, mereka bukan mahu membantu masyarakat menjadi masyarakat yang terbaik dunia akhirat.

Jika anda seorang penulis blog, maka jadilah seorang blogger yang aktif. Dan semoga perkongsian manfaat anda di ruangan siber akan memberikan kebaikan buat semua.