Mulai 1 Julai 2015, saya akan mulakan satu edisi atau kategori baru untuk memulakan kelas online Tips Blogging 101 khas dan khusus untuk dijadikan panduan kepada blogger blogspot baru. Idea ini terhasil apabila guru saya semasa di sekolah menengah, bertanyakan samada saya ada buat kursus untuk mengajar cara membuat dan menulis blog.

Disebabkan tergerak hati nak bantu guru saya, Cikgu Rafie untuk memulakan langkah membuat dan menulis blog sendiri, maka saya wujudkan kategori ini sebagai memudahkan rujukan blogger-blogger atau penulis blog yang baru nak berjinak dengan dunia blog Malaysia.
Tips Blogging 101 Mulai Julai 2015

Tips Blogging 101 Mulai Julai 2015

Saya akan mulakan dari langkah dalam tips blogging 101 ini sebelum, semasa, dan selepas blog itu dihasilkan. In Sha Allah, mudah-mudahan ia akan membantu ramai lagi untuk mewujudkan blog percuma sendiri - dan niatkan kerana Allah S.W.T.

Ia juga merupakan langkah saya untuk menghasilkan sebuah ebook lengkap mengenai tips blogging terutama dalam platform percuma - blogspot atau blogger.com.

Akses kepada Tips Blogging 101 kini boleh didapati menerusi blog berikut: Rujukan Blogger Malaysia

Ada yang minta saya membuat kelas sendiri, tetapi memandangkan tugasan sebagai House Husband yang merupakan perkara utama dalam kehidupan saya kini, jadi agak menjadi satu keberatan untuk saya mengadakan kelas apatah lagi yang jauh dari anak-anak saya.

Maka, apa yang boleh saya buat ialah dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya menerusi blog, setidaknya ilmu yang ada tak berkarat dan dapat disampaikan kepada mereka yang mahu mencarinya.

Walaupun saya akui, bahawa diri saya sendiri masih lagi dalam proses belajar menghasilkan blog berkualiti, terbaik dan boleh menyampaikan, in Sha Allah, dengan pertolongan rakan-rakan blogger yang lebih senior, yang lebih berilmu, dan yang lebih berpengalaman, saya yakin panduan blogger yang akan saya tulis menerusi tips blogging 101 akan dijadikan sumber rujukan yang lengkap, in Sha Allah.

Untuk blogger baru, pastikan anda mengikuti blog ini dari semasa ke semasa, dan perhatikan akan kategori tips blogging 101 yang akan saya wujudkan untuk memudahkan anda membuat rujukan.

Akses kepada Tips Blogging 101 kini boleh didapati menerusi blog berikut: Rujukan Blogger Malaysia

Menerusi tips blogging 101, saya akan turut selitkan mengenai beberapa teknik khas, SEO blogspot dan juga beberapa widget yang boleh membantu sebuah blog itu berkembang dan mendapat tempat di kalangan pembaca-pembaca blog di Malaysia, malah dari seluruh nusantara ini.

Doakan yang terbaik. Doakan kekuatan untuk diri saya. Dan bantulah saya dengan memberikan ulasan dan komen yang boleh menambah-baik penyampaian blog ini di masa akan datang.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement