Tips SEO - Perkara Penting Mengenai URL Blog Post

Perkara penting mengenai URL blog post. Sudah agak lama juga saya tidak berkongsi mengenai tips seo blogspot. Ok, kali ini menerusi post ini, saya nak kongsikan satu tips seo yang mudah dan ringkas. Ia adalah berkaitan dengan URL blog post anda. URL adalah salah satu aspek penting untuk menjadikan sesuatu blog post itu mesra SEO, dan memungkinkan ia berada di top enjin carian, terutamanya Google.

Saya sebenarnya dah blur untuk kongsi tips mengenai SEO ini, tetapi tadi setelah selesai saya menulis entri mengenai Teringin Nak Tempah Rumah RPP terus sahaja idea datang. Alhamdulillah, ada juga pengisian blog ini mengenai tips SEO. Saya harap anda ambil kesempatan ini untuk belajar percuma mengenai SEO (Search Engine Optimization) ini.
Perkara Penting Mengenai URL Blog Post

Perkara Penting Mengenai URL Blog Post

URL blog post penting, dengan hanya URL, anda boleh letakkan kata kunci yang diingini untuk blog post tersebut berada di dalam enjin carian dengan mudah, dan in Sha Allah, diberikan rank yang baik dalam Google, Yahoo, dan Bing.

Perlu Ada Kata Kunci

Cuba perhatikan dua url ini:
  1. http://www.hasrulhassan.com/2015/07/teringin-nak-tempah-rumah-peranginan.html
  2. http://www.hasrulhassan.com/2013/01/8-idea-bisnes-online-menerusi-blog.html

Dua-dua URL yang panjang, tetapi salah satu URL tersebut tidak diletakkan kata kunci yang saya mahukan. 

URL pertama, blog post tersebut sepatutnya menggunakan kata kunci - 'RPP Morib' atau 'Rumah Peranginan Persekutuan Morib', tapi dalam URL entri tersebut tak ada kata kunci itu, lalu menyebabkan entri berkenaan tidak berjaya berada di page pertama Google.

Manakala URL kedua, saya berjaya letakkan entri tersebut berada page pertama Google untuk kata kunci 'idea bisnes online'.

Nampak tak?

URL Perlu Pendek

Lagi satu, jika nak berada top di enjin carian, disyorkan mengggunakan URL yang pendek. Kalau URL yang panjang macam contoh tadi, entri atau blog post mungkin akan berada di halaman enjin carian, tetapi ....  ntah mana-mana ... muka surat berapa pun tak ketahuan. Kecuali, anda optimasikan faktor-faktor lain dalam teknik SEO, mungkin boleh .. :)
Tips SEO Blogspot - Perkara Penting Mengenai URL Blog Post

Orait, ada dua perkara penting mengenai URL blog post yang telah saya cerita tadi.
  1. URL mesti ada kata kunci
  2. URL perlu pendek
Untuk entri yang telah ditulis dan telah ada URL sendiri disediakan, anda sebagai pengguna blogspot boleh ubah URL tersebut di bahagian Post settings (sidebar editor), seperti ditunjukkan di bawah ini:

Cara Ubah URL dalam blogspot

Hanya masukkan URL yang anda mahukan ke dalam Custom Permalink, dan klik Done.

Tetapi harus diingatkan bahawa entri dengan URL asal akan menerima error 404. Dan untuk elakkan error tersebut, anda perlu lakukan redirect. Cara ini juga akan memberikan anda kelebihan dari segi trafik berganda, kerana sudah ada dua URL yang merujuk entri yang sama.

Semoga bermanfaat.