13 Julai 2015

Jom Sumbangkan Klik #PakcikMisteri TM - Satu Klik Satu Syilling!

TM Raya 2015 #PakcikMisteri. Jom sama-sama dengan Azura untuk mengumpul syilling bagi membolehkan pihak TM menggunakan jumlah klik yang anda berikan sebagai 'dana' sumbangan untuk badan-badan kebajikan terpilih di Malaysia.

Anda tidak perlu keluar sesen pun untuk menyumbang bersama #PakcikMisteri dan Azura. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ikuti video iklan Raya - TM Raya 2015 #PakcikMisteri. Dan ketika anda menonton video iklan raya tersebut, akan keluar beberapa arahan untuk anda klik-klik. Arahan klik-klik akan muncul di dalam setiap situasi tertentu di dalam iklan Raya 2015 TM tersebut.

TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik

TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik

Berikut adalah beberapa babak di dalam iklan raya tersebut. Babak-babak ini mungkin berbeza bagi setiap anda. Anda tidak perlu login atau daftar, hanya perlu ke pautan ini - https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ dan mulakan video ini seperti diarahkan. Harus diingat, setiap klik anda bersamaan dengan nilai satu syilling. Lebih banyak anda klik, maka lebih banyak syilling yang dapat anda sumbangkan, in Sha Allah.
TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik
TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik
TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik
TM Raya 2015 #PakcikMisteri - Jom Sumbangkan Klik
Anda boleh ulang kembali untuk berikan lebih banyak syilling menerusi #PakcikMisteri dan Azura. Tiada had diberikan untuk anda melakukannya. Lebih banyak klik, lebih banyak anda menyumbang; dan lebih banyak pihak TM akan mengeluarkan dana untuk membantu badan-badan kebajikan terpilih.

Ini adalah cara bagi pihak TM untuk membolehkan anda - yang mungkin tidak punyai kesempatan, peluang, mahupun wang ringgit yang banyak untuk melakukan amal baik di bulan Ramadhan dan Syawal 1436H.

Jom sokong. Kongsikan dengan rakan-rakan anda supaya mereka dapat turut sama klik-klik TM Raya 2015 - #PakcikMisteri ini. In Sha Allah.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen Jom Sumbangkan Klik #PakcikMisteri TM - Satu Klik Satu Syilling!

nak klik mana ni? banyak satu satu nak klik...

Tu kat pautan yang diberikan tu .. ehhh ehh .. huhuhu


EmoticonEmoticon