5 Cara Jual Tudung Online

5 cara jual tudung secara online. Bisnes tudung memang masyuk. Saya tak pernah sangkal sebab memang dah terbukti, walaupun saingan banyak tapi bisnes tudung antara bisnes paling mudah untuk dibuat. Saya  pernah tampilkan dalam post-post sebelum ini dan pernah berikan panduan bagaimana untuk memulakan bisnes tudung online sendiri. Dan ia antara peluang yang sangat baik untuk buat duit menerusi internet.

Ada usahawan malah blogger yang memang dah ada kedai sendiri jual tudung seperti jenama Radiusite yang dah berjaya. Mereka ini bermula dengan menjual tudung secara online. Namun, bukan semua usahawan dan peniaga tudung tahu cara sebetulnya untuk menjual tudung secara online. Ada yang tidak dapat bersaing dan akhirnya lelong tudung-tudung dan tutup kedai. Silapnya hanya satu - tak tahu cara nak jual tudung secara online. Bukan itu sahaja, mereka tidak tahu cara untuk mempromosikan produk dan bisnes secara online.

5 Cara Jual Tudung Online

Bisnes tudung adalah bisnes mudah sebab ia ada seribu satu kemungkinan untuk melariskannya. Tudung boleh dijual secara sikit mahupun secara banyak. Ia produk yang tidak sukar untuk diuruskan, malah kalau hantar menerusi pos pun, caj penghantaran tidaklah terlalu mahal memandangkan produk ini tidak berat.
5 Cara Jual Tudung Online
Target pembeli juga besar. Wanita dari semua golongan sukakan tudung yang cantik-cantik dan menarik. Malah, ada yang sanggup bayar ratusan ringgit hanya untuk mendapatkan tudung fesyen terkini, unik dan eksklusif.

Mengapa Perlu Promosi dan Jual Online?

Ok, mengapa perlu jual tudung secara online? Sebabnya ialah anda boleh capai target pelanggan dan bakal pembeli lebih besar. Bayangkan lebih 15 juta orang online setiap minit, setiap jam di Malaysia. Dan bayangkan, seandainya suku dari jumlah itu adalah wanita yang bertudung. Bayangkan juga separuh daripada suku yang bertudung itu ada kuasa membeli dan gemar pula shopping tudung secara online.

Sekarang, bandingkan dengan kedai hakiki anda. Agak-agak boleh tak bakal pembeli yang separuh dari suku dari 15 juta tadi tu singgah di kedai anda yang terletak di Kodiang, atau di Parit Buntar setiap jam, tak pun setiap hari .. boleh? Kalau boleh, abaikan cara jual tudung secara online ini.

Ada beberapa cara untuk jual tudung secara online, dan saya berikan 5 cara untuk anda menjual tudung secara online.

Jual Tudung Menerusi Blog

Cara ini sudah dianggap sebagai cara kontemporari dalam dunia pemasaran online. Tapi, masih lagi merupakan antara teknik utama memperkenalkan produk dan bisnes tudung ini secara online. Anda boleh buat sebuah blog sendiri dengan mudah, hanya menggunakan platform percuma ...  aha .. sebuah kedai online daripada sumber percuma, tak keluar modal besar ... memang sangat berbaloi. Antara rakan blogger yang telah berjaya jual tudung online menerusi blog ialah Lynda Roslan menerusi koleksi HerByLyndaRoslan
Tips menjual tudung di internet

[Baca] Apakah rahsia untuk berjaya di dalam bisnes tudung? Download panduan berikut - Rahsia Bisnes Tudung

Jual Tudung Menerusi Facebook

Antara cara yang ramai usahawan buat ketika ini. Salah satu platform mudah dan percuma untuk menjual tudung secara online, tetapi awas ... bukan semua orang suka disemakkan dengan status anda mempromosikan tudung sana sini. Jadi, walaupun jual tudung menerusi Facebook adalah antara cara jual tudung secara online yang baik, tetapi ada beberapa kekangan yang harus anda selesaikan untuk berjaya menjualnya menerusi platform ini. Masalah makin rumit seandainya anda gunakan Facebook Page bisnes anda untuk menjual tudung secara online. Cuba lihat contoh berikut - Bidadary.my

Jual Tudung Menerusi Instagram

Salah satu teknik dan cara terkini menjual tudung secara online. Ramai rakan-rakan saya yang berjaya dalam perniagaan online menggunakan platform Instagram ini untuk melariskan produk dan menaikkan jenama perniagaan. Anda hanya perlu ambil gambar tudung terkini, muat naik ke laman Instagram, dan tulis butiran ringkas untuk membelinya. In Sha Allah, dengan teknik betul menggunakan Instagram ini, akan memberikan hasil yang tidak anda jangkakan. Tips penting - perempuan suka gambar cantik, maka muat naik gambar dan foto tudung yang cantik-cantik, nak lagi laris .. muatkan sekali dengan foto model yang menggayakan tudung tersebut.

Jual Tudung Menerusi Aplikasi WhatsApp/Telegram/Line

Masih lagi dalam peringkat percubaan, tetapi ia antara teknik yang terbaik untuk memastikan pelanggan sedia ada terus membeli produk dari jenama anda. Untuk teknik ini, anda perlu mendapatkan butiran pelanggan bagi dimasukkan ke dalam group WhatsApp atau Telegram kendalian anda.

Jual Tudung Menerusi Laman Web Perniagaan

Ini boleh dianggap sebagai advanced dah, seperti yang dilakukan oleh tudung jenama terkenal - Radiusite dan juga Bidadary.com. Namun, zaman sekarang banyak yang telah dipermudahkan. Malah ada tawaran hasilkan sebuah laman web bisnes yang mantap, siap dengan ciri-ciri untuk ia berada di laman enjin carian telah disediakan untuk anda.

Menerusi laman web perniagaan dan bisnes tudung anda, tidak perlu lagi anda PM pelanggan di Facebook, atau terima tempahan secara manual, segalanya dilakukan automatik menerusi laman web perniagaan anda sendiri. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti, dan anda tidak perlukan ramai staff untuk kendalikannya.

Nampak tak bagaimana dunia online ini ada banyak cabang, ada banyak peluang, ada banyak sumber untuk mempromosi dan membolehkan jualan produk dari bisnes tudung anda naik berlipat-kali ganda. Paling menariknya ialah anda tidak memerlukan modal besar pun untuk menggunakan kelima-lima cara menjual tudung secara online ini.

Jual tudung ke pasaran global dengan lebih mudah, gunakan platform e-commerce Shopify, percuma selama 14 hari!

Namun, ilmu dan panduan daripada pakar adalah penting supaya anda tidak melakukan strategi secara semborono, kena fikirkan jalan, kaedah teknik dan taktik yang harus diaplikasikan agar berjaya. Muat turun panduan-panduan yang telah saya sertakan, dan jadikan ia sebagai sumber rujukan untuk mengembangkan bisnes tudung anda ...

Selamat berjaya.