Langkau ke kandungan utama

Rakyat Malaysia Antara 10 Paling Pemalas di Dunia

Rakyat Malaysia paling pemalas di dunia. Benarkah? Atau ini merupakan realiti pahit yang sememangnya sukar untuk ditelan? Ya, sudah ada kajian yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia ialah antara paling pemalas di dunia. Samada suka atau tidak, itulah hasil kajian yang telah dibuat oleh sebuah majalah perubatan terkenal - The Lancet.

Fakta daripada kajian ini juga dimuatkan dalam laman web The Forbes - 20 Laziest Country in The World. Dalam kajian tersebut, ia menunjukkan bahawa peratus populasi dewasa yang tidak aktif di Malaysia ialah sebanyak 61.4%, berada pada kedudukan kesepuloh selepas UK dan juga Emiriah Arab Bersatu.

Rakyat Malaysia Adalah Antara Paling Pemalas di Dunia

Rakyat Malaysia Paling Pemalas di Dunia
Rakyat Malaysia Paling Pemalas di Dunia
Berada di kedudukan kesepuloh dalam kajian rakyat negara paling pemalas bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, ye tak? Apatah lagi dalam keadaan negara sedang menuju ke arah negara maju.

Jadi, bagaimana? Adakah anda mengakui sebagai salah seorang warga Malaysia bahawa anda salah satu daripada penyumbang angka peratusan orang paling malas di Malaysia? Hoho ....

Rakyat Malaysia Paling Malas Bersenam

Dan kalau ikutkan daripada apa yang dinyatakan oleh kajian The Lancet, rakyat Malaysia adalah orang antara paling malas di dunia untuk bersenam. Separuh daripada rakyat Malaysia tidak aktif untuk bersenam sekurang-kurangnya dua setengah jam seminggu. Uhh... dan ini menyokong kajian lain yang turut menyatakan rakyat Malaysia paling ramai hadapi masalah obesiti di dunia ...

Hmm ... apakata anda? Mengiyakan? Atau menafikannya?

Update:
Setelah melakukan sedikit carian, saya mendapati bahawa fakta kajian ini telah diterbitkan pada sekitar Ogos tahun 2012. Dan apa yang dipaparkan baru-baru ini di dalam laman web The Forbes mungkin merupakan data yang serupa. Ianya bukan data terbaru. Tapi adakah ia dapat menyangkal bahawa rakyat Malaysia itu bukan pemalas terkini?

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. harap2 tahun depan kedudukan malaysia akan berubah... tahun ni saya rasa makin ramai yang bergiat aktif dalam sukan...

    BalasPadam
  2. kalau hanya dibezakan 1.2 % dengan Jepun, ini sesuatu yang sangat baik.

    tahniah Malaysia.

    BalasPadam
  3. Nak baca pun dah rasa malas nih. Hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi rajin lak komen ehhh .. hahahahaa

      Padam
  4. sepatutnya Malaysia jadi yang nombor satu.Sebab rakyat Malaysia ni,memang malas.Sekali pandang aje kita sudah boleh lihat di tanah dan serata tempat penuh sampah.Itulah tanda penyakit malas yang paling gawat di kalangan rakyat Malaysia.

    Tapi...yang lagi best, semua bendapun dia boleh jawab malas.Kadang-kadang , diajak makan pun dia jawab "Aku rasa malas lah nak makan....kau makanlah sorang-sorang..."Tapi jangan malas solat dan malas puasa sudahlah...

    All the best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh... tetiba rasa terkena batang idung sendiri. Yeap, memang benar sekali .. semuanya alasan MALAS .. bukan takat orang dewasa, kanak-kanak pun dah pandai guna alasan tu ...

      Macam anak sayalah .. adeh. Tak nak gi sekolah sebab ... MALAS.

      Padam
  5. hurmm segelintir , saya rajin huhuhu

    BalasPadam
  6. aih... Jepun yang maju pun termasuk dalam kategori pemalas juga? hmmm pelik jugak nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang, Jepun Zaman Dulu rajin la ...

      Padam
  7. Ada benarnya juga..sebab tgk aje la time solat jumaat... Snggup double atau tripple parking sbb mls nk jalan kaki ke masjid... Sama juga dgn parking kat shopping compleks.. Parking kosong tapi jauh...snggup aje parking tepi pintu...dah sempit org nak jalan... Dan sama juga situasinya sampah... Tong sampah sebelah je.. Tapi tinggalkan bekas air di kerusi yg duduk tu... Tu beberapa contoh la.. Bnyk lagi... Mmg tak semua macam tu... Tapi majoriti macam tu... Hmm.. Renungkanlah.. Moga kita tak tergolong dlm golongan yang MALAS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau MALAS apa kerja pun tak jalan ...

      Padam
  8. malaysia pn ada? aku lah pnyumbang tu hahaha

    BalasPadam
  9. hebat la rakyat Malaysia

    BalasPadam
  10. MALAS terbalikkan SALAM

    BalasPadam
  11. Isunya bukan pemalas.Bebanan kerja + pulang lewat petang + traffic jem = sampai rumah sudah malam.Itu belum termasuk lakukan part time job seperti saranan menteri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …