Novel Eksperimen Cinta Bab 1 Bab 2

Siapa sini yang minat dengan cerita dalam slot Dahlia TV3, iaitu Eksperimen Cinta? Hoho, Eksperimen Cinta merupakan salah satu daripada banyak drama dan filem yang diadaptasi daripada novel. Isteri saya merupakan salah seorang yang telah membaca novel Eksperimen Cinta ini. Ia merupakan novel karya Anjell yang laris di pasaran.

Disebabkan ramai juga yang mahu tahu kisah ini daripada karya asal Anjell, maka saya kongsikan novel online Eksperimen Cinta ini untuk tatapan dan bacaan. Selamat membaca.
Novel Eksperimen Cinta

Novel Eksperimen Cinta Bab 1 Bab 2

Dalam cinta harus saling percaya…
Dalam cinta harus berani pasrah…
Dalam cinta harus janganlah goyah…
Dalam cinta harus sejiwa….

“Argh, buat sakit telinga aku jer… Suara tak sedap langsung. Macam katak menguak lepas hujan!” Terus punat off radio kereta ditekan. Tak pasal-pasal suara merdu Mila yang menjadi mangsa kemarahannya.
“Tak de lagu lain ke nak pasang? Cinta.. cinta.. cinta.. Buat beku taik telinga aku jer..,”bebel Tengku Aaron lagi. Tali leher yang tersimpul di lehernya dirungkai kasar. Rimas! Dicampak tali leher itu ke tempat duduk belakang.

BMW 3 series itu dipandu macam tengah berlumba dengan Micheal Shumacher. Micheal Shumacher pun boleh surrender agaknya. Hari yang membuatnya tersangatlah tension. Ada kekasih, curang dengan adik sendiri. Sebab tu lah cinta tu bodoh! Tak guna tiga sen pun.

Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia ke? Aku ni lelaki la. Apa yang aku tak der? Duit? Setakat orang mintak derma dua ribu tu, memang dengan senang hati dia bagi. Tak luak pun hartanya yang bertimbun-timbun tu. Ni anak Tan Sri Tengku Ahmad Shah la. Sekali tayang duit, bersusun mak-mak datin nak pinang aku.

Rupa? Huh! Tanyalah sebanyak mana orang pun, mungkin ada la sorang dua yang kata dia tak kacak. Dan dengan rupa ni la perempuan dibuat macam bola jer. Boring dengan Suzi, Nita dah sedia mengganti. Rasa nak keluar ke disko, Fana dah sedia menanti. Rasa nak ke parti, Dila dah angkat tangan. Sekali senyuman mautnya diberi, paling kurang lima orang yang terpanah. Huh! Tengku Aaron mula berlagak.

Dia memang tak boleh tengok kebahagiaan adik kembarnya dengan bekas kekasihnya. Terasa ego seorang lelaki dicabar. Okey… dia akan buktikan siapa Tengku Aaron Shah yang sebenar. Dua ekor manusia itu akan menyesal kerana telah membangkitkan kemarahannya. Tak percaya, tengoklah. We wait and see..
Strategi dirancang…. Tunggulah serangan balas daripada Tengku Aaron Shah. Aku akan tunjukkan yang akulah manusia paling bahagia atas dunia ni.
BAB 2
“Remember, Damia. Jangan cari pasal dengan Triumph Air. Kita betul-betul bergantung pada company tu. Kalau mereka tarik balik sponsor RM30 juta tu, boleh jatuh muflis kita. Ingat tu,” masih sempat Damia mengingat nasihat Cik Lucy, bosnya.

Pertama kali datang ke syarikat gah penerbangan domestik dan international milik Triumph Air memang buat dia rasa kagum. Gila cantik. Mewah tahap tak ingat. Rasa macam bukan dok Malaysia jer. Office tempat dia kerja pun, takde lah gempak cam ni.

“Maaf lama menunggu. Cik Damia boleh masuk sekarang,” si setiausaha Tan Sri Tengku Ahmad Shah tersenyum manis.

“Thanks,” ucap Damia. Senyuman diberi.

Damia mengatur langkah ke bilik pemilik syarikat itu. Memang kedatangannya hari tu adalah sebagai wakil Raffi Holdings untuk mengucapkan terima kasih kepada Triumph Air. Kerana Triumph Air la mereka dapat meneruskan projek besar di Dubai. Arigato.. Tan Sri.

