Foto-foto serta gambar Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur 2015. Perhimpunan Bersih 4.0 menjadi tumpuan sejak 28 Ogos 2015. Perhimpunan Bersih 4.0 yang dibuat di seluruh Malaysia, termasuklah juga di luar negara membabitkan ribuan rakyat jelata terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat; tidak mengira bangsa dan agama.

Ia bukan sahaja menarik perhatian rakyat marhein Malaysia, tetapi juga diberikan perhatian oleh dunia. Ramai rakan blogger yang telah berkongsikan gambar-gambar berkaitan Perhimpunan Bersih 4.0 ini, yang berlangsung bermula 29 Ogos 2015 dan dijangka berakhir pada tengah malam Ahad 30 Ogos 2015.
Foto Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015

Foto dan Gambar Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015

Sedikit info mengenai Bersih 4.0 ini. Perhimpunan Bersih 4.0 ini dianjurkan oleh Bersih 2.0 iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. Ia merupakan gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga. Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 4.0 ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun. Perhimpunan pertama diadakan pada 10 Nov 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.
Foto Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015
Foto Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015

Lokasi Hangat Perhimpunan Bersih 4.0

Perhimpunan Bersih 4.0 ini melibatkan beberapa lokasi sibuk di ibukota Kuala Lumpur, iaitu Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka yang menjadi tumpuan dan lokasi untuk sambutan ulangtahuan Kemerdekaan Malaysia ke 58 - Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa.

25+ Foto Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015

Saya kongsikan beberapa gambar serta foto berkaitan Perhimpunan Bersih 4.0 ini. Antara yang menarik perhatian ialah kehadiran tokoh negarawan Tun Dr Mahathir serta isteri (mantan Perdana Menteri Malaysia), tokoh politik tempatan dari parti pembangkang, golongan OKU, orang asli, serta orang ramai dengan pakaian unik sempena Bersih 4.0.

Ramai juga orang yang hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 ini di sebalik larangan oleh pihak polis (PDRM) serta beberapa pemimpin berpengaruh Malaysia. Malah, pihak SKMM sendiri ada memberikan amaran akan menyekat mana-mana laman web mahupun blog yang cuba menyemarakkan perhimpunan ini.

Memandangkan tempoh himpun Bersih 4.0 telah pun tamat, maka saya kongsikan gambar-gambar ini untuk tatapan yang mungkin mahu tahu keadaan sebenar di perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur.

Sumber: Dari pelbagai sumber online termasuk blog, facebook, twitter dan juga instagram.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!

Advertisement