Langkau ke kandungan utama

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H (2015)

Kadar zakat fitrah seluruh Malaysia untuk 1436H/2015. Alhamdulillah, Ramadhan 1436H menjelma. Seluruh Umat Islam di Malaysia menyambut ketibaannya dengan rasa syukur dan gembira. Ramadhan merupakan bulan untuk menguji keimanan diri mengekang nafsu bukan sekadar makan dan minum. Ia juga bulan di mana umat Islam diberikan kesempatan menyucikan diri dengan membayar zakat fitrah.

Untuk itu, sukacita dikongsikan kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia termasuklah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Jadual kadar pembayaran zakat fitrah ini turut memaparkan kadar bayaran zakat fitrah untuk negeri Sabah dan Sarawak untuk tahun 1436H/2015.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1436H/2015

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 2015

NegeriTahun 2015 (RM) (Terkini)Tahun 2014 (RM)
Perlis6.50 6.50
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.70 6.70
Johor5.00/8.00*5.00/8.00
Pahang7.007.00
Terengganu7.40 / 6.80 / 4.60*7.60/7.00/4.50*
Kelantan7.007.00
Sarawak7.007.00
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00
*berbeza mengikut zon tempat/jenis beras digunakan

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah

  1. Orang Islam - pembayaran zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  2. Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik - Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat. 
  3. Harta Cukup Nisab - Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa.
Kadar Zakat Negeri Sarawak 1436H

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal - Sebelum solat sunat Aidil Fitri.
  • Waktu sunat - Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidil Fitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. 
  • Waktu haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah

  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk mengetahui siapa amil di tempat anda, bolehlah rujuk dengan papan kenyataan masjid, surau atau di pejabat agama.
  2. Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter bayaran zakat yang disediakan.

Semoga bermanfaat untuk semua, in Sha Allah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. terima kasih dengan perkongsian ni..

    BalasPadam
  2. Hahaha jangan sampai pi lafaz nak akad nikah udah ler

    BalasPadam
  3. tahun ni rm6.50...salam ramadan n jgn lupa byr zakat

    BalasPadam
  4. salam ramadhan bro. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…