“Assalamualaikum,” ucap Damia.

“You tak faham bahasa Melayu ke? I cakap, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Faham tak?”

Kedengaran suara 400 juta Volt sedang marah. Bergegar rasanya bilik ni! Hendak luruh jantung Damia dibuatnya. Fuhh.. Nasib baik dia tengah call orang. Aku ingat dia marah aku. Tengah gaduh dengan awek la tu. Damia hanya melihat lelaki yang sedang membelakanginya sambil bercakap di telefon. Tak baik kacau.

“Jangan ganggu I lagi,” marah lelaki itu sebelum mematikan talian. Dia berpaling menghadap Damia. Senyuman manis dihulurkan.

“Sorry lama tunggu..,”ucap lelaki itu.

Atas bawah, atas bawah lelaki itu ditilik Damia. Wah, rambut macam kari tumpah sekilo. Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak. Ewah-ewah,perak ori ya, bang?Erk, pakai subang macam lembu Tok Wan je aku tengok. Pemakaian seperti lelaki tapi pakai subang dan rantai? Hmm.. Status jantina diragui ni. Muda.. Dan…. handsome. Hansome tak handsome, memang aku blacklist la jadi laki aku ni.

Eh, kejap! Bukan ke Tan Sri ke? Mudanya..

“Tan Sri?”

Lelaki tu gelak. Sakan nampak? Tak tahu apa yang lucu.
“Sorry.. I’m Aaron. Tengku Aaron Shah.” Tengku Aaron menghulurkan salam. Damia hanya mengangguk. Salam dengan lelaki? Heh! Kirim salam la.

Terangkat kedua-dua kening Tengku Aaron melihatnya. Perkara yang tak pernah berlaku sepanjang dia berkenalan dengan orang. Malu sendiri Tengku Aaron.

Kalau tadi Damia sakan meniliknya, sekarang gilirannya pula mengusha anak dara orang di depan matanya. Damia memakai baju kurung dan bertudung kelabu. Hmm.. boleh tahan cantiknya. Berwajah putih kemerah-merahan. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi, nampak kolot jer perempuan ni. Nyaris-nyaris terlepas di bibirnya satu soalan cepu mas, “Asal kampung mana?”

Bukan taste aku tapi nampak senang nak ditundukkan.
“Damia..Damia Farisha. Civil engineer of Raffi Holdings.”

Bermulalah sesi perkenalan..

Damia angkat muka. Dan ketika itulah Tengku Aaron sedang asyik merenungnya. Naik segan dibuatnya.
“Kenapa Tengku tengok saya macam tu?”

“Kenapa? Nak tengok orang cantik pun tak boleh ke?”

Cis, ayat! Confirm anak buah Don Juan ni. Damia buat bodoh. Umpama tidak terkesan langsung dengan ayat itu. Nak mengurat? Salah orang la, bro!
“You dah ada boyfriend?”

Ek? Soalan jenis apa ni? Hmm.. menarik soalan tu !memang la dia tak de, tapi depan Mat Romeo kelas satu depannya ni, kena lah tipu sikit. Damia ingin mengangguk, tapi entah kenapa kepalanya terlebih jujur pula ingin menggeleng.

“Wah, I ada can nampaknya.” Tengku Aaron kenyit mata.

Eee.. gatal betul mamat ni! Damia cuba bersabar. Ikutkan hati mahu saja dilayangkan fail di tangan. Biar penyek rambut cacak dia tu!

“Saya rasa discussion kita sampai sini kot untuk hari ni.” Damia bangun.
Tawar hati nak layan anak raja gatal depan mata ni. Langsung tak selesa. Damia ingin berlalu, namun terhenti apabila tangannya dipegang Tengku Aaron.

Terus naik takat didih Damia. Kurang hajar! Dia paling benci apabila disentuh lelaki yang tiada hak ke atasnya. Kali ini dia betul-betul hilang sabar. Terhambur keluar segala peluru marahnya.

“Apa ni, Tengku?! Main pegang tangan orang pulak. Ingat saya ni nenek Tengku ke?”marah Damia. Kali ini dia tak kira sekalipun anak Sultan Brunei di hadapannya. Apabila Damia mengamuk….
“Aaron!!!”

