Dialog Popular Raya 2015

Dialog popular di Hari Raya 2015. Zaman dah berubah, begitu juga dengan cara menyambut Hari Raya. Saya sendiri nampak bagaimana cara kita menyambut raya sudah nampak kelainan dan berbeza dari zaman kecil-kecil saya dahulu. Antara yang paling ketara ialah dialog Hari Raya.

Kalau dulu, antara dialog popular di pagi raya ialah ... "Opah, nak duit raya ..." "Puasa penuh tak sebulan?" "Nak rendang .. nak rendang" ... "Cantik langsir kau Jah...." "Ehh nak beraya rumah sapa pula lepas ni?"

Tapi sekarang, nak dengar dialog begitu memang dah susah dah. Yang kerap didengar adalah dialog-dialog yang berkisar dunia online je dah. Serius. Sambutan raya lebih menjurus kepada perkara-perkara berkaitan dunia online terutama dunia sosial online.

Dialog Popular Raya 2015

Dialog Popular Raya 2015
Antara dialog popular raya 2015 ...

"Rumah kau ada wifi tak?"
"Apa password wifi rumah ko ye?"
"Lepas ambil gambar, jangan lupa whatsApp ye .."
"Ehh, nanti tag kat facebook ye gambar raya tu"
"Jangan lupa upload gambar kat facebook tau.."
"Sebelum balik, kita selfie dulu ..."
"Rumah mana ada wifi ehh?"
"Ehh jap, jangan makan dulu, kita ambil gambar menu raya dulu.."
"Rendang ni menu dari blog tu ke?"
"Ehh kau dah tengok baju raya Aaron Aziz kat facebook dia tak?"
"Jom la naik kereta baru kami, keter kami ada internet tau ..."
"Ramli ... apsal line internet rumah ko ni lembab sangat ni?"
"Dapat upload tak?"
"Dah send ke WhatsApp?"
"Ko tak tengok ke jemputan raya Sameon dalam WhatsApp group Cucu Cicit Hj Dollah?"
"Camner leh sampai sini? Guna Waze ehh?"
"Dah letak hashtag raya ke?"
"Wahh cantiknya baju raya, beli online ke Kak? Kat Zalora?"


Haha .. itu antara yang dapat saya terfikirkan bersandarkan pengalaman beraya pada tahun lepas, dan tahun ni nampaknya ia bagai sudah menjadi satu budaya pula.

Tidak salah untuk menggunakan teknologi, tetapi janganlah sampai ia menjarakkan hubungan sesama saudara mara apatah lagi apabila teknologi itu mewujudkan gap untuk hubungan insaniah.

Apa makna tulis "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" menerusi WhatsApp, Facebook, Twitter tetapi secara zahir batinnya ianya tidak berlaku seikhlas dan semurni hati. Nak bersalaman, mengadap wajah kedua ibu bapa, suami isteri, anak-anak, adik beradik serta saudara mara pun dah tak dibuat.

Tahun ini mungkin ramai yang ungkapkan dialog popular raya 2015 yang saya senaraikan, harapnya di hari raya akan datang (jika umur panjang); dapatlah dikembalikan budaya insaniah di hari raya. Biar ucapan raya, maaf-bermaafan lebih realistik dan tampak lebih ikhlas.

Untuk ingatan diri sendiri juga agar tidak diperhambakan oleh teknologi sepanjang masa.


4 comments.. read them below or add one

Mrs. A Mrs. A July 22, 2015
Apa password wifi? yang ini sangat popular boleh kira no satu nih!
anak-nak Mrs. A anak-anak buah abang-abang, sedara-mara yang datang beraya dan pergi beraya mesti tanya soalan tu punya.
Mia Kassim Mia Kassim July 22, 2015
Hehehe ... nasib baik tak biasakan anak2 dgn gadget dan internet segala.
Balik kg masih betul2 rasa suasana kg .. :D
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid July 22, 2015
Dah berubah dah dialog hari raya zaman sekarang nih kan? Selamat Hari Raya Abang HH, Maaf Zahir & Batin...
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz July 22, 2015
mintak password wifi tu paling popular. nak selamat, tutup je wifi kejap.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.