Pembayaran Komisen Affiliate ke 15 Ashadee

Setiap bulan, setiap hari Selasa, saya selalu menantikan samada ada pembayaran komisen daripada program affiliate Ashadee. Dan alhamdulillah, pada 23hb June, saya telah terima pembayaran komisen affiliate buat kali ke 15 daripada pihak Ashadee.com. Kalau ikut kira-kira yang ada dalam penyata Ashadee; jumlah keseluruhan komisen yang telah saya terima daripada Ashadee adalah sebanyak RM2,334.80.

Dengan jumlah komisen yang terkumpul itu, saya telah berjaya berada di dalam carta bulanan dan tahunan Ashadee, berada di antara mereka yang sangat hebat dalam perniagaan online tanpa modal ini. Sememangnya, saya tidak perlu impikan untuk berada di kalangan mereka yang berjaya buat duit blog menerusi affiliate. Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus mendapat pembayaran komisen menerusi program affiliate percuma ini.

Pembayaran Komisen Affiliate ke 15 Ashadee

Pembayaran Komisen Affiliate ke 15 Ashadee
Awal tahun 2015, saya sudah katakan bahawa affiliate merupakan antara lubuk jana income secara online yang sangat berbaloi. Ia merupakan salah satu daripada 4 cara buat duit online 2015. Mana tidaknya, anda hampir tidak mengeluarkan sesen pun modal. Mungkin ada daripada anda yang tidak tahu terutama blogger baru mengenai beberapa fakta affiliate ini, terutama sekali affiliate bersama Ashadee.com:
  • Ia merupakan sumber buat bisnes online tanpa modal.
  • Pendaftaran menjadi rakan affiliate adalah percuma.
  • Anda dapat komisen kerana promosi produk orang lain (Pay-Per-Lead).
  • Anda dapat komisen kerana menjual produk orang lain (Pay-Per-Sale).
  • Anda diberikan sumber percuma untuk mempromosikan produk - script, banner, landing page.
  • Komisen dibayar setiap bulan - bergantung dengan jumlah jualan dan komisen diterima.
  • Boleh dapat komisen affiliate sehingga 60-70 peratus daripada nilai jualan.
  • Tidak bercanggah dengan hukum agama.
  • Tidak pula bermasalah dengan program buat duit blog yang lain seperti Nuffnang, Adsense, H12, MediaWhite, PopAds dan sebagainya.
  • Status Glitterati Nuffnang tidak terjejas dengan sertai dan promosi produk affiliate di blog.
  • Tiada GST dikenakan, dan anda tidak wajib daftar SSM untuk buat bisnes online menjual produk affiliate!

Jadi, seandainya anda seperti saya ketika awal-awal berblog yang mahu dapat income dengan menulis blog, maka cubalah program percuma affiliate terutama sekali daripada Ashadee.com ini untuk jana pendapatan tambahan.

Tak rugi apa-apapun sebab benda percuma, malah anda punyai berdozen produk terbaik untuk dipromosikan di laman web Ashadee.

Berminat nak ketahui lebih lagi mengenai cara nak jana income tambahan dengan program affiliate? Atau adakah anda seorang blogger newbie yang masih lagi tidak tahu cara nak dapat pendapatan tambahan menerusi affiliate ini? Maka, saya syorkan anda baca panduan ini - Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru

Jika anda sudahpun daftar dengan Ashadee.com tetapi masih lagi tak merasa lagi pembayaran dari program affiliate, anda mungkin perlu dapatkan pakej kursus affiliate ini - Kursus Affiliate

Penyata di bawah mungkin milik anda satu hari nanti, in Sha Allah.
Komisen terkumpul affiliate Ashadee.com
Hoho .. okeh, idaklah banyak mana ye tak? Memang tak boleh saya nak letak gambar tengah berdiri sebelah BMW, sebelah Ferrari untuk tunjukkan bahawa affiliate ini boleh jana income lumayan; tetapi saya dah tunjukkan pada paparan di atas, menerusi affiliate, anda boleh bayar bil elektrik, bil air, bil itu dan ini yang dikenakan GST tanpa rasa tertekan atau kena cut budget setiap kali gaji kerja hakiki anda masuk akaun bank.

Cubalah. Dan baca panduan-panduan yang saya berikan tadi.
Saya sendiri beli produk Mesin Komisen yang bernilai RMXXX ketika itu hanya kerana mahu dapatkan ilmu mengenai affiliate ini. Hasilnya, berjayalah saya berada dalam top 50 affiliate Ashadee.com pada tahun 2014. Tahun sebelum-sebelum tu ... memang tak nampak bayang sayalah dalam carta sebab ... saya tak ada ilmu ketika itu, mainnnn hentam kromo je .. huhu.

Ilmu teras kejayaan, jadilah orang yang kaya dengan ilmu. Jika tak dapat buat duit dengan ilmu yang ada, maka jadikan ilmu itu sebagai penghadang diri dari kena tipu oleh orang lain.

3 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid June 26, 2015
Alhamdulillah, rezeki tahniah yer...
Syamsid Dhuha Syamsid Dhuha June 27, 2015
Kene try ni .. Thanks for sharing bro

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.