Alhamdulillah, walaupun trafik blog ini sudah semakin hari semakin mengurang, tetapi masih lagi dapat mengekalkan momentum untuk terus menjadi antara 500 blog paling tinggi trafik di Malaysia menurut Alexa. Ramai rakan-rakan blogger yang sebelum ini unggul dalam carta rank Alexa yang sudah terkesan dengan perkembangan ranking Alexa terkini.

Blog ini pernah berada dalam top rank 200 blog dan laman web terbaik rank Alexa Malaysia, sehingga membuatkan saya mendedahkan beberapa tips untuk berjaya berada di top rank Alexa ini. Kata orang, bila berjaya jangan lokek kongsikan ilmu mengenainya, maka itulah yang telah saya buat menerusi Rahsia Blog Terlampau Jadi Top Rank Alexa

Kekal Berada Top 500 Malaysia Rank Alexa

Top 500 Blog Malaysia Rank Alexa
Untuk melihat statistik Alexa penuh blog ini, anda boleh tengok di sini - Alexa Traffic Stats for hasrulhassan.com

Rank Alexa ini dicatat pada 10 Jun 2015. Ia menunjukkan kedudukan blog ini dalam rank Alexa (Malaysia), berada pada kedudukan rank ke 498, sebaris dengan laman web CIMB (476), TripAdvisor (491), Time (493), FireFlyz (497) dan DBP (499).
Top 500 Malaysia Blog Rank Alexa
Daripada penelitian saya, kebanyakkan blog dan laman web baru yang berjaya unggul di carta tertinggi Alexa Rank mempunyai support dari laman sosial yang hebat. Memang benar, susah nak bersaing dengan blog-blog yang mempunyai pengaruh Facebook page yang tinggi jumlah Like.

Kalau mereka, sekali kongsi atau share post di FB page yang ada lebih 200K like, dengan mudahnya boleh dapat sehingga 10-50 ribu pageviews untuk satu post sahaja. Jika ada 2-3 post dikongsikan? Jadi, untuk diri saya yang hanya ada Fanpage hasrulhassan.com yang tak sampai 10K likes memang kena usaha lebih sikitlah. Nampak sukar tapi tidak mustahil.

Mahu Terus Berjuang Berada di Top Rank Alexa

Nak tak nak, sebagai seorang blogger yang mencari makan dengan blog, saya perlu teruskan perjuangan untuk menghasilkan blog terbaik, dan membuktikan bahawa blog saya yang tidak popular mana ini mendapat trafik yang baik, in Sha Allah menerusi teknik SEO dan beberapa panduan blogging yang pernah saya tulis di dalam blog ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung blog yang sentiasa sudi membaca dan share/like entri-entri di dalam blog ini. Anggap sahaja kejayaan yang dicapai blog ini merupakan juga kejayaan anda secara tidak langsung. In Sha Allah, mana-mana ilmu yang dikutip dan diamal dari blog ini akan beri manfaat terbaik dunia akhirat, in Sha Allah.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement