Langkau ke kandungan utama

Shuttle Tebrau - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang

Jadual perjalanan dan kadar tambang KTM Shuttle Tebrau. Baru-baru ini, saya ada kongsikan mengenai berita gembira untuk penduduk Johor Bahru dan Singapura - KTM Perkenal Tren Shuttle Tebrau. Menerusi perkhidmatan terbaru ini, ia akan memudahkan perjalanan keluar-masuk antara JB Sentral dengan Woodlands menerusi keretapi Intercity KTM.

Tren ulang-alik yang dinamakan Shuttle Tebrau ini akan memulakan operasi mulai 1 Julai 2015 dengan 14 perjalanan setiap hari. Ia merupakan perkhidmatan keretapi dengan konsep free seating sama seperti perkhidmatan KTM Komuter.

Shuttle Tebrau - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang

Ok. Berikut beberapa perkara perlu ambil tahu mengenai servis Shuttle Tebrau ini.
  1. Perkhidmatan tren jarak dekat untuk sektor JB Sentral – Woodlands dan Woodlands – JB Sentral.
  2. Menggunakan konsep free seating
  3. Tidak mempunyai kemudahan tandas atau koc buffet di atas tren
  4. Kapasiti maksimum adalah 320 penumpang per trip
  5. Perkhidmatan sehari (pergi – balik)
  6. Setiap tren mempunyai 4 koc tempat duduk
  7. Tiada harga konsesi, bagaimanapun kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun tidak dikenakan caj.
  8. Harga tiket adalah :
    • JB Sentral – Woodlands (MYR5.00)
    • Woodlands – JB Sentral (SGD5.00)
    • JB Sentral – Woodlands – JB Sentral (MYR10.00@SGD10.00 – tiket pergi balik)
  9. Tiket tidak boleh dibeli secara online.
  10. Tempahan tiket boleh dibuat 30 hari sebelum masa perjalanan di kaunter KTM Intercity yang terpilih.
  11. Tiket boleh dibeli menerusi 3 cara berikut:
    1. Kaunter KTM Intercity
    2. Telefon Call Center KTM
    3. Email Call Center KTM (callcenter@ktmb.com.my)
Ok. Dah faham mengenai beberapa fakta dan informasi penting mengenai Shuttle Tebrau ini, maka bolehlah lihat pula pada jadual perjalanan KTM Shuttle Tebrau ini.
Shuttle Tebrau - Jadual Perjalanan Kadar Tambang

Untuk lebih maklumat mengenai KTM Shuttle Tebrau ini, bolehlah rujuk laman web rasmi KTMB ye .. hoho .. semoga bermanfaat dan dimanfaatkan sebaiknya.
advertisement


Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …