Mahu Jadi Top Affiliate 2015 di Ashadee

Alhamdulillah, memang langkah saya tidak salah untuk terus menjadikan produk affiliate sebagai salah satu cabang buat duit online, terutama sekali menerusi blog. Selama ini, saya sangat struggle untuk memperoleh komisen menerusi affiliate, tetapi alhamdulillah, selepas mendapatkan beberapa panduan buat duit dengan affiliate dari Ashadee, akhirnya saya berjaya menempatkan diri di kalangan otai-otai internet marketing Malaysia.

Saya banyak belajar daripada pakar-pakar IM seperti Najib Asaddok, Zamri Nanyan, Shamsuriyadi, Cikgu Hafis, Shuth, Gero Azrul, Razif, Rahman Basri dan ramai lagi termasuklah dari rakan blogger seperti Encik Titan, Mohd Fairiz, Cik Tomato, Samsiah (Cikmatahariku) serta Anizah. Geng-geng dalam affiliate kerjaya juga ramai yang membantu termasuklah Muaz Hadi, Akma Omar, Zeo Unic, Khairul Asrol, Tok Puteh dan juga Prof Hariz. Ilmu-ilmu daripada mereka ini memang ilmu yang hebat-hebat yang sebenarnya telah bantu ramai blogger seperti saya untuk berjaya meraih komisen ribuan ringgit menerusi affiliate.

Mahu Jadi Top Affiliate 2015 di Ashadee 

Mahu Jadi Top Affiliate 2015 di Ashadee
Walaupun income dari affiliate ini ada pasang surut, naik turun tetapi alhamdulillah, setakat ini komisen menerusi affiliate masih lagi ada masuk ke akaun bank setiap bulan. Paling tidak RM10 itu pasti ada, in Sha Allah.

2 Tips Penting Buat Duit Menerusi Affiliate

Nak buat duit dengan affiliate, perkara penting ialah:

Kena rajin untuk menulis, untuk membuat promosi, untuk bercerita ... untuk berkongsi dengan rakan yang lain. Semua ini perlukan ilmu tertentu. Kalau tak belajar, takkan ke mana.

Buat Duit Affiliate Tanpa Ilmu - Merugikan

Saya join affiliate dah lama, sejak ada blog saya dah mula sertai program percuma buat duit online ini. Tapi lebih 3 tahun saya tak peroleh sebarang income yang baik - segalanya kerana saya memulakannya tanpa ilmu. Serius saya main hentam kromo je, beli ebook panduan mengenai affiliate memang jauh sekalilah.

Apabila Ashadee dan Klikjer.com diperkenalkan, saya mula dapatkan pelbagai panduan yang ada disediakan dan dijual di situ. Malah, saya dapatkan juga pelbagai ebook lain daripada IM Malaysia yang bergerak secara underground. Modal ilmu memang harus dikeluarkan.
Top Affiliate Malaysia 2015

Alhamdulillah, tahun 2014 saya berjaya menempatkan diri antara top affiliate di Ashadee, walaupun bukan berada di top 10 .. huhuhu... dan berjaya juga meraih banyak income affiliate menerusi pelbagai lagi platform affiliate yang lain... semuanya hanya menerusi blog!

In Sha Allah, tahun ini saya nak teruskan usaha bagi mencapai hasrat untuk menjadi top affiliate di Ashadee, kali ini saya mahu buktikan dengan blog platform percuma ini, saya boleh berada antara top 10 buat duit menerusi affiliate.


4 comments.. read them below or add one

ikhwan ikhwan July 15, 2015
tahniah atas pencapaian tuan, semoga ianya dapat dikekalkan dan menjadi inspirasi kepada semua rakan blogger.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 01, 2016
Gagal tahun 2015 untuk jadi top affiliate di Ashadee

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.