02 Julai 2015

Hari-Hari Tension Dengan Komen Ibu Puspita

Hari-hari saya tension apabila ruang komen blog dipenuhi oleh komentar dari Ibu Puspita. Setiap hari ada sahaja komen yang ditinggalkan oleh profile blogger Ibu Puspita ini. Dan setiap harilah saya perlu hadap komen-komen yang diberikan.

Komen-komen dari Ibu Puspita ini sentiasa singgah ke entri-entri berkaitan pinjaman, terutama mengenai BR1M, dan juga Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Setiap kali saya padam, setiap kali itulah entri tersebut dikomen berulang kali oleh Ibu Puspita. Almaklumlah, kedua entri ini merupakan antara entri-entri di dalam blog ini yang evergreen yang sentiasa memberikan ribuan trafik setiap bulan...hehehee.. :P

Hari-Hari Tension Dengan Komen Ibu Puspita

Dan kali ini, si Ibu Puspita mula menyinggah di beberapa blog post lain dan memberikan komen-komen berbentuk Spam yang berjela panjangnya. Tak syoknya ialah komen tersebut menyeru kepada perjudian Toto 6D yang jelas sangat dilarang bagi umat Islam.

Tetapi sayang, apa yang ditinggalkan itu terpaksa saya padam memandangkan komen tersebut tiada kaitan dengan apa yang saya tulis. Mana tidaknya, mempromosikan perjudian 6D menerusi entri seperti Baca Novel Online Eksperimen Cinta Bab 3 dan Bab 4 dan 5 Perkongsian Status Laman Sosial Bawa Mudarat.

Hari-Hari Tension Dengan Komen Ibu Puspita
Tengok seperti apa yang saya tunjukkan di atas tu .... tak tension ke dapat komen-komen sama berjela macam tu di setiap post baru yang diterbitkan? Uhhh .. itu sebab ada masa saya hadkan ruangan komen tersebut untuk profile Google+ dan bukannya secara terbuka. Kalau tidak, begitulah hari-hari saya kena hadap.

Saya bukan tidak suka entri dikomen, malah saya sangat alu-alukan komen yang membina, yang menegur kesilapan dan yang memberikan motivasi semangat untuk saya menulis lagi dan lagi. Jadi, harap faham andai anda terpaksa berhadapan situasi di mana ruangan komen di blog ini dihadkan.

In Sha Allah, jika saya sedang berada di depan PC dan blog, ruangan komen selalunya dibuka, dan anda tiada halangan untuk memberikan komentar anda.

Enjoy blogging!

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

8 Komen

rajin betul ibu puspita menaip :)

assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je

Itulah pasal .. lenguh gak nak kena hadap padam komen dari dia .. yang peliknya ialah .. ia tak masuk SPAM pada awalnya .. lepas ke komen entri blog.

ibu puspita copy & paste komen beliau hari-hari.

Siapalah ibu puspita tu agaknya?

Hehehee.. selamat berpuasa juga .. weschair

Itulah pasal .. saya yang terkena tempias bila banyak betul komen ditinggalkan di blog ini


EmoticonEmoticon