10 Blog Niche Menguntungkan Letak Iklan Adsense

10 blog niche paling menguntungkan untuk letak iklan Adsense. Ok. Dah lama saya tidak kongsikan mengenai tips buat duit dengan Adsense. Adsense merupakan salah satu platform pengiklanan yang paling popular di internet. Jika anda sudah memiliki akaun Adsense penuh, maka ambil peluang untuk memaksimakan income Adsense ini dengan mewujudkan blog-blog niche yang ada cost-per-click (CPC) agak tinggi.

Tak berapa nak faham apa itu CPC? Nama lain dia PPC atau Pay-Per-Click; di mana setiap klik yang terhasil pada iklan akan berikan anda income. Selalunya kadar bayaran untuk CPC/PPC ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding dengan cost-per-million impression (CPM). Kalau dalam Nuffnang, ia dianggap bonus klik.

10 Blog Niche Menguntungkan Menerusi Iklan Adsense

10 Blog Niche Menguntungkan Menerusi Iklan Adsense
Ada iklan Adsense, yang jika diklik akan membayar anda sehingga USD0.50 sehingga USD1.00. Uhh banyak tu ... dan kalau dapat yang CPE atau cost-per-engagement lagilah lumayan, boleh dapat sehingga USD50.00 untuk satu iklan. Iklan CPE ini selalunya jenis banner iklan yang boleh expand atau yang jenis ada tulis "Rollover for More" atau "Expand for Info".

Apakah 10 Niche Blog Memberikan Iklan Masyuk Dalam Adsense?

Ok. Faham asas tu tak? Sekarang, saya nak perkenalkan anda kepada 10 niche blog yang boleh berikan anda banyak income, kerana wujudnya persaingan pengiklanan di antara pengiklan-pengiklan. Dalam hal ini, saya menyenaraikan niche-niche atau jenis-jenis blog yang boleh berikan nilai CPC yang tinggi.
  1. Domain - Tulis blog berkaitan domain contohnya seperti Godaddy, Yahoo, Google dan sebagainya.
  2. Gajet - Tulis blog mengenai gajet contohnya Apple, Samsung, Nikon dan seumpamanya.
  3. Google - Tulis mengenai produk-produk Google. Ada banyak produk Google dan salah satunya ialah mengenai Adwords.
  4. Microsoft - Tulis blog mengenai produk-produk Microsoft. Ada banyak perisian yang berkaitan Microsoft dijual di internet, jadi menulis mengenainya akan memberikan kemungkinan iklan berbentuk CPC keluar di blog.
  5. Perbankan - Tulis blog mengenai produk-produk perbankkan, ini termasuklah insurans, takaful, kad kredit. Contoh iklan Adsense berkaitan perbankkan yang berikan CPC tinggi ialah iklan dari HSBC dan juga Hong Leong Bank.
  6. Permotoran - Tulis blog berkaitan permotoran, ini merupakan niche yang sangat tinggi dibayar CPC. Iklan-iklan yang akan keluar seperti sewa kereta, minyak pelincir, promosi kereta baru dan sebagainya.
  7. Kesihatan - Tulis blog mengenai kesihatan. Kesihatan adalah antara produk yang sering diiklankan menerusi Adsense.
  8. Hartanah - Tulis blog mengenai hartanah.
  9. Pinjaman perumahan - Tulis blog mengenai pinjaman perumahan, atau apa-apa skim perumahan seperti Skim Rumah Idaman, Perumahan Rumah PR1MA
  10. Kerja Kosong - Tulis blog mengenai kerja kosong.
Nah.. sekarang anda sudah tahu niche-niche atau jenis blog yang boleh memberikan income sampingan yang agak baik dengan menggunakan Adsense sebagai platform pengiklanan. Lebih banyak artikel anda tulis dalam blog-blog niche tersebut, maka akan lebih banyaklah iklan-iklan dengan nilai CPC tinggi akan keluar.

Baca - Strategi Buat Duit Dengan Blog Menerusi Google Adsense

Ok, sekarang dah tahu, bolehlah mencuba. Tapi, pastikan dulu anda mempunyai akaun Adsense penuh ye, bukan yang hosted punya macam dalam blogspot tu .. huhu....

{ 10 comments.. read them below or add one }

Aminin DotMy Aminin DotMy July 10, 2015
Menarik salah satu niche di atas salah satu nya kepakaran sy ... rasanya dah tahu mana arah tuju blog.ni.lebih informasi berguna
Jia Rizaira Jia Rizaira July 10, 2015
Kadang tertanya2 gak. Kalau blog kita dibuka dari blog ping macam blogr.my atau babap.net, adsense still boleh jana income dari situ tak?
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 10, 2015
Boleh. Dan ada cara untuk anda counter balik iklan yang keluar di babab.net menjadi iklan adsense anda ..
hpmurah2u hpmurah2u July 10, 2015
bagus info blog niche ni...harapku lulus adsense satu hari nanti
sayaiday mohd nor sayaiday mohd nor July 10, 2015
ada satu website kerja kosong yang baru nak up, jawatan.co , penuh dengan google adsense,kalau ikut data dari similarweb (tak accurate), website diorang baru start april tapi sekarang dah jangkau lebih 100k sebulan. Hehehehe
qisya khadeeja qisya khadeeja July 10, 2015
lepas ni nak tulis lebih banyak entry berkaitan seperti diatas
qisya khadeeja qisya khadeeja July 10, 2015
blogger yang guna blogspot mcm sy.. that mean sy tidak punya akaun penuh dan perlu beli domain sendiri utk betul-betul buat duit dgn adsense?
Ammar Ammar July 10, 2015
Sebenarnya boleh je nak pakai akaun yang hosted di blog .com atau .my. Kena buat teknikal sikit. Ada cara dia...
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz July 10, 2015
ooo.. tapi tunggu adsense fully approve ni memang lama. dah 2 bulan. haha!
muhammad nizam muhammad nizam July 11, 2015
ade juga kene sikit2 sipi2 nombor 7...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.