Baru saja Damia ingin Clorox Tengku Aaron kaw-kaw, pintu pejabat Tengku Aaron terbuka. Seorang wanita Cina menyerbu masuk dengan muka bengis macam harimau, wajah cantik seiras binatang itu. Diikuti oleh setiausaha Tengku Aaron. Hish..potong line la perempuan ni! Damia geram kerana perempuan itu datang pada saat-saat yang tak tepat.

“Sorry, Tengku. Saya dah halang tapi…,”
“It’s okay, Mellisa. Awak boleh keluar.”
“Aaron, you…,”
“Shut up, Salmy Yang!”tengking Tengku Aaron lantang. Terus senyap perempuan itu. Jangankan Salmy, Damia yang berada di sebelah Tengku Aaron lagilah terkedu kuasa dua! Mak oi… suara! Kalah suara uminya memekik. Garang giler!

Barulah Damia berasa betul-betul bersyukur Salmy menerjah sebentar tadi. Kalau tak, grenti tiga hari tiga malam dia trauma dengan suara 70juta Watt Tengku Aaron. Ngeri! Keberanian Damia dah naik flight entah ke mana. Dia betul-betul tidak berani bersuara.

Muka Tengku Aaron betul-betul serius. Takut Damia memandangnya.
“You nak apa lagi ni? Kan I dah cakap yang there is nothing more between us. It’s over. O.V.E.R!” kata Tengku Aaron. Suaranya rendah sikit daripada tadi. Sikit je la..
“I sayang you, Aaron. I still love you. Faham tak? L.O.V.E,” balas Salmy.

Damia hanya diam. Dalam hati menyimpan senyum. Dua orang ni, main eja-eja pulak. Tengah main Spell-It-Right ke? Adoii.. drama cinta apa pula yang sedang berlaku ni? Kenapa dia mest i wujud di tengah-tengah ni? Potong stim betulla!

“I dah lupakan you, Salmy. I nak berubah. I will begin a new life. I akan kahwin tak lama lagi..”
Oo.. dah nak kahwin rupanya. Tapi perangai masih menggatal dengan perempuan lain. Kesian sungguh bakal isteri Tengku Aaron ni. Tapi, takpe lah. Sekurang-kurangnya Damia sedikit lega.
“…Meet my future wife, Damia Farisha.”
“What?!” Suara Damia dan Salmy sama-sama naik. Sama-sama terkejut. Wei… melampau ni!

Belum pun sempat Damia habis terkejut, terasa pinggangnya ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Bengang Damia dengannya. Macam kasi halal jer tangan Tengku Aaron yang berada di pinggangnya. Melampau kuasa dua ni! Bila masa pula dia setuju nak kahwin ni? Baru sahaja Damia ingin mengamuk…

“Try to loose yourself or you will lose this project?” kata Tengku Aaron rapat ke telinga Damia. Ugutankah ini?
“You tipu, Aaron. She’s not your taste. Taste you tak buruk macam ni.”

Amboi, sedari! Manis mulut berbicara, bahasa seindah pujangga nampak? Aku yang begini cun dibilangnya buruk? Mentang-mentang la aku pakai tudung, baju cukup kain. Dia tu yang sebenarnya tersesat dalam zon masa. Apa gaya praktik pakaian zaman Paleolitik ni? Setahu aku zaman tu jer yang pakai baju dedah atas dedah bawah ni.

Ah..wajib balas ni! Tak boleh dimaafkan ni!!

“Tapi, Aaron takkan pilih orang yang lebih buruk daripada I,” selamba Damia menjawab. Tapi, pedas tersirat.

Berubah riak wajah Salmy. Tersenyum Tengku Aaron mendengarnya. Boleh tahan mulut perempuan ni.
“You akan menyesal, Aaron!” marah Salmy sebelum keluar.

Dengan langkah lenggang-lenggok macam orang baru dapat punggung jer Damia lihat si Salmy keluar. Tak cukup dengan itu, dihempasnya pintu bilik. Nasib baik tak tercabut! Marah benar nampaknya.
Damia menahan gelak dalam hati. Memang kena la nama Salmy dengan perangai dia yang sebenar. Salmiang..

Baca - Novel Eksperimen Cinta Bab 3 dan Bab 4

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.