Bijak Temuduga

Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Viral di Facebook

Kenyataan Rasmi Muhyiddin Yassin Viral di Facebook

Kenyataan rasmi Muhyiddin Yassin viral di Facebook. Tentu ramai dah tonton video pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai rombakan kabinet Malaysia. Malah, saya sangat pasti bahawa kebanyakan dari kita telah pun mengetahui senarai terkini kabinet baru Malaysia yang berkuat-kuasa 29 Julai 2015.

Inilah adat dalam politik, ada naik, ada turun. Dulu diangkat, sekarang diturunkan. Kadangkala saya sendiri tidak faham mengenai perjalanan dan senario politik di Malaysia. Itulah sebab saya kurang gemar bercerita detail mengenai isu politik di dalam blog. Kalau ada pun, saya sekadar selit untuk informasi dan ketengahkan fakta menarik - bertujuan untuk rujukan masa akan datang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Tempatnya diganti oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mempunyai pengaruh dan karismanya tersendiri. Jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dilupa, malah ramai yang menyanjungi beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, apatah lagi dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Selepas Digugurkan Dari Kabinet

Kenyataan Rasmi Muhyiddin Yassin Viral di Facebook
Saya tidak mahu cerita panjang, tapi saya ingin berkongsi rasa yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ini yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook rasmi beliau. Saya boleh katakan ini merupakan kenyataan rasmi dari bekas TPM sebaik sahaja beliau digugurkan daripada barisan kabinet baru yang dirombak.


KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINBismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, saya...
Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, 28 July 2015

Tak dapat nak baca?

Ok, saya #copypaste di bawah ini untuk kemudahan anda yang mahu tahu ...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015 

Kenyataan rasmi dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikongsikan di Facebook ini telah menjadi viral. Sehingga entri ini ditulis, ianya telah dikongsikan (share) lebih daripada 38,000 kali, serta mendapat hampir 170K likes daripada pengguna Facebook.

Apa pula akan berlaku esok dan lusa, saya sendiri tidak pasti. Malaysia semakin menjadi perhatian dunia lepas satu persatu, dan ironinya segalanya berlaku selepas tragedi sedih menimpa negara iaitu kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak dirungkai. Belum lagi disebut tentang kes yang masih belum selesai iaitu Kes MH17 yang ditembak jatuh di selatan Ukraine.

Dan kemudian kes 1MDB yang menampakkan perubahan kepada senario politik negara.

Mungkinkah ada dalang lain yang merencanakan semua ini?



Nama

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,42,Advertorial,112,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,7,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,3,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,360,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,7,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,24,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,275,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,18,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,46,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,49,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,64,Holiday Tips,2,Homestay,1,Hotel,10,House Husband,632,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,583,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,30,Kekeluargaan,62,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,76,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,240,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,13,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,303,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,12,Pendapat,34,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,46,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,23,petua kehidupan,7,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,49,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,474,Semesti,2,SENI,3,Shopping,101,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,11,Tempat Menarik,167,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,87,Tips Blogging,308,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,50,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,33,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,100,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE: Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Viral di Facebook
Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Viral di Facebook
Kenyataan Rasmi Muhyiddin Yassin Viral di Facebook
http://1.bp.blogspot.com/-We7JgGsOWjI/Vbepkx0Z-zI/AAAAAAABFrQ/W1lSDPohMG8/s1600/kenyataan-dan-maklum-balas-muhyiddin-yassin-selepas-gugur-kabinet-julai-2015.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-We7JgGsOWjI/Vbepkx0Z-zI/AAAAAAABFrQ/W1lSDPohMG8/s72-c/kenyataan-dan-maklum-balas-muhyiddin-yassin-selepas-gugur-kabinet-julai-2015.jpg
HASRULHASSAN.COM BLOGZINE
http://www.hasrulhassan.com/2015/07/kenyataan-rasmi-muhyiddin-yassin-viral.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/07/kenyataan-rasmi-muhyiddin-yassin-viral.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy