101 Resepi Kuih Raya

101 resepi kuih raya - enak dan sedap. Wahh, bila sebut pasal raya, maka akan teringatlah kita semua pada pelbagai macam kuih raya yang sedap-sedap lagi enak. Terdapat 101 macam aneka kuih raya yang ada sekarang, namun masih menjadi pilihan ramai ialah kuih dan biskut raya yang nostalgik dan tradisional. Raya tak sah kalau tak ada kuih raya, paling tidak mesti ada 1-2 jenis kuih raya dihidangkan di pagi Syawal, ye tak?

Saya seorang yang suka dengan kuih raya tradisional, contohnya macam Semperit dan juga Tart Nenas. Tetapi, saya ini cerewet sedikit ... saya jarang nak beli kuih raya daripada mereka yang tidak dikenali. Apatah lagi membeli secara online, atau beli di pasaraya yang ada jual kuih dan biskut raya murah. Bukan apa, kadangkala rasanya tidak kena dengan anak tekak. Bila dah beli, tak dimakan ... membazir namanya, tak gitu?
101 Resepi Kuih Raya

101 Resepi Kuih Raya Buat Sendiri

Jadi, cara paling terbaik ialah dengan meminta isteri untuk membuatnya. Tak payah banyak-banyak, dua tiga kuih dan biskut raya sudah cukup. Nakkan feel tu .. huhuhu ... lagipun, selalunya bila raya, lebih suka layan lemang, ketupat dan rendang.

Baca - Resepi Lemang Tradisional Sedap dan Asli

Lemang pun saya jarang beli, walaupun saya dan anak-anak sangat sukakan lemang. Kalau nak makan lemang, memang tunggu pemberian daripada sanak-saudara yang masih lagi bakar lemang sendiri. Resepi lemang tradisi yang dah kena dengan anak tekak memang tak boleh dinafikan. Pekena pula dengan rendang ayam yang memang wife saya pandai masak.
101 Resepi Kuih Raya Tradisional
Benda yang kita buat sendiri lebih puas hati, daripada beli daripada orang lain. Bukan apa, nak elak dari bebelan dan keluar ayat-ayat yang elok di pagi raya .... apabila menjamah kuih raya yang dibeli dengan harga yang adakala buat kita semput. Kalau beli murah kang, takut kuih dan biskut raya dari China...huhuhu...

Jadi, bila dah rasa buat sendiri kuih raya lebih berbaloi, nak tak nak kenalah cari resepi kuih raya ... :)

Nah, saya jumpa dah satu pautan untuk mendapatkan 101 resepi kuih raya - yang enak lagi sedap... hoho. Mudah dah, boleh dapatkan panduan resepi kuih raya secara online. Tak perlu susah payah nak keluar rumah cari di kedai-kedai majalah... yang kadangkala hanya letakkan hanya 10-20 resepi kuih raya di dalamnya.
101 Resepi Kuih Raya

Lagipun, 101 resepi kuih raya yang saya jumpa ini ditulis oleh seorang pelajar yang berhasrat untuk gunakan apa yang dia berikan ini untuk tampung belanja dan bayar PTPTN. Jadi, kiranya bila dah dapatkan 101 resepi kuih raya ini menerusi pautan ini - maka, dapatlah ringankan beban pelajar ini.

Beli dan Bantu Lunaskan PTPTN

Dapat ebook 101 resepi kuih raya .. pastu dapat bantu orang lain lunaskan hutang ... uhh lagi-lagi pula dalam bulan Ramadhan dan Syawal ini.
Panduan buat kuih raya sendiri - 101 Resepi Kuih Raya
Pada yang berminat nak dapatkan 101 resepi kuih raya ini, jangan lupa dapatkan panduan ini yang sedang dipromosikan dengan harga istimewa, boleh klik pautan ini - 101 Resepi Kuih Raya Buat Sendiri


4 comments.. read them below or add one

muhammad nizam muhammad nizam July 11, 2015
waa smart buku ni.. bagi hadiah kat wifey pun k gak ni...
suhaila Johar suhaila Johar July 11, 2015
Bagusnya adik ni..smga di murahkan rezekinya atas usahanya ni..
Saudagar Jam Tangan Saudagar Jam Tangan July 18, 2016
alamak. dah terlepas pulak. takpe, next year boleh cuba. mesti beli!

http://uber-kl.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.