Langkau ke kandungan utama

Ani Kuantan Homestay Pilihan Keselesaan

Adakah anda mencari homestay sekitar Kuantan? Apakata memilih Ani Kuantan Homestay sebagai homstay pilihan keselesaan. Jika anda mencari homestay sekitar Kuantan, cubalah menginap di Ani Kuantan Homestay yang sangat selesa dan lengkap ini. In Sha Allah, pencarian tempat penginapan anda di Kuantan akan berbaloi dengan memilih Ani Kuantan Homestay.

Jika anda mencari homestay yang berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawangan Kuantan, serta Kuantan Medical Center, maka saya syorkan anda untuk memilih Ani Homestay Kuantan ini. Homestay ini juga berdekatan dengan Terminal Sentral Kuantan (TSK) dan juga Stadium Hoki. Malah, kebanyakkan pejabat-pejabat kerajaan juga berhampiran dengan Ani Kuantan Homestay yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan ini. Jarak dari bandar Kuantan pula hanyalah 5km.
Ani Kuantan Homestay Pilihan Keselesaan

Ani Kuantan Homestay Pilihan Keselesaan

Ani Kuantan Homestay menyediakan penginapan dengan kemudahan serba lengkap serta selesa untuk semua. Ruang parkir luas, sehingga boleh memuatkan dua buah kereta. Dan jika ada rombongan dengan bas sekalipun, tiada masalah untuk parkir sebuah bas di kawasan luar rumah homestay ini.
  • Homestay berdekatan dengan UIA Cawangan Kuantan
  • Homestay berdekatan dengan Kuantan Medical Centre 
  • Homestay berdekatan dengan Terminal Sentral Kuantan

Info Kemudahan Ani Kuantan Homestay

  • Rumah teres dua tingkat
  • 4 bilik tidur lengkap dengan almari serta bantal extra
  • 3 bilik air dengan kemudahan waterheater
  • Berhawa dingin di bilik utama dan juga ruang tamu. 
  • Mempunyai 2 ruang tamu luas dan selesa (tingkat atas dan bawah)
  • Kemudahan Astro 
  • TV skrin leper
  • Sofa serta meja makan
  • Kemudahan mesin basuh
  • Dapur yang lengkap termasuk dapur memasak, periuk nasi, peti ais, cerek elektrik serta pinggan mangkuk.
  • Gula, teh dan kopi juga disediakan percuma.
  • Telekung, sejadah dan kain pelekat disediakan untuk tetamu.
  • Ruang parkir yang luas.

Gambar Ani Kuantan Homestay

Bilik tidur Ani Kuantan Homestay
Ruang tamu bawah dan atas Ani Kuatan Homestay
Ruang dapur selesa Ani Kuantan Homestay
Jika anda tengok gambar-gambar yang saya sertakan ini pun dah nampak bahawa homestay ini luas, selesa dan lengkap. Cukup luas dan selesa sehingga boleh tampung jumlah penghuni yang agak ramai, kalau tak silap boleh memuatkan sehingga 3-5 keluarga dalam satu-satu masa. Jadi, memang sangat sesuailah untuk penginapan seisi keluarga.

Pilihan Terbaik Untuk Penginapan Homestay Selesa

Penginapan di Ani Kuantan Homestay sangat sesuai untuk:
  • Rombongan meminang dan perkahwinan sekitar Kuantan.
  • Rombongan atau lawatan pejabat kerajaan berdekatan. 
  • Penginapan untuk ibu bapa dan keluarga pelajar UIA.
  • Penginapan keluarga untuk rawatan di Kuatan Medical Center.
  • Penginapan santai sebelum perlawanan bola sepak dan hoki ( berdekatan stadium).
  • Penginapan melepaskan lelah untuk percutian ke Pantai Timur.
  • Percutian sekitar Kuantan.
Masjid Putih UIA Kuantan
Masjid Putih, UIA Kuantan

Semua kemudahan yang disediakan masih lagi baru memandangkan Ani Kuantan Homestay baru sahaja beroperasi sekitar bulan Mei 2015.

Jika anda datang dengan keluarga, memang berbaloilah menginap di sini, apatah lagi ada kolam renang yang dibuka untuk orang awam berdekatan dengan homestay ini. Jadi, kalau ada masa terluang, bolehlah bawa anak-anak untuk mandi kolam renang ...

Tempahan dan Pertanyaan

  • Puan Noraini 019-3832118
  • Sarah 019-2722118 atau 019-2152118

Kadar Sewaan

  • Kadar sewaan sehari - RM230 
  • Hanya untuk Muslim sahaja.

Alamat Homestay

Ani Kuantan Homestay
Lorong IM2/78,
Indera Mahkota 2,
Kuantan, Pahang

p.s: Jika anda mahu menginap di Ani Kuantan Homestay, jangan lupa sebut nama blog ini ... manalah tahu, leh dapat door gift ke .. hehehe..



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…