Senarai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015

Senarai harga petrol terkini di Malaysia 2015. Setiap bulan, rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan tertunggu-tunggu akan harga terkini minyak atau petrol. Sejak kerajaan ambil keputusan untuk rasionalisasikan sistem pemberian subsidi, harga petrol yang merupakan bahan api utama kenderaan ini, sebarang perubahan mengenai harga terkini petrol RON95, RON97 dan diesel sering menjadi perhatian utama.

Sebelum ini, sebarang kenaikan mahupun penurunan harga petrol terkini akan diumumkan menerusi laman web KPDNKK, tetapi nampaknya bermula dari bulan Julai 2015, pihak KPDNKK telah ambil keputusan untuk tidak meneruskan amalan tersebut. Ya, betul - tiada pengumuman mengenai kenaikan atau penurunan harga petrol terkini Malaysia mulai Julai 2015.
Senarai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015
Harga minyak atau petrol terkini hanya akan diketahui mulai tengah malam setiap akhir bulan tanpa sebarang pemberitahuan rasmi - pengguna hanya boleh ketahui perubahan harga terkini petrol ini hanya setelah mengisi minyak atau pergi ke stesen minyak berdekatan.

Senarai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015

Sekarang mari kita saksikan trend senarai harga petrol terkini Malaysia sepanjang tahun 2015 ini.

BulanPetrol RON95 (RM/liter)Petrol RON97 (RM/liter)Diesel (RM/liter)
Januari1.912.111.93
Februari1.702.001.70
Mac1.952.251.95
April1.952.251.95
Mei1.952.251.95
Jun2.052.352.05
Julai2.152.552.05
Ogos2.052.451.95
September1.952.351.80
Oktober2.052.451.90
November2.052.451.90
Disember1.952.451.90

Walaupun begitu, pengguna masih boleh mengharapkan informasi daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas untuk memaklumkan mengenai sebarang perubahan harga petrol terkini setiap bulan. Cuma mungkin agak sukar kerana jika ada pun pemberitahuan dibuat, ianya hanya akan diketahui seawal-awalnya selepas jam 10 malam - itupun di stesen-stesen minyak.

Sebab Tiada Pengumuman Harga Petrol Terkini Dilakukan KPDNKK

Keputusan kerajaan untuk tidak lagi membuat pengumuman secara umum mengenai harga terkini petrol dan diesel mulai Julai 2015 adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan luar biasa di stesen-stesen minyak, selain membantu pengusaha stesen minyak untuk menguruskan sebarang perubahan dengan lebih lancar. Manakala di sudut para pengguna pula, pihak KPDNKK berpendapat ia adalah bagi mengelakkan ada pengusaha menyorok bekalan jika harga petrol diumumkan naik.

Apa pandangan anda?