Polisi Baru KWSP Berkaitan Penamaan Ramai Tidak Tahu

Polisi baru KWSP berkaitan penamaan waris yang ramai tidak tahu. Baru-baru ini, ada seorang sahabat saya telah berkongsikan sesuatu yang sangat penting, iaitu berkenaan polisi baru berkaitan penamaan caruman ahli KWSP. Perkongsian tersebut datangnya daripada seorang pemilik akaun Facebook bernama Dato Tommy Ang.

Dato Tommy Ang menerusi laman sosialnya itu telah berkongsikan mengenai peraturan baru yang didakwanya merupakan peraturan baru oleh KWSP berkaitan proses penamaan. Ia dipercayai disediakan oleh pejabat peguam  - CHOOI and CO, Advocates and Solicitor berpejabat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Polisi Baru KWSP Berkaitan Penamaan Ramai Tidak Tahu

Polisi Baru KWSP Berkaitan Penamaan Ramai Tidak Tahu

Menurut perkongsian tersebut, dinyatakan bahawa sangat perlu untuk ahli KWSP yang mencarum untuk membuat penamaan semula sekiranya yang dinamakan itu meninggal dunia. Ini adalah kerana, penamaan yang telah dilakukan akan dianggap terbatal jika penama meninggal dunia; walaupun ada beberapa penama lain di dalam senarai tersebut.

Apapun, sebelum membaca mengenai perkongsian tersebut, sukacita saya bawakan dulu apa yang telah terkandung dan dinyatakan oleh pihak KWSP di laman web mereka mengenai polisi berkaitan penamaan.

Apa Itu Penamaan dan Tujuannya?

Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai "benefisiari" atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera,  tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dan menyertakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli. Borang penamaan hendaklah dihantar dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.

Polisi Baru KWSP Didakwa oleh Dato Tommy Ang dan juga CHOOI and CO, Advocates and Solicitor


NEW EPF RULES If ONE (1) of your Nominees in the EPF Nominees list dies, automatically the whole arrangement (EPF...
Posted by Dato Tommy Ang on Sunday, 21 June 2015

Saya merujuk pula apa yang terkandung menerusi laman web KWSP, dan perkara-perkara berikut dinyatakan:

Bagaimana status penamaan ahli sekiranya ahli dan penama-penama mati serentak?
KWSP akan bergantung kepada laporan forensik yang akan menentukan masa kematian seperti yang dicatitkan di dalam sijil kematian ataupun berdasarkan faktor usia dan jantina ahli dan penama sekiranya tiada perbezaan masa kematian.

Apakah status wang KWSP ahli yang tidak dituntut oleh penama pada sesuatu tempoh tertentu dan bolehkah penamaan itu terbatal dan tuntutan dibuat sebagai kes tiada penamaan?
Penamaan tidak akan terbatal sekiranya orang yang dinamakan tidak membuat tuntutan ataupun tidak dapat dikesan dan bayaran tidak boleh dibuat kepada waris ahli sebagai kes tiada penamaan

Terdapat sedikit percanggahan daripada apa yang dikongsikan menerusi Facebook dan juga pernyataan di dalam laman web KWSP. Jadi, untuk memastikan penamaan itu dibuat dengan betul, saya sarankan anda merujuk dengan mana-mana pejabat KWSP atau terus hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

Jangan sampai hak anda itu terlepas untuk diterima oleh mereka yang anda sayang dan layak.

 

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.