16 Julai 2015

Cara Anyam Ketupat Daun Palas

Cara anyam ketupat daun Palas serta cara-cara memasukkan pulut ke dalam ketupat. Ketupat Daun Palas merupakan antara juadah yang popular di utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia dianggap sebagai alternatif kepada Lemang yang memang sinonim dengan juadah Hari Raya di Malaysia. Ini adalah kerana ketupat ini merupakan ketupat berisikan pulut dan bukan beras/nasi seperti Ketupat Bawang atau Ketupat Sate.

Bagaimana nak anyam daun ketupat Palas? Ada yang mahu cuba buat ketupat ini tetapi tidak tahu cara yang betul untuk membuat anyaman ketupat Daun Palas. Sebenarnya, ia tidaklah sesukar mana. Jadi, saya ingin berkongsi cara-cara untuk anyam daun ketupat ini, dan juga menunjukkan bagaimana nak memasukkan pulut yang telah separuh masak ke dalam anyaman ketupat Daun Palas ini.

Video Tutorial Cara Anyam Ketupat Daun Palas

Cara Membuat Anyaman Ketupat Daun Palas
Pertama sekali, anda perlulah memastikan daun ketupat itu adalah daun palas yang cukup lebar untuk dianyam. Pastikan ada lebih daripada lima ruas pada daun agar mudah untuk mengayam dan memasukkan pulut dalam kelonsong daun palas nanti.

Ok. Sekarang mari saksikan video di bawah ini supaya anda boleh ikut satu-persatu cara untuk anyam ketupat Daun Palas, dan seterusnya mengetahui bagaimana nak masukkan pulut yang telah separuh masak ke dalam kelonsong ketupat.

Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya ye .. huhu.. errr kalau jadi buat, bolehlah komen nanti ... :) Selamat menyediakan ketupat Daun Palas .. nyummm nyummmm sedappp ...


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen

Lebih suka ketupat biasa lagi dari ketupat daun palas

dah banyak kali try belajar menganyam ketupat daun palas ni...x mau nya jadi...tgn kerass haha


EmoticonEmoticon