KTM perkenalkan tren ulang-alik (shuttle) antara JB Sentral dengan Woodlands Singapura bermula 1 Julai 2015. Menerusi satu kenyataan media, KTM akan memperkenalkan perkhidmatan terbaru dikenali sebagai Shuttle Tebrau. Ia merupakan perkhidmatan tren ulang-alik iaitu shuttle antara JB Sentral (Malaysia) dengan Woodlands (Singapura). Perkhidmatan ini akan bermula mulai 1 Julai 2015.

Servis Shuttle Tebrau ini adalah untuk memudahkan orang ramai berulang-alik dari Malaysia ke Singapura, menerusi KTM Intercity khususnya untuk penduduk Johor Bharu dan Singapura yang mempunyai urusan di antara kedua negara ini. Ia juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor.

KTM Perkenal Tren Shuttle JB Sentral - Woodlands

KTM Perkenal Tren Shuttle JB Sentral - Woodlands
Wahh .. satu servis yang sangat bagus untuk kedua buah negara terutama sekali untuk penduduk Johor khasnya Johor Bharu dan Singapura. Saya tahu ramai penduduk Johor yang bekerja di Singapura dan begitulah sebaliknya. Maka, dengan adanya kemudahan ini, ia secara tak langsung boleh menjimatkan dan mengelakkan maki hamun di jalanraya ... haha ... :P
KTM Perkenal Tren Shuttle JB Sentral - Woodlands

Masa Perjalanan dan Tambang Tren Shuttle Tebrau

Perkhidmatan ini akan bermula dari jam 5:30 pagi dan berakhir jam 10:00 malam setiap hari dari stesen JB Sentral; dan mulai jam 6:00 pagi hingga 11:00 malam dari stesen Woodlands, Singapura. Kadar tambang Shuttle Tebrau ini telah ditetapkan sebanyak RM5 perjalanan sehala dari JB Sentral, manakala dari Woodlands telah ditetapkan pada kadar SGD5 untuk perjalanan sehala.

Untuk melihat info mengenai kadar tambang dan jadual perjalanan servis KTM Shuttle JB Central-Woodlands ini boleh rujuk sini - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang KTM Shuttle Tebrau

Buat penduduk di JB dan Singapura, manfaatkan servis KTM Intercity - Shuttle Tebrau ini dengan sebaiknya.

Sumber: KTM Berhad

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Komen anda:

Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.