Iklan Aidilfitri 2015 Tenaga Nasional (TNB)

Iklan Aidilfitri 2015 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Semakin meriah dah, makin terasa Aidilfitri sudah hampir. Ketika saya menulis post ini, tinggal lagi 7 hari untuk menyambut ketibaan 1 Syawal 1436H. Dah makin banyak iklan atau TVC mengenai kehadiran Syawal atau Aidilfitri 2015. Dan tidak ketinggalan, TVC atau iklan Hari Raya Aidilfitri 2015 daripada TNB.

Setakat ini, TVC paling best terkesan di hati adalah dari Astro Gempak - Kisah Benar Herman. TVC daripada Telekom Malaysia lak, bolehlah tahan .. sebab ada awek cun dengan TVC bertajuk Pakcik Misteri. Yang lain setakat entri saya tulis ni belum muncul lagi... in Sha Allah, kalau ada saya akan kongsikan. Syok juga melayan iklan-iklan Raya 2015 nie, sebab inilah satu-satunya iklan yang tidak menjual, tetapi lebih kepada menyampaikan nilai-nilai murni lagi bermanfaat, sesuai dengan semangat dan keberkatan Ramadan serta Aidilfitri 1436H.

Iklan Aidilfitri 2015 Tenaga Nasional (TNB)

Iklan Aidilfitri 2015 Tenaga Nasional (TNB)

TVC #SinarBaru - Iklan Hari Raya 2015 Daripada TNB

Ok. Jom layan iklan Aidilfitri 1436H/2015 terbaru daripada Tenaga Nasional Berhad ini.




2 comments.. read them below or add one

✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ July 09, 2015
Dah lama hadap tv, tak tahu iklan raya macam mana.. Mampu tengok kat blog abg HH je.
riza afzan riza afzan July 10, 2015
Masjid Alor Setar ye? Subhanallah, cantik!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.