Langkau ke kandungan utama

Tips Memaksimum Income Innity Di Blog

Tips memaksimum income Innity. Saya dapat tahu sudah semakin ramai blogger Malaysia yang telah mempunyai akaun platform pengiklanan Innity. Walaupun kelayakkan untuk mendapatkan akaun Innity agak ketat, namun sejak dua menjak ini, saya dapati ramai blogger sudah pun memasang platform Innity ini di dalam blog.

Seronok sebenarnya memasang iklan Innity di dalam blog. Bukan sekadar ia membayar lebih baik kepada blogger, malah ada beberapa variasi terkini bentuk pengiklanan disediakan untuk blogger memaksima income blog.

Tips Memaksimum Income Innity Di Blog

Tips Memaksimum Income Innity Di Blog
Saya antara blogger yang bertuah mempunyai akaun Innity. Bukan mudah saya nak apply, sepertimana Adsense, ia agak strict di dalam memilih blog yang sesuai. Saya ada cerita bagaimana susahnya saya memohon akaun Innity, sehingga ditolak beberapa kali. Anda boleh baca syarat permohonan Innity yang memerlukan blogger penuhi kriteria tertentu sebelum submit blog untuk pertimbangan.

Innity Berikan 5 Cara Dapatkan Income

Innity sesuai untuk blog yang mempunyai trafik tinggi secara konsisten, ia membayar berdasarkan CPM, CPC, CPV, CPE dan CPA - salah satu sebab saya menggunakan Innity, saya pernah tulis mengenai pemilihan Innity ini di dalam post berikut - Sebab Memilih Innity Untuk Platform Pengiklanan Blog.

  • CPM - Cost-Per-Million-Impression (iklan bersandarkan jumlah paparan blog)
  • CPC - Cost-Per-Click (iklan yang dibayar berdasarkan setiap klik)
  • CPV - Cost-Per-View (selalunya iklan berkaitan video) 
  • CPE - Cost-Per-Engagement (iklan yang memerlukan pengunjung untuk melakukan tindakan macam roll-over, expand)
  • CPA - Cost-Per-Acquisition (iklan yang memerlukan pengunjung masukkan butiran diri)
Untuk memaksimumkan iklan yang dapat di blog menerusi iklan Innity, saya syorkan anda lakukan perkara-perkara berikut:
  • Menggunakan jenis iklan berbentuk universal yang diletakkan dalam HTML blogspot
  • Mengunakan jenis iklan berbentuk universal versi mobile yang diletakkan dalam HTML blogspot
  • Menggunakan iklan jenis mobile berbentuk banner - saiz 320x50 atau 300x250 diletakkan di sidebar blog
  • Menggunakan banner iklan 728x90 di atas post
  • Menggunakan banner iklan 300x250 atau 468x60 yang diletakkan di dalam post
  • Menggunakan banner iklan Innity di bawah setiap tajuk post atau di awal entri blog

Untuk rakan blogger yang tidak tahu nak letakkan banner iklan bawah tajuk post boleh ikuti panduan dan tutorial yang saya sediakan di sini - Cara Letak Iklan Bawah Tajuk Entri

Semoga berjaya.

p.s: Alhamdulilah, Innity dah masukkan income blog dalam akaun Maybank ..


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…