Langkau ke kandungan utama

Surat Terbuka Seorang Guru Buat Perdana Menteri Malaysia

Surat terbuka seorang guru bernama Jay Kassim khas buat Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Satu surat terbuka daripada seorang guru berasal dari Pulau Pinang telah menjadi viral di laman sosial Facebook, dan telah dikongsikan oleh beberapa blog berpengaruh di Malaysia. Surat terbuka tersebut adalah satu manisfestasi kesempitan dan kesusahan rakyat Malaysia yang masih lagi belum diselesaikan dengan bijaksana.

Ada 3 perkara dinyatakan dalam surat terbuka untuk Perdana Menteri ini.
  1. Mengenai GST - kesannya terhadap rakyat biasa.
  2. Kenaikan harga terkini minyak petrol Malaysia.
  3. Kemurahan hati negara membantu negara luar, tetapi masalah dalam negara tidak diselesaikan dengan segera.

Surat Terbuka Seorang Guru Buat Perdana Menteri Malaysia

Saya tidak mahu mengulas lanjut apa yang ditulis oleh guru bernama Jay Kassim (Facebook) ini. Apa yang ditulis oleh beliau banyak kebenarannya. Dan kerana itulah, saya dengan rasa rendah diri berkongsikan apa yang telah diluahkan oleh beliau khas untuk Perdana Menteri Malaysia - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Surat Terbuka Seorang Guru Buat Perdana Menteri Malaysia

Bukan mahu menjadi pejuang keyboard maya menyemarakkan kebencian, tetapi inilah hakikat sebenar kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang rata-rata alami kesempitan hidup dewasa ini. Moga apa yang disampaikan oleh guru ini sampai ke perhatian Perdana Menteri, dan sesuatu dapat dilakukan, dan keadaan dapat diperbaiki.

Ramai netizen menyifatkan surat terbuka ini adalah surat berani mati daripada guru bernama Jay Kassim untuk Datuk Seri Najib. Tetapi in Sha Allah, apa yang ditulis oleh guru bahasa Inggeris ini tidak sedikitpun berbaur hasutan, tetapi lebih kepada meminta Perdana Menteri untuk memperhalusi lebih lagi mengenai permasalahan rakyat jelata yang kebanyakkannya terkesan dengan apa yang berlaku baru-baru ini.
Surat Terbuka Seorang Guru Buat Perdana Menteri Malaysia



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. betul tu.. tu cuma sebahagian sahaja, banyak lagi perlu DS Najib perjelaskan. Mereka di atas buat keputusan tanpa rasa apa yang kami lalui. Kami juga yang terpaksa hadap kesan keputusan mereka di atas

    BalasPadam
  2. rakyat yang terkesan dengan GST dan kenaikan harga minyak terutamanya golongan kurang berkemampuan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap..

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaJulai 03, 2015

    Baru satu keluhan rakyat yang cara terbuka bagaimana dengan kelehun hatu rakyat yang tertutup?.......lagi banyak pastinya melebi 47%......

    BalasPadam
  4. hopefully die x kene pecat bila menyuarakan kebenaran.. #kipidap #dongibab

    BalasPadam
  5. setiap kebenaran tu datang dengan ganjarannya.
    yang berkata ni pula, seorang ibu,jadi dia yang lebih mengerti tentang kesusahan, sebab dia yang akan menyediakan makanan dan keperluan sang anak.
    si ibu yang merasai hibanya hati bila sekor ikan dikongsi dengan 5 orang ahli keluarga.
    insya-Allah, semoga dimurahkan rezeki selalu kepada yang berani berkata benar dan memperjuangkan yang benar.

    BalasPadam
  6. Salute kerana berani. Boleh join Rani Kulup perjuangkan apa yang rasa tak puashati. Dongibab teruskan tulis surat terbuka macam ni, biar orang atas tahu rakyat marhaen ni macam mana. Makan KFC dikira kaya...kelakar..

    BalasPadam
  7. Ambo setuju benar dan sokong apa yang cikgu ini utarakan buat PM. Ambo pun rasa semacam nak tulis jugak buat PM, biarlah dia merasai kesensaraan hidup yang tidak ada kesudahan malahan lebih teruk lagi. Apa akan jadi kepada anak, cucu kita pada masa hadapan?

    BalasPadam
  8. harapnya tak kena tindakan tata tertib.

    biasa memang akan kena ni.

    BalasPadam
  9. Berani giler akak ni. Terbaik la..
    Saya yang duduk di kawasan luar bandar pun terasa terbeban jugak dengan GST ni.
    Kuasa beli dah makin kurang. :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…