Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Affiliate Secara Berterusan?

Bagaimana nak buat duit dan jana income sampingan menerusi affiliate secara berterusan? Kerapkali juga saya ditanyakan soalan seperti ini. Bukannya saya tidak cerita di dalam blog, tetapi sudah banyak artikel saya tulis dan kongsikan untuk mereka yang mahu tahu cara menjana pendapatan menerusi affiliate ini. Namun, masih ada yang gagal untuk memperoleh pendapatan menerusi cara buat duit percuma ini.

Jika anda seorang blogger yang berpengaruh, ada ramai follower, popular dan terkenal; anda mungkin boleh jana income sampingan menerusi pengiklanan sendiri di blog. Pengiklanan sendiri di blog boleh memberikan anda income sehingga ribuan ringgit sebulan jika kena dengan caranya. Namun, bagaimana jika blog anda kurang trafik dan tidak popular; apakah cara lain selain meletakkan medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, Geniee dan Adsense di blog untuk menjana income?

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Affiliate Secara Berterusan?

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Affiliate Secara Berterusan?

Salah satu cara nak buat duit dengan blog atau secara online ialah dengan mempromosikan produk affiliate. Buat duit dengan affiiate adalah percuma. Anda tidak perlu bayar untuk join atau daftarkan diri dengan affiliate. Anda akan dapat income menerusi affiliate seandainya produk yang anda promosi terjual. Setiap satu produk affiliate terjual menerusi link/pautan anda; anda akan terima komisen yang telah ditetapkan. Simple.

Dua Platform Affiliate Popular di Malaysia

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Affiliate Secara Berterusan?
Di Malaysia, ada dua platform afilliate yang ramai rakan blogger sertai, iaitu:
  1. KlikJer.com
  2. Ashadee.com

Dah daftar, tapi dapat komisen yang dapat menerusi affiliate hanya sekali-sekala. Bagaimana nak dapat komisen ini secara konsisten? Bagaimana nak buat duit dengan affiliate secara terus menerus? Apakah rahsia dan tips?

Ok.

Kalau ikutkan saya bukanlah seorang pakar affiliate untuk berikan tips dan petua terbaik buat duit dengan affiliate ini. Tapi, saya tak sampai hati untuk membiarkan ramai rakan saya dalam dunia blog ini - hanya rasa kagum dan jeles kepada pencapaian rakan blogger lain yang berjaya buat duit dengan affiliate.

Ada dua perkara untuk jana income berterusan menerusi affiliate.

Buat dan Bina Laman Web/Blog Khas Promosi Produk Affiliate

Mempunyai laman web atau blog khas dan khusus untuk mempromosikan produk-produk affiliate ini. Salah satu cara paling pantas dan mudah untuk membina sebuah laman web yang nampak profesional, mesra SEO dan berkeupayaan memaksima income sampingan menerusi affiliate ialah menerusi Nichify.

Saya sendiri menggunakan Nichify untuk promosi produk affiliate. Anda boleh lihat contoh di bawah - salah satu laman web/blog yang saya sediakan menggunakan Nichify.
Cara mudah cepat untuk bina laman web affiliate

Blog tersebut saya bina dalam masa 5 minit sahaja. Konten pun tak sampai 3 post, dan alhamdulillah, berjaya berada di dalam Search Engine Google di rank #1. Boleh lihat buktinya di bawah ini.
Cara bina laman web bisnes online pantas dan mesra SEO
Dan kesannya dari segi mendapat komisen affiliate, boleh lihat di bawah ini:
Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Affiliate Secara Berterusan?
Saya dah tunjuk dah cara, dan saya dah berikan bukti; sekarang terpulang kepada anda untuk gunapakai petua dan tips ini. Jika nak tahu, tips ini juga ada diceritakan oleh pakar affiliate menerusi blog iaitu Encik Titan di dalam Kitab SEO Merah Jambu - iaitu memiliki blog khas untuk promosi affiliate.

Mahu jimat masa? Mahu bina laman web dan blog affiliate dalam masa 5 minit? Mahu ia mudah berada di enjin carian seperti Google? Mahu dapat income sampingan berterusan menerusi affiliate? Maka, saya syorkan anda menggunakan platform Nichify ini - ia amat mudah, malah lebih mudah daripada menggunakan platform Wordpress dan juga Blogspot untuk mempromosikan produk affiliate. Segala berkaitan pemasaran affiliate telah tersedia, anda hanya perlu gunakan sahaja.

Berminat nak gunakan Nichify? Boleh dapatkan info di sini - Bina Website dan Blog Affiliate Mudah dan Cepat

Ceritakan Manfaat Mengenai Produk Affiliate

Ramai yang tidak berjaya dapat komisen affiliate adalah kerana mereka melakukannya secara kasar. Kasar di sini bermaksud ... anda secara terang-terangan meminta pembaca atau pengunjung blog anda untuk beli produk tersebut, walhal apa yang perlu anda lakukan ialah memberitahu manfaat dan kelebihan yang anda telah dapat dengan menggunakan produk tersebut.

Saya ulang sekali lagi - bercerita dan memberitahu mengenai manfaat dan kelebihan yang telah ANDA DAPAT menggunakan produk tersebut.

Ini merupakan teknik marketing secara halus yang ramai pakar pemasaran lakukan untuk melariskan produk. Alhamdulillah, teknik ini telah sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada saya menjana income menerusi affiliate.


Dan anda harus lakukan secara konsisten dan kerap. Bukan sekali dua bercerita, tetapi banyak kali. Sepertimana pengiklanan yang lain, kekerapan dan pengulangan itu penting agar penyampaian dan pemahaman secara penuh dapat disalurkan.

Lihat Bagaimana Mc Donalds Penuhkan Restorannya Kembali Setelah Kena Boikot

Tak percaya? Lihat sahaja Mc Donalds yang sebelum ini ramai kecam kerana didakwa bersekongkol dengan regim Zionis Israel. Walaupun ada boikot, tetapi disebabkan pemasaran dan iklan yang berulang-ulang dan menunjukkan 'manfaat' yang bakal dapat, restoran tersebut sudah mula penuh dengan orang ramai - yang dulu berdekah nak boikot restoran Mc Donalds. Lihat bagaimana promosi dan kekerapan itu telah melembutkan hati yang keras ... nampak tak?

Jadi begitulah halnya dengan teknik buat duit affiliate secara berterusan.

  • Perlu ada laman web/blog khas untuk promosi produk affiliate.
  • Kena kerap berkongsi info mengenai manfaat menggunakan atau mendapatkan produk tersebut.

Saya sudah beritahu, sekarang terpulang untuk anda gunapakai cara ini. Dan ketahuilah bahawa saya membayar harga cukup mahal untuk ilmu ini - jadi, manfaatkan sebaiknya kerana bukan mudah seorang yang dah jana income buat duit menerusi affiliate mahu berikan ilmu ini secara percuma kepada anda.

{ 11 comments.. read them below or add one }

Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail July 04, 2015
rasanya macam first time dgr lak platform nichify.. nak try la.. hehehe
Aplikasi Pangkalan Data Murid Aplikasi Pangkalan Data Murid July 04, 2015
usaha kena berterusan dan rajin promosi macam ni.
musadun musadun July 04, 2015
waa..tips yang sangat berharga ni.jarang blogger kongsikan tips spesifik macam ni. nak praktis terus la. tq HH!
myportal21 myportal21 July 06, 2015
Tips yang baik, teruskan berkongsi. Terbaik
Mad Parihh Mad Parihh July 07, 2015
banyaknya masyuk . rezeki xde lagi . sekali je masuk hari tu , pastu xde dah . huhuu
Dunia Zumal Dunia Zumal July 13, 2015
Baru semangat nak promote kembali affiliate yang Zumal sertai ^-^
Syami Syami October 27, 2015
saya dah cuba sistem, memang senang nak guna.. lagi senang dari buat cara manual
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 27, 2015
Sama-sama, semoga dipermudahkan dan dimanfaatkan ilmu yang dah diterima ini.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 27, 2015
Yeahh .. begitulah .. jangan putus asa .. kipidappp
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 27, 2015
Tgk balik bagaimana boleh dapat ... kaji caranya
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 27, 2015
Cubalah Muja .. best Nichify ni .. :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.