Statistik Blog Mei 2015

Statistik Blog Mei 2015 hasrulhassan.com

Statistik blog HASRULHASSAN.COM untuk bulan Mei 2015. Bulan Mei 2015 menampilkan trafik blog yang agak merudum jika nak dibandingkan dengan bulan-bulan sebelumnya. Namun, alhamdulillah, saya masih lagi berpuas hati dengan pencapaian trafik bulan Mei 2015 yang mencatat 416,058 pageviews atau hits.

Agak jauh beza dengan jumlah hits atau pageviews yang dicatat pada bulan April 2015. Pada bulan April, blog ini berjaya mencatat 637,160 pageviews iaitu lebih setengah juta dalam masa sebulan. Perbezaan ketara lebih 220,000 dicatatkan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor terutama dari segi jumlah entri yang saya terbitkan untuk blog ini selain keupayaan entri-entri yang terbatas untuk dilonjakkan dalam carian Google serta menerusi laman sosial.

Statistik Blog Mei 2015 Blog HASRULHASSAN.COM

Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015
Daripada apa yang saya nampak, walaupun jumlah hits berkurangan namun kadar bouce rate telah berjaya dikurangkan daripada 12.91% kepada 11.91% iaitu beza sebanyak 1%. Ini menunjukkan bahawa pengunjung yang singgah di blog ini telah melekat dengan agak lama.

Bounce Rate Rendah Pilihan Pengiklanan Berbentuk Banner Imej

Kadar bounce rate yang rendah sangat bagus untuk sesebuah blog terutama untuk menampilkan iklan-iklan berbentuk banner imej. Kemungkinan kadar bouce rate ini berjaya diturunkan adalah kerana saya telah menggunakan 2 teknik terbukti rendahkan kadar bounce rate yang sememangnya memberikan impak positif untuk pembacaan pengunjung.

Selain itu, kebolehan blog ini beralih ke mode mobile dengan rekabentuk asal yang responsif sedikit sebanyak mempengaruhi pengalaman pengunjung dan pembaca terutama buat mereka yang pertama kali singgah dan membaca blog ini. Anda boleh lihat bagaimana pembahagian trafik ke blog ini yang menampilkan trafik daripada peranti mudah alih memberikan peratusan sebanyak 56.32% daripada keseluruhan pageviews/hits. Ini adalah kesan positif untuk sebuah blog yang menggunakan template responsif.
Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015
Antara entri-entri yang sering mendapat sambutan pengunjung dan pembaca ialah entri berkaitan informasi, entri mengenai tips blogging dan panduan blogger, entri mengenai dunia blogger Malaysia dan sudah tentu entri yang semakin memberikan impak kepada blog ini iaitu entri berkaitan dunia house husband. Dengan kepelbagaian entri yang saling kait antara satu sama lain, ia membolehkan pembaca menggeledah entri-entri di dalam blog ini lebih daripada 2 halaman seperti ditampilkan dalam statistik di bawah ini.
Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015

Teknik SEO Blogspot

Menerusi pendekatan teknik SEO blogspot yang saya amalkan, blog ini telah berjaya memperoleh banyak trafik menerusi enjin carian (Organic Search). Ia membuktikan bahawa perkongsian tips SEO yang saya kongsikan di dalam blog ini benar-benar berkesan. Ia adalah salah satu cara memperoleh trafik tinggi tanpa mengira samada anda seorang blogger popular, blogger punyai ramai follower atau blogger yang sering mendapat tempat di media massa. Statistik di bawah ini menunjukkan pencapaian tersebut.
Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015
Dan seperti biasa, kita akan lihat bahawa pengaruh gender dan umur menjadi antara faktor penting untuk meningkatkan trafik sesebuah blog. Dengan menjadikan statistik di bawah ini sebagai panduan untuk saya menulis entri baru setiap hari, saya cuba tackle golongan pengunjung wanita muda (umur antara 25-34) untuk terus memberikan sumbangan kepada trafik blog ini setiap bulan.

Teknik Mengayat Awek Jelita

Mungkin cara Teknik Menulis Entri - Ibaratkan Anda Mahu Mengayat Awek Jelita telah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada jiwa wanita-wanita ini untuk terus membaca entri-entri di dalam blog ini. Saya juga menggunakan pendekatan Tips Blogging - Tips Buat Pengunjung Kekal Baca Blog agar pengunjung dan pembaca kekal membaca blog ini dari sehari ke sehari.
Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015
Statistik Blog HASRULHASSAN.COM Mei 2015
Apa yang saya paparkan kali ini adalah merupakan testimoni berfakta untuk memberitahu kepada semua bahawa saya berusaha keras untuk memajukan blog saya dalam apa jua sudut. Saya bukan hanya menggunakan pendekatan dari segi teknikal, tetapi juga menerusi pendekatan emosi agar tajuk yang memikat boleh mengundang pembaca selain memberikan kelebihan kepada rakan-rakan usahawan yang beriklan di blog ini.

Trafik Penting Untuk Blogger Mencari Rezeki Dengan Blog

Blog ini adalah merupakan punca rezeki saya. Tanpa trafik, maka blog saya akan gagal memberikan pendapatan yang baik untuk saya. Maka, saya memberikan 100 peratus usaha dalam memastikan blog saya ini terus relevan untuk pembacaan, samada kepada seorang blogger menerusi panduan menulis blog, seseorang pencari maklumat bermanfaat menerusi enjin carian mahupun kepada mereka yang mahu menyelami kehidupan seorang blogger seperti saya.

Seandainya anda seorang usahawan, pemilik laman web, pemilik instashop, pemilik butik online, ada bisnes di laman sosial seperti Facebook dan seumpamanya; saya mengalu-alukan kerjasama pengiklanan bersandarkan kepada kekuatan blog ini seperti ditampilkan di dalam statistik terkini bulan Mei 2015 untuk blog ini.

Hantarkan sebarang pertanyaan anda menerusi ruangan contact yang telah saya sediakan. Anda juga boleh melihat statistik blog ini secara keseluruhan di paparan berikut - Statistik dan Peluang Pengiklanan.

Ok. Untuk rakan-rakan blogger - Jangan lupa dapatkan segala tips blogging yang saya kongsikan terutama mengenai teknik SEO untuk menambah trafik blog anda.

Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: Statistik Blog Mei 2015
Statistik Blog Mei 2015
Statistik Blog Mei 2015 hasrulhassan.com
http://2.bp.blogspot.com/-dhwIkyfo7xQ/VXExBU0WFhI/AAAAAAABDOk/rEamQmgMcDU/s1600/statistik-blog-hasrulhassan-mei-2015.png
http://2.bp.blogspot.com/-dhwIkyfo7xQ/VXExBU0WFhI/AAAAAAABDOk/rEamQmgMcDU/s72-c/statistik-blog-hasrulhassan-mei-2015.png
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2015/06/statistik-blog-mei-2015.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/06/statistik-blog-mei-2015.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy