Tren ETS - Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Terkini

Jadual perjalanan dan kadar tambang terkini perkhidmatan ETS (Ipoh-KL Sentral-Ipoh). Pihak KTM akan menjadualkan semula perjalanan tren ETS (Electric Train Service) perjalanan dari Ipoh-KL Sentral-Ipoh bermula 1 Julai 2015. Penjadualan ini perlu untuk memenuhi permintaan pelanggan dan pengguna sekitar laluan tersebut.

Pernah naik ETS? Saya pernah... hoho. Saya pernah naik bersama rakan-rakan blogger dan pelancong daripada Indonesia semasa Kembara Homestay Rail Tourism pada tahun 2014. Uhh serius, ETS memang laju. Catatan kelajuan direkodkan sehingga 160km/j. Perjalanan pula selesa, almaklumlah ETS ni kira baru lagi.
Rasanya tahun 2015, ETS akan jadi popular dan sibuk sebagai pengangkutan untuk hari raya dan pulang beraya. Apatah lagi perjalanan dari KL ke Ipoh hanya ambil masa selama 2 jam sahaja. Dah la laju, tak perlu nak hadap keadaan jem di jalanraya.

Untuk itu, pihak KTM sudah jadualkan semula perjalanan dan kadar tambang terkini untuk tren ETS ini. Ia sebahagian langkah persediaan untuk memberikan alternatif pengangkutan terbaik dari KL Sentral ke Ipoh dan sebaliknya.

Jadual dan Tambang Terkini Tren ETS - Ipoh-KL Sentral

Berikut adalah jadual baru terkini untuk perkhidmatan ETS dari Ipoh ke KL Sentral dan sebaliknya.

Tambang Terkini Tren ETS KTM

Tambang terkini perkhidmatan KTM ETS

Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya ya. In Sha Allah.