Hentikan Mencarut dan Maki Hamun di Bulan Ramadhan

Hentikan segala maki, carutan dan seumpamanya di bulan Ramadhan ini. Saya sangat terkilan apabila ramai antara kita menunjukkan maruah yang rendah apabila sanggup menggunakan nikmat berkata-kata dengan mengeluarkan perkataan carutan dan makian menerusi laman sosial. Ini adalah sesuatu yang sangat salah, apatah lagi dilakukan di dalam bulan Ramadhan penuh mulia ini.

Sayang seribu kali sayang, pabila kita mahu bulan Ramadhan itu dihormati oleh bangsa lain yang bukan beragama Islam; masih ramai lagi di kalangan mereka yang melafazkan kalimah syahadah menggunakan laman sosial untuk mengeluarkan kata-kata makian, cacian dan mencarut.

Hentikan Mencarut di Bulan Ramadhan

Hentikan Mencarut di Bulan Ramadhan
Oh tidak malukah kita yang mengaku sebagai beragama Islam ini melakukan perkara yang merosakkan nilai bulan Ramadhan yang suci lagi penuh barakah ini? Apa pula pandangan orang bukan Islam?

Walau terdapat pelbagai isu dan perkara yang boleh mengundang kemarahan, ini tidak bermakna ianya adalah lesen untuk kita dengan mudahnya mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata penuh kebencian, carutan dan maki hamun di bulan Ramadhan.

Allah S.W.T menjaga bulan ini dan memberikan 1001 kelebihan yang tidak terdapat di bulan-bulan lain dalam Islam. Jadi, sangatlah tidak wajar, dan tidak bertanggungjawab andai kita menggunakan teknologi untuk menghentam orang lain dengan kata-kata yang jijik, seolah tidak punyai agama yang mendokong kehidupan bertamadun.

Laman Sosial Penuh Sumpah Seranah, Makian dan Carutan

Mengucap panjang saya apabila melihat status dan komen-komen yang dipenuhi carutan dan makian di laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu seorang selebriti yang pernah sampai ke tanah suci Mekah mencarut dan mengeluarkan kata-kata cacian dan makian menerusi laman Twitternya, hanya kerana isu sebuah restoran yang menghidangkan steak mahal; di mana ia diperkenalkan oleh salah seorang pengikut akaun laman sosialnya.

Kemudian, muncul pula kes pasangan mendera anak yang membuatkan ramai netizen merasa marah dengan perlakuan mereka. Apatah lagi anak yang malang tersebut terpaksa berdepan dengan kecacatan kekal akibat penderaan. Banyak page diwujudkan menghentam pasangan ini terutama ibu tiri kepada anak yang malang itu. Page-page laman sosial ini diwujudkan hanya untuk melampias segala caci maki, serta mengumpul deretan carutan yang sepatutnya dibendung dan bukannya diviralkan.
Hentikan Mencarut di Bulan Ramadhan

Apa Kena Dengan Masyarakat Kita Hari Ini?

Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini?

Semakin hari semakin parah, terutama selepas laman sosial mula menapak di negara ini. Banyak yang menggunakan medium ini dengan cara yang salah, sehingga dijadikan lubuk untuk mengumpul dosa dan mengurangkan pahala.

Allah S.W.T membenarkan segalanya ini berlaku untuk menguji kita, dan bagaimanakah pencapaian dan maklum balas kita? Adakah kita benar-benar menjadikan Ramadhan itu bulan yang di dalamnya satu lubuk untuk mempertingkatkan iman dan ketakwaan kita terhadap Allah S.W.T? Adakah kita telah lupa bahawa Ramadhan diberikan untuk umat Islam bagi memperbaiki diri dan kesilapan, untuk membersihkan jiwa dari dosa agar dapat melihat kemenangan atas nafsu dan godaan Syaitan?

Marilah kita ingat-mengingati dan berpesan sesama kita akan kemuliaan bulan Ramadhan ini.

Dan saya menulis tajuk ini supaya untuk mengingati diri sendiri bahawa bulan Ramadhan itu datangnya hanya sebulan sekali dalam setahun. Tidak ada bulan sehebat bulan Ramadhan, dan tidak ada sebesar ganjaran diberikan untuk mereka yang menjadikan Ramadhan itu bulan suci lagi barakah.

Semoga kita semua dihindarkan Allah S.W.T dari kemurkaanNYA.

{ 9 comments.. read them below or add one }

hpmurah2u hpmurah2u July 01, 2015
saya sokong post ni...bulan pose semua kena jaga
izzeyda izzeyda July 01, 2015
semoga kita dapat menjaga lidah kita dari berkata yang tak sepatutnya..
DRAMATIC UNIQ DRAMATIC UNIQ July 01, 2015
Ya, setuju dengan bro HH..
Yang salah tu dah tentu salah, kita jangan menambah garam dan gula buat perencah. Sebaliknya lihat diri sendiri dulu dan ambil penlajarn dari dugaan orang lain.

zainah zainah July 02, 2015
Peringatan untuk kita semua.Sama2lah kita menjaga lidah/jari-jemari dan paling penting jagalah hati.
shasalleh shasalleh July 02, 2015
apabila nampak kesalahan orang lain melebihi salah sendiri, macam-macam kata hinaan dan makian yang dikeluarkan baik lelaki mahupon wanita. untuk menilai orang memang senang tapi untuk menjaga peribadi sendiri sukar untuk dilakukan masyarakat hari ini.
Auntie Kemai Auntie Kemai July 02, 2015
saya bersetuju ..di bulan ramadhan yang mulia ini ..sesama la kita bermaafan usah melihat kesalahan orang. baik kita baiki diri kita dahulu.
suhaila Johar suhaila Johar July 02, 2015
Memang setuju saudara..Bulan puasa ni bukan sahaja jaga perut tapi mulut dan anggota badan lain pn kene jaga..Cermin diri kita selalu..dan berpuasa ni la kita kene banyak muhasabah diri

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.