Cara-Cara Hantar e-Duit Raya Tanpa Kad Maybank2u

Cara-cara hantar duit raya tanpa guna kad Maybank. Satu lagi servis baru yang diperkenalkan oleh Maybank. Sebelum ini, saya ada cerita mengenai servis mendapatkan note-note baru RM10 untuk kegunaan pemberian duit raya Aidilfitri 2015, tetapi kali ini saya nak kongsikan satu lagi servis baru Maybank khas untuk hari raya Aidilfitri 2015; iaitu hantar duit raya pada sesiapa sahaja, tanpa penerima tersebut perlu ada kad ATM untuk dapatkan duit raya tersebut!

Dan paling menarik sekali ialah, anda boleh sampaikan salam raya menerusi SMS sekali dengan pemberian e-Duit Raya tu. Jadi, penerima akan terima satu SMS menyatakan ada duit raya diberikan, dengan kod pengeluaran, sekali dengan ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada pengirim. Wahh macam syok je kan?

Cara-Cara Hantar e-Duit Raya Tanpa Kad Maybank2u

Saya dah cuba!

Memang menarik sekali. Saya hantarkan e-Duit Raya ini kepada wife saya. Ia akan diberitahu menerusi SMS dan juga email. Ada kod transaksi atau kod pengeluaran diberikan. Hanya pergi ke mana-mana ATM Maybank, masukkan kod pengeluaran tersebut, dan duit raya selamat diterima.

Servis ini sesuai digunakan untuk buat kejutan terutama kepada sanak-saudara, sepupu sepapat, anak-anak, mahupun ibu bapa yang jauh dimata, khasnya kalau anak atau ibubapa duduk jauh sangat ... dan yang bukan pengguna Maybank.

Arahan Untuk Hantar e-Duit Raya Menerusi Maybank2u

Bagaimana nak buat? Ikuti tatacara di bawah ini.
Cara-Cara Hantar e-Duit Raya Tanpa Kad Maybank2u
Tak berapa nak nampak? Ok, cuba baca arahan di bawah ini.
  • Langkah 1 - Log in ke Maybank2u.
  • Langkah 2 - Klik Transfer, anda akan nampak petak kuning seperti ditunjukkan di bawah ini. Pilih menu tersebut yang tertulis eDuit Raya with Cardless Withdrawal.
Cara-Cara Hantar e-Duit Raya Tanpa Kad Maybank2u
  • Langkah 3 - Isikan nama dan nombor telefon penerima duit raya.
  • Langkah 4 - Pilih amaun duit raya iaitu samada RM100, RM200 atau RM300.
  • Langkah 5 - Masukkan ucapan penuh kreatif Hari Raya Aidilfitri anda, tidak lebih 500 huruf. Kemudian, isikan email dan klik Confirm. Satu kod pengeluaran akan anda terima. Kemudian, hantarkan kod pengeluaran tersebut kepada penerima duit raya berkenaan dalam masa 48 jam.
Cara-Cara Hantar e-Duit Raya Tanpa Kad Maybank2u
  • Langkah 6 - Penerima akan terima Transaction ID menerusi SMS. Dengan kod pengeluaran yang telah anda hantar ke penerima, berserta Transaction ID yang telah penerima terima, penerima perlu ke mana-mana mesin ATM Maybank untuk keluarkan e-Duit Raya yang telah dihantar. Tidak perlu menggunakan kad!

Walla, selesai.  Servis oleh Maybank ini adalah untuk membolehkan transaksi tanpa wang tunai digunakan, jadi ianya selamat. Yelah, manalah tahu kot-kot dapat duit raya dalam sampul tercicir kat mana-mana ke .. huhuhu .. dan lagi, ia juga salah satu cara hantar duit raya dengan style .. dan sembunyi2 ... hoho ... jadi, soal nak riak bagi duit raya note RM100, RM200 dan note RM300 boleh dielakkan .. tak gitu? Pemberian duit raya hanya tahu antara yang hantar dan yang terima je .. huhuhu...

Saya gunakan servis ini untuk berikan duit raya kepada isteri, juga merangkap 'hadiah' untuk hari ulangtahunnya ... :) saya ni kan ke pemalu, jadi cara begini .. nampak macam style tapi sweet .. hahaha...

Oh ya, lupa nak beritahu ...  ada kontest dengan menggunakan servis daripada Maybank ini.

Menang Wang Tunai RM1000 Guna Servis e-Duit Raya

Pihak Maybank berbesar hati anjurkan satu kontest khas apabila anda hantar e-Duit Raya menggunakan Pengeluaran Tanpa Kad ini. Mana-mana pelanggan Maybank yang gunakan servis ini berserta dengan ucapan Hari Raya paling kreatif dan menarik, akan menang hadiah wang tunai lumayan. Kontest ini berlansung dari 22 Jun sehingga 31 Julai 2015. Jadi, peluang masih ada.

Hadiah Wang Tunai:
  • Hadiah Pertama : RM1,000 x 3 pemenang
  • Hadiah Kedua : RM500 x 10 pemenang
  • Saguhati : RM100 x 50 pemenang


Cubalah.

p.s: Awas, ada GST dikenakan untuk servis ini.

4 comments.. read them below or add one

khaty aiman khaty aiman July 09, 2015
wah..sambil memberi kejutan buat isteri sambil join contest..semoga berjaya
fiza hasan fiza hasan July 09, 2015
boleh cuba ni..mana tau ada rezeki menang contest...:)
izzeyda izzeyda July 09, 2015
wah 2 dalam 1 nih.. HH bagi kejutan kat wife skali berpeluang join contest ni..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.