Rakan Blogger Kena Sihir !!

Rakan Blogger Kena Sihir !!

Masya Allah, siapalah yang buat kerja yang jauh tersimpang dari agama Islam ini. Sesungguhnya perbuatan sihir adalah sesuatu yang dilaknat dan dianggap menyekutukan Allah S.W.T. Ya, saya baru tahu ada rakan blogger yang telah terkena sihir. Bila dilihat pada catatannya, sudah berbulan juga rakan blogger ini berada di dalam proses penyembuhan.

Sihir merupakan ilmu kuno yang memang wujud. Ia wujud ribuan tahun dahulu, malah menjadi amalan banyak bangsa di dunia. Dikenali dengan pelbagai nama, amalan sihir adalah amalan yang sangat jahat. Ia merupakan amalan kuno lama yang sehingga kini masih lagi diamalkan oleh sebilangan golongan di dunia ini. Dan jangan terkejut, jika amalan ini juga masih lagi ada di dalam amalan masyarakat moden di Malaysia.

Rakan Blogger Kena Sihir !!

Rakan Blogger Kena Sihir !!
Dalam Islam, ilmu hitam dan sihir telah banyak kali diceritakan. Ia merupakan satu perbuatan yang salah dan dimurkai oleh Allah S.W.T. Banyak hadith dan kisah di dalam Al Quran yang menceritakan mengenai sihir ini, antaranya:

Firman Allah, "Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekalian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan." (al-A’raf ayat 116).

Sihir dilakukan oleh manusia kepada manusia yang lain dengan perantaraan makhluk halus, biasanya bertujuan menimbulkan kesakitan, seksaan, mengganggu rumah tangga, menimbulkan rasa permusuhan. Ilmu sihir ini sengaja menggunakan makhluk halus untuk menganiaya dan merosakkan kehidupan manusia kerana didorong oleh perasaan zalim dam hasad dengki.

Saya pernah tulis dan terbitkan beberapa artikel pendek mengenai sihir ini, antaranya:
"Dan jika syaitan menganggu kamu dengan satu gangguan maka pohonlah perlindungan dari Allah, maka sesungguhnya DIAlah yang Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Fussilat-ayat 36)

Doa Buat Rakan Blogger Terkena Sihir

Buat rakan blogger yang terkena sihir itu, saya harap keadaan akan kembali normal seperti sediakala. Bukan mudah nak hadapi masalah sihir dan ilmu hitam ini. Apatah lagi bila tidak tahu tempat dan cara untuk ubatinya.

Saya sendiri ada pengalaman peribadi mengenai sihir dan ilmu hitam. Ianya berlaku di dalam keluarga saya. Memang sesuatu yang sukar nak hadapi apatah lagi bila kita tiada ilmu yang mendalam mengenainya. Apatah lagi seperti diri saya yang ketikan itu naif dan tidak tahu apa-apa. Bahaya sihir ini bukan hanya memudaratkan tubuh badan, tetapi boleh menjejaskan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Kefahaman perlu ada untuk mengetahui apa itu sihir dan ilmu hitam supaya manusia tidak terpedaya dengan hasutan Syaitan yang mahu umat Nabi Muhammad S.A.W tergelincir dari keimanan dan ketakwaan.

Episod hitam saya dan keluarga itu telah lama berlalu, namun dalam ingatan saya ia masih lagi melekat sehingga kini. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, segalanya berakhir dengan baik.

Seandainya anda terkena ilmu hitam atau sihir ini, jangan berlengah untuk berubat dengan mereka yang pandai dan alim dalam bab ini. Namun, di masa yang sama, jangan lupa untuk memohon kepada Allah S.W.T dengan berdoa setiap masa, membuat amalan baik khususnya membaca Al Quran.

Mahu baca kisah rakan blogger yang saya maksudkan ini? Boleh baca di entri terbaru blogger tersebut di sini - The Story of Life - Witchcraft .

Berikan kata semangat pada blogger ini untuk meneruskan kehidupan, dan jika anda ada tips serta panduan tertentu, silalah berkongsi dengan blogger ini. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari perbuatan jahat dan sihir ini, in Sha Allah.

Doa Untuk Tanggani Sihir dan Ilmu Hitam

Dan saya kongsikan satu doa yang boleh diamalkan untuk tanggani masalah sihir dan ilmu hitam ini, semoga ia dimanfaatkan.
Doa lindungi diri dari ilmu sihir dan ilmu hitam

Kredit: Apa Itu Sihir - Darul Kahfi
 

COMMENTS

BLOGGER: 13
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Rakan Blogger Kena Sihir !!
Rakan Blogger Kena Sihir !!
Rakan Blogger Kena Sihir !!
http://4.bp.blogspot.com/-laYbbPhC07E/VZlwrxsPkVI/AAAAAAABFGo/VRReqpF-ZLk/s1600/Sihir.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-laYbbPhC07E/VZlwrxsPkVI/AAAAAAABFGo/VRReqpF-ZLk/s72-c/Sihir.jpg
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2015/07/rakan-blogger-kena-sihir.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/07/rakan-blogger-kena-sihir.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy