Trafik blog meroket sempena bulan Ramadhan. Alhamdulillah, syukur. Nampaknya teknik yang saya gunakan berjaya juga dibuktikan. Trafik blog naik mendadak bila masuk bulan Ramadhan, dari sehari menjana antara 15-20 ribu pageviews, berjaya menjana lebih daripada 30 ribu pageviews di awal Ramadhan.

Saya ada kongsikan tips mengenai bagaimana nak dapatkan trafik yang tinggi untuk blog bila masuk bulan Ramadhan di FB page hasrulhassan.com. Siapa yang selalu jenguk di page tersebut mungkin pernah lihat perkongsian saya mengenai jenis dan tajuk entri yang akan memberikan trafik tinggi sepanjang Ramadhan.

Trafik Blog Meroket Sempena Ramadhan

Trafik Blog Meroket Sempena Ramadhan
Dan alhamdulillah, apa yang saya beritahu itu bukan satu tips kosong. Saya sendiri berjaya buktikan menerusi blog ini apabila trafik pada 18 Jun 2015 berjaya melepasi angka 30 ribu pageviews berdasarkan statistik dalaman blogspot (blogger.com) pada dashboard blog ini. Di bawah adalah printscreen trafik yang secara sengaja saya ambil pada 18 Jun iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1436H.
Trafik Blog Meroket Sempena Ramadhan
Dan di bawah ini pula adalah printscreen yang baru saya ambil pada 20 Jun iaitu 3 Ramadhan 1436H yang menunjukkan bahawa pageviews meningkat sebanyak 10 ribu dalam masa sehari.
Trafik Blog Meroket Sempena Ramadhan
Setelah dua hari Ramadhan, trafik semakin meroket naik sehingga melepasi angka 40 ribu pageviews. Satu bukti kejayaan atas teknik dan tips mendapatkan trafik blog yang tinggi.

Kalau mahukan trafik sebegini, pastikan anda ikuti tips yang saya kongsikan dari semasa ke semasa di FB page hasrulhassan.com; in Sha Allah, ada sedikit ilmu yang saya berikan secara percuma di situ.

#tipsblogging #panduanblogger Salah satu entri yang akan memberikan trafik tinggi sepanjang bulan puasa dan juga dekat nak raya. Lihat contoh diberikan .....
Posted by hasrulhassan.com on Tuesday, 16 June 2015

Pengiklanan Serendah RM100

Di kesempatan ini juga, saya membuka seluas peluang untuk mana-mana usahawan, rakan blogger dan sesiapa sahaja yang mahu beriklan di blog ini dengan kadar serendah RM100. Peluang ini terhad dan saya hanya offer di bulan Ramadhan 1436H/2015 ini sahaja.

Berminat? Hanya email kepada saya menerusi ruangan contact.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement