Langkau ke kandungan utama

Duit Raya 2015 Dari 8Share

Duit raya 8Share. Alhamdulillah, dapat juga merasa bayaran untuk kali ___ daripada 8Share. Siapa yang belum daftar dengan 8Share, saya syorkan anda daftar percuma sekarang di pautan ini - Daftar 8Share Percuma.

8Share merupakan salah satu cara untuk dapatkan income sampingan mudah menerusi perkongsian info di laman sosial. Bagi sesetengah orang (walaupun bukan seorang blogger) menjadikan 8Share ini sebagai lubuk buat duit 3 angka sebulan, malah ada yang pernah dapat sehingga 4 angka sebulan menerusi 8Share. Jadi, jika anda seorang yang sering online, baik anda daftarkan diri di 8Share Malaysia dan mula jana income sampingan seperti saya dan ramai lagi.

Duit Raya Aidilfitri 2015 Dari 8Share

Duit Raya 1436H Dari 8Share

Kali ini, alhamdulillah saya dapat keluarkan sejumlah kecil earnings 8Share untuk bulan ini (Julai) sebelum 1 Syawal 1436H/2015. Permohonan untuk keluarkan income dari 8Share sudah pun diluluskan - verified. Jadi, tunggu pihak 8Share masukkan jumlah tu ke dalam akaun Maybank saya je. Saya anggap ini merupakan duit raya daripada 8Share, walaupun jumlahnya tidak banyak seperti sebelum ini, tapi alhamdulillah, dengan sebanyak RM98, dah boleh cover untuk tol dan minyak balik kampung raya ni.... hoho ..

Kalau anda belum daftar lagi, bolehlah daftar percuma ye. Hanya isi butiran diri yang disediakan di sini - Daftar 8Share

Tak tahu cara nak buat duit online dengan 8Share? Boleh baca tips ini - 7 Tips Popular Buat Duit Menerusi 8Share

In Sha Allah, menerusi teknik yang betul, cara yang tidak langgar terma, anda boleh buat duit secara online menerusi 8Share hanya dalam masa 10 saat sahaja!

Selamat mencuba, dan selamat mendaftar buat rakan-rakan yang baru nak kenal 8Share ini ye.
 

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Yeayyy, dah dapat duit raya. seronoknya. Iday baru2 lagi start main 8share ni, Hehehe hope membuahkan hasil la nanti. Hehehe

    BalasPadam
  2. dah lama xbuka 8share, last main churp2 tu pun hangat2 tahi ayam je lol

    BalasPadam
  3. apapun kena rajin... tak rajin takde jugak hasilnya

    BalasPadam
  4. woah seronoknya dapat duit rya heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…