Jangan Beli Kuih Raya Dari China

Jangan beli kuih raya dari negara China. Topik ini telah menjadi viral di media sosial. Malah, ia telah menjadi tajuk berita di dalam media massa arus perdana. Segalanya bermula daripada perkongsian-perkongsian dilakukan oleh pemilik-pemilik akaun Facebook. Sejauh mana kebenarannya, tak siapa yang benar-benar tahu. Namun, memang ada bukti yang menunjukkan bahawa terdapat kuih raya yang dijual sangat murah sehingga mengiyakan desas desus dan cerita ini.

Apakah pro dan kontra tajuk viral 'Jangan beli kuih raya dari China' ini sehingga ia turut merencanakan satu lagi tajuk viral 'Jangan beli kuih raya dari Giant, Mydin, Aeon Big dan Tesco' ini ? Malah ada variasi lain seperti 'Jangan beli biskut raya dari Econsave dan Giant' turut dimuat naik ke laman sosial Facebook. Dari satu sudut memang nampak akan kebaikannya, namun dari sudut yang lain, isu dan tajuk seperti ini turut menjejaskan IKS tempatan yang selama ini bergantung jualan mereka menerusi pasaraya besar seperti Giant dan Mydin.

Jangan Beli Kuih Raya Dari China

Jangan Beli Kuih Raya Dari China

Bahaya Tajuk Viral Yang Tidak Benar

Sebelum ini, saya pernah tulis bagaimana bahayanya menulis status dan kongsi sesuatu perkara yang boleh memudaratkan, dan saya fikir .. menjadikan satu isu atau perkara viral di laman sosial seperti isu Jangan Beli Kuih Raya dari China ini juga boleh dikategorikan sebagai mengundang bahaya. Bukan bahaya kepada diri, tetapi bahaya kepada orang lain yang mungkin terkesan kerana tajuk-tajuk sebegitu.

Masih ingat lagi kes kemalangan yang libatkan kereta Myvi yang mengakibatkan kematian sebuah keluarga tak? Bagaimana dengan isu tersebut muncul banyak tajuk-tajuk lain yang menjadi viral sehingga memberikan kesan negatif kepada pemilik kereta Myvi lain yang secara amnya tidak ada kena mengena dengan kes kemalangan tersebut?

Baca - 5 Perkongsian Laman Sosial Yang Boleh Mudarat Dan Membahayakan

Ok. Berbalik pada topik asal.

Benarkah Isu Kuih Raya dari China?

Jangan beli kuih raya dari China. Blog rakan saya telah dedahkan dan kupas ringkas mengenai isu ini menerusi TruthHalal.my. Daripada post tersebut nampak ada bukti bergambar bahawa memang ada kuih dan biskut raya yang datangnya dari negara China menggunakan logo Halal yang meragukan. Malah, isu ini telah pun dimuatkan dalam akhbar tempatan.

Jangan Beli Kuih Raya Dari China

Tetapi, memuat naik isu yang sama, yang kemudiannya dimanipulasi ke tajuk yang lebih sensasi menjadi 'Jangan beli biskut raya dari Mydin dan Giant' adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku. Ia boleh menjejaskan periuk nasi orang lain terutama sekali IKS yang kebanyakkan bergantung dengan penjualan di Hypermarket ini.

Tak salah viralkan sesuatu yang telah pasti dengan fakta yang ada. Tetapi menambah cuka kepada perkara yang sudah menjadi masam adalah sesuatu yang merosakkan.

2 Fakta Penting Mengenai Kuih Raya dari China

Beberapa fakta yang harus diketengahkan dalam isu Jangan Beli Kuih Raya dari China.
  1. Kuih raya dari China, harga jauh lebih murah dari harga pasaran.
  2. Logo halal diragui.
  3. Label pembungkusan

Saya fikir tiga perkara ini sudah cukup untuk menjadikan pengguna agar lebih berwaspada untuk membeli kuih dan biskut raya di pasaran.

Kenyataan bahawa kuih raya dari China dijual murah di pasaraya seperti Giant, Mydin dan Econsave disangkal pula oleh beberapa kenyataan berikut.

Memetik dari Sinar Harian:

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaan GCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.

"Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

"Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Jangan Beli Kuih Raya Dari China

Lihat komplikasi akibat dari segelintir kita yang tidak berusaha untuk mencari yang hak, yang betul mengenai isu sesuatu perkara. Selama ini kita salahkan orang lain teurtama media elektronik media arus perdana seperti TV3 yang acapkali paparkan berita yang dirasakan meliar dan menjatuhkan orang lain, namun dewasa ini banyak dari kita yang lebih sudu dari kuah dalam mengetengahkan isu.

Apa kata rakan blogger saya ini dalam post - Belilah Kuih Raya dari China di Giant

Bagaimana nak pastikan anda beli kuih raya yang terbaik, bermutu dan dari pengeluar yang anda yakin akan halalnya?

Cuba dapatkan review daripada beberapa blogger Malaysia mengenai promosi kuih dan biskut raya, yang memang sah-sah halal, dan bukan dari China. Anda boleh baca review daripada saya sendiri, produk dari IKS tempatan:
Atau boleh baca review biskut raya daripada rakan blogger saya ni...
Kita ada pilihan, maka pilih mana yang anda fikirkan sesuai. Setidak-tidaknya dengan pilihan ini, anda boleh hindarkan diri dari terbeli kuih raya dari China. Paling terbaik, untuk elak, apakata anda buat sendiri kuih dan biskut raya .... :)

Baca - 10 Resepi Lengkap Kuih Raya Popular Malaysia

Untuk usahawan dan IKS yang mahu mempromosikan produk, boleh dapatkan bantuan blogger Malaysia untuk viralkan produk anda, jangan malu dan segan, blogger Malaysia boleh bantu anda lariskan jualan, jika tidak jangkamasa pendek, in Sha Allah .. jangkamasa panjang orang ramai akan tahu mengenai produk anda.

p.s: Adakah anda sanggup untuk LIKE dan Share entri ini?

{ 7 comments.. read them below or add one }

Nadia Johari Nadia Johari July 02, 2015
Beli je dengan orang kita..banyak je rakan2 blogger ade buat..ehheh
hpmurah2u hpmurah2u July 02, 2015
kalau camtu...kat mane pasaraya yg jual kuih raya yg btl2 dari malaysia...
julia jamaludin julia jamaludin July 02, 2015
sama macam kes beras tiruan la ni. ade ke patut kate beras faiza tu beras tiruan. dah sah-sah buatan malaysia :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 02, 2015
Kat Mydin, Giant .. semua tu jual kuih raya dari IKS tempatan .. :) kan saya ada beritahu tu
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 02, 2015
Haaa tu satu lagi benda yang viral ntah apa2 .. keluar dalam akhbar lain, diviralkan pula lain. Sampai dalam akhbar Cina tulis - jangan beli beras Faiza lagi.
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 02, 2015
Beli online je .. :) kan dah saya prromote tu :P
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ July 02, 2015
Kalau tak nak ragu ragu dah, sila rajinkan diri buat kuih raya kat rumah. Ekekekeke.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.