Langkau ke kandungan utama

Daftar Mudah Ibadah Qurban 2015 Menerusi EZ Qurban

Daftar mudah ibadah Qurban secara online menerusi EZ Qurban. Qurban merupakan satu ibadah sunat yang sangat dituntut di dalam Islam, dan hanya boleh dilakukan dalam hari tertentu di dalam kalendar umat Islam. Ia ibadah istimewa, diberikan hari istimewa oleh Allah S.W.T untuk dilaksanakan. Ia adalah ibadah khusus yang dilakukan sewaktu Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali Hari Raya Qurban.

Istimewanya lagi ibadah ini menekankan soal kemanusiaan, soal berkongsi rezeki, soal pengorbanan, soal mengingati sejarah hebat dan betapa perlunya menjadi seorang Muslim yang sentiasa bersyukur. Ibadah ini sangat disarankan untuk dilaksanakan buat Muslim yang mempunyai kemampuan, lantas membolehkan rezeki Allah S.W.T dikongsi oleh mereka yang mungkin berada di dalam keadaan daif dan kurang berkemampuan.
Daftar Mudah Ibadah Qurban Menerusi EZ Qurban

Daftar Mudah Ibadah Qurban Menerusi EZ Qurban

Saya tahu ramai yang ingin menyempurnakan ibadah ini yang hanya berlaku bermulanya dari khatib selesai khutbah di pagi Aidiladha hingga pada hari ke 13 Zulhijjah. Ia ibadah istimewa dengan ganjaran sebesar pahala diberikan oleh Allah S.W.T.

Menerusi EZ Qurban (768010-D-H), segala urusan berkaitan perlaksanaan ibadah ini telah dipermudahkan. Ini termasuklah cara mendapatkan haiwan untuk qurban, penyembelihan, serta agihan daging qurban; dan segalanya dilakukan hanya dengan mendaftar secara mudah dan senang menerusi online dikendalikan oleh EZ Qurban Sdn Bhd.

Apa yang perlu dilakukan adalah hanya sediakan pembayaran untuk harga haiwan iaitu lembu atau kambing untuk diqurbankan, dan kemudian isi borang yang disediakan sebagai memberikan kebenaran (akad) bagi mewakilkan perlaksanaan ibadah Qurban ini.

Harga Penyertaan Program Ibadah Qurban

  • Seekor lembu - RM 2,100
  • Seekor kambing - RM 580
  • Satu bahagian lembu - RM 300
*harga termasuk 6% GST yang dikenakan Kerajaan Malaysia

Daftar Mudah Ibadah Qurban Menerusi EZ Qurban
Perlaksanaan ibadah ini akan dilakukan di negara-negara yang mempunyai kadar daif, fakir dan miskin yang tinggi serta amat memerlukan makanan di kalangan umat Islam, antaranya Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Thailand, Kemboja serta Filipina. Ia adalah cara untuk membolehkan daging qurban diagih pada mereka yang berhak dan layak selain memastikan ibadah ini dilaksana dengan sempurna, sesuai dengan tujuannya dilakukan.

Cara Untuk Mendaftar dan Pembayaran

Pendaftaran untuk program ibadah Qurban menerusi EZ Qurban boleh dilakukan secara online menerusi pautan berikut - Daftar Qurban EZ Qurban. Namun, dinasihatkan bahawa sebelum anda melakukan pendaftaran, sila jelaskan dahulu bayaran bagi haiwan qurban yang mahu dilaksanakan.

Pembayaran boleh dilakukan menerusi cara-cara berikut:
  • Menerusi Perbankan Online
  • Menerusi Mesin Deposit atau Cash Deposit Machine (CDM)
  • Menerusi ATM - Pindahan Wang
  • Menerusi kaunter bank
Atas nama EZ Qurban Sdn Bhd (768010-D-H) menerusi akaun-akaun seperti di bawah.
  • Maybank Islamic Berhad - 5624 0550 5189 
  • Bank Islam (M) Berhad - 1211 3010 0292 76
Penting! Anda perlu hantar pengesahan pembayaran ini menerusi borang online yang disediakan. Ini bermakna, anda perlu menyimpan slip transaksi (ATM/CDM/perbankan online/kaunter), dan perlu samada scan, save as, ambil gambar butiran transaksi tersebut. Jika tidak begitu faham, anda boleh rujuk cara-caranya menerusi pautan berikut - Pengesahan Bayaran EZ Qurban

Seandainya anda menghadapi masalah untuk mengisi borang dan menghantar pengesahan pembayaran, boleh mohon bantuan menerusi 3 cara di bawah ini.
  1. WhatsApp ke +6013 318 6984
  2. Emelkan ke ezqurban.adm@gmail.com
  3. Laman Facebook EZ Qurban Sdn Bhd (https://www.facebook.com/ezqurban?fref=ts)
Pembayaran juga boleh dilakukan di pejabat EZ Qurban di alamat berikut:

EZ Qurban Sdn Bhd
No. 125-1A, Jalan 3, Batu Cave Centrepoint
68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan

Waktu urusan dari jam 9:00 pagi - 5:00 petang setiap hari, dan jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang pada Sabtu dan Ahad.

Mengapa Pilih EZ Qurban Untuk Daftar Program Ibadah Qurban?

Saya berikan beberapa sebab untuk anda memilih EZ Qurban untuk menguruskan ibadah qurban yang mahu anda laksanakan.
  1. Kakitangan EZ Qurban mempunyai pengalaman lebih daripada 7 tahun melakukan program ibadah Qurban.
  2. Servis disediakan adalah mudah, dan cepat - segalanya secara online.
  3. Setiap penyertaan diberikan sijil.
  4. Sembelihan Qurban dilaksanakan dengan tertib dan mengikut prosedur setiap negara terlibat.
  5. Daging Qurban diagih kepada penerima yang sepatutnya - tiada pembaziran, dan lebih khusus.
Jika anda sudah berniat mahu melakukan ibadah Qurban pada tahun ini, maka saya syorkan anda mendapatkan servis dan perkhidmatan secara online yang disediakan oleh EZ Qurban. Ia merupakan pilihan terbaik, pantas dan dipercayai.
[Info] Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban. 

Untuk info lebih lanjut, termasuklah mengenai butiran syarikat, gambar aktiviti program serta testimonial daripada pelanggan Muslim sebelum ini, bolehlah layari http://ezqurban.org
Daftar mudah ibadah Qurban 2015

Semoga informasi ini bermanfaat dan dapat memberikan alternatif terbaik bagi menunaikan ibadah Qurban, in Sha Allah.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…