Langkau ke kandungan utama

Resepi Gulai Lemak Nangka

Resepi gulai lemak Nangka. Dah lama saya tidak kongsikan resepi House Husband  yang mudah dan sedap untuk para suri rumah ... hoho. Saya tahu ada rakan blogger yang suka jenguk-jenguk resepi yang saya kongsikan. Al maklumlah, resepi dari air tangan seorang lelaki bernama suami ni lain macam sikit... hoho. Ia mudah dan senang, dan paling penting diterima tekak dan perut. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi cukup mudah iaitu resepi gulai lemak Nangka.

Sebenarnya cara nak memasak gulai lemak Nangka tak jauh bezanya dengan masak lemak yang lain. Cuma ada beberapa langkah tambahan untuk memastikan gulai lemak Nangka itu tambah lazat dan sedap.
Resepi Gulai Lemak Nangka
Untuk resepi kali ini, saya gunakan satu bahan yang boleh melazatkan lagi hidangan dan menu masak lemak gulai Nangka ini, iaitu Udang Galah.

Resepi Gulai Lemak Nangka

Mari lihat bahan-bahan untuk memasak resepi gulai lemak Nangka ini.

Bahan-Bahan

  • Suku biji Nangka muda dipotong dadu besar (ikut saiz buah Nangka).
  • 1-2 ekor Udang Galah
  • Satu cawan air
  • 2 buku bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 setengah inci halia
  • setengah inci kunyit hidup
  • Sedikit ikan bilis
  • 5-10 biji cili api
  • 5 biji cabai masak
  • Sekeping asam keping/gelugor
  • Sehelai daun kunyit
  • Secawan santan pekat
  • Sebatang serai

Cara-Cara Memasak

  1. Pertama sekali, untuk menyediakan hidangan gulai lemak Nangka yang sedap dan lembut, anda perlulah merebus Nangka muda yang telah dipotong dadu besar sehingga suku empuk (kira-kira 30 minit). Pastikan sebelum merebus anda dah cuci dengan bersih. 
  2. Kisar bahan-bahan ini - bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, ikan bilis, cili api, cabai masak.
  3. Panaskan periuk dengan satu cawan air. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan Udang Galah dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan pula santan. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan pula Nangka muda yang telah direbus dan ditoskan airnya.
  6. Kemudian, masukkan asam keping, daun kunyit dan serai yang dititik.
  7. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Biarkan selama beberapa minit untuk gulai jadi sebati dan Nangka jadi lembut.
  9. Siap.

Mudah bukan? Ada orang suka masukkan ikan masin malah daging ke dalam resepi ini. Anda boleh mencubanya untuk menggantikan Udang Galah. Udang Galah hanyalah satu option, anda boleh masukkan atau tidak. Boleh diganti dengan ikan bilis atau udang biasa; terpulang pada diri anda.

Untuk tambahkan pedas, boleh titik beberapa biji cili api atau hanya tambah cili api dalam bahan dikisar.
Resepi Gulai Lemak Nangka
Setengah resepi gulai lemak Nangka akan buat tumisan. Tapi resepi yang saya kongsikan ini tidak ditumis tetapi terus campur memandangkan saya menggunakan santan pekat. Jika tidak berapa suka rasa pekat santan, boleh tambah air atau kurangkan santan.
 Resepi Gulai Lemak Nangka
Selamat mencuba resepi House Husband saya. Resepi ini merupakan resepi gabungan saya belajar dari isteri dan emak saya... in Sha Allah, ia membuka selera apatah lagi jika dimakan gabung dengan lauk ikan kering atau ikan goreng. Syor saya, makan gulai lemak Nangka ini dengan ikan selar atau ikan kembung goreng .. perghh memang best!


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …