Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini

Widget Bloglovin mudahkan follower blog anda untuk mengetahui entri terkini. Adakah anda sudah gunakan widget follow atau langganan daripada Bloglovin? Jika belum, anda boleh mencubanya. Ia merupakan widget yang cukup cool, responsif serta membantu pembaca setia blog anda mengetahui perkembangan entri terkini terus menerusi email.

Widget Bloglovin senang nak dipasang, apa yang perlu anda lakukan hanyalah daftarkan blog anda untuk dimasukkan ke dalam Bloglovin, dan seterusnya letakkan widget tersebut samada di sidebar blog atau di bahagian footer blogspot anda.
Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini

Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini

Widget ini sudah tersedia seperti ditunjukkan di bawah, tak perlu nak ubah apa-apa, ia hanya boleh digunakan untuk blog blogspot atau laman web tertentu tetapi tidak tersedia di dalam bentuk plugin untuk blog platform Wordpress. Jadi, kalau anda gunakan blogspot, boleh ambil peluang ini untuk tambah pembaca setia menerusi Bloglovin, atau sekadar cantikkan blog anda .. huhu...
Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini
Mana-mana follower atau pembaca blog anda yang mahu dapatkan entri terkini terpantas, maka ia perlu memasukkan alamat email di ruangan disediakan (rujuk gambar atas). Dengan menekan butang follow, maka pengikut blog anda akan terima jujukan entri terkini seperti ditunjukkan di bawah ini menerusi email.
Widget Bloglovin Mudahkan Follower Ketahui Entri Terkini
Buat mereka yang mendaftarkan diri dengan bloglovin, anda juga boleh masukkan blog-blog lain kesukaan anda menerusi laman web bloglovin. Jadi, setiap kali mendapat email, anda akan dapat semua update entri terkini daripada blog-blog yang telah anda follow.

Untuk mencuba widget ini, atau daftarkan blog anda di dalam pengkalan data Bloglovin:
  1. Login ke Bloglovin samada menggunakan email atau menerusi Facebook.
  2. Pilih atau cari blog yang anda mahu follow, contohnya blog ini di sini - Bloglovin - HASRULHASSAN.COM
  3. Untuk memasukkan widget ke dalam blogspot anda, anda perlu pergi ke laman berikut - Bloglovin Widgets
  4. Pilih mana-mana pilihan wigdet yang tersedia, dan kemudiannya salin kod HTML/Javascript yang diberikan. Tampal kod tersebut menerusi Add Widget/HTML dan letakkan di sidebar blogspot anda. Siap.
Ok. Mudah je kan? Cubalah, manalah tahu dengan cara ini boleh tingkatkan trafik blog anda dari semasa ke semasa, selain membina kredibiliti tersebut menerusi jumlah follower yang daftar menerusi Bloglovin.

Selamat mencuba.

3 comments.. read them below or add one

Pakar Merawat Sihir Pakar Merawat Sihir June 17, 2015
Adakah fungsinya macam google feedburner?
siti hazreen siti hazreen June 18, 2015
macam-macam widget ada sekrang ni, tepuk dada tanya selera
Hasrul Hassan Hasrul Hassan April 23, 2016
Lebih kurang, tetapi lebih menarik dari feedburner

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.