Eksperimen Cinta Bab 5 Bab 6

Baca secara online novel Eksperimen Cinta bab 5 dan bab 6. Kepada pembaca yag mengikuti perkembangan cerita ini di layar TV, tentu mahu tahu bagaimanakah penceritaan kisah Eksperimen Cinta dari novel.

Sebelum ini, saya sudah kongsikan novel online Eksperimen Cinta bab 1 hingga 4, maka kali ini saya kongsikan pula Eksperimen Cinta bab 5 dan bab 6. Ok ye, selamat membaca.

Eksperimen Cinta Bab 5 Bab 6

Baca novel secara online Eksperimen Cinta
Kelat wajah Damia sewaktu watikah membunuh itu dibacakan. Nak menghalang, tapi sebagai kuli, mana mungkin dia boleh. Nanti tak pasal-pasal keluar arahan hantar surat perletakan jawatan kalau silap perhintungan.

“Damia, saya dan Encik Raffi dah bersetuju nak hantar awak ke Triumph Air seharian hari ni untuk bincangkan pasal projek Dubai dengan Tengku Aaron because you are the first person who deals with him. Anggap saja ni challenge pertama awak untuk handle projek besar in future nanti,” panjang lebar Cik Lucy berkata. Dia tersenyum kepada Damia.

“Tahniah kerana terpilih.”

Tahniah kerana terpilih? Waa.. kalau tak terpilh memang dia sujud syukur agaknya. Kenapa aku? Kenapa aku? Cik Lucy menghulurkan tangan. Dengan terpaksa, disambutnya juga.

“Thanks, Cik Lucy.”

Habis berkata, dia keluar. Nak tak nak, terpaksa diterima. Terasa malang betul. Baru dua bulan dia bekerja, terasa dah macam kena dera. Mungkin kalau orang lain tak kot. Sebab ni semua gara-gara Tengku Aaron yang membuatnya terasa teramat berat hati untuk menjejakkan kaki ke sana buat kali kedua. Bimbang dia tak dapat bersabar, ada pula bangunan yang terbakar nanti.

Nak buat macam mana? Dah nasib badan.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Kuatkanlah kesabaranku untuk menempuh seharian bersama makhluk perosak tu.”
“Mellisa, apa jadual saya hari ni?”

Tengku Aaron duduk di atas kerusi empuknya. Mellisa yang mengekornya tadi berdiri di depan mejanya bersama dengan PDA di tangan. Tak tau kenapa, dia berasa betul-betul tiada mood hari ni.
“Pukul 9.00 pagi, Tengku ada meeting kat Jaya Holdings. Pukul 11.30 pagi, Tengku ada meeting dengan syarikat iklan WeSmile.Lepas tu,..”

Tengku Aaron mula bosan. Asyik meeting je. Nak mengurat pun tak sempat. Beginilah hidupnya. Tapi, kalau tak kerja memang dia tak boleh hidup. Dah rasa macam tak cukup oksigen pun ada.
“Cik Damia Farisha, wakil Raffi Holdings datang hari ni..”
Tiba-tiba Tengku Aaron kembali bersemangat. Terus tegak duduknya. Wah, hari yang menghiburkan! Pelik Mellisa melihat respon bosnya itu. Tadi bukan main monyok, sekarang muka dah bercahaya macam kena suluh spotlight 30 Voltt.

“Call all meetings off,” arah Tengku Aaron mendatar.
“Tapi Tengku, Tengku ada lima meeting hari ni.”

“Alah.. cancel la. Reschedule balik. Saya kena pentingkan wakil Raffi Holdings sebab kita ada projek besar dengan dia. Takkan la saya takde padahal dia datang sini sebab nak discuss dengan saya.”
Panjang lebar dia berhujah. Kononnya tak nak kasi Mellisa perasan. Padahal hati bukan main teruja nak bertemu dengan gadis ayu itu lagi. Pelik betul.

“Baik, Tengku.”

“Satu lagi. Pesan kat Adam, Marwah dan Raja Syafiq jangan keluar ke mana-mana hari ni. Suruh Adam jumpa saya, bawa report pesawat baru yang dah diservis,” sambung Tengku Aaron.

“Orait.”

Damia kuatkan semangat. Pintu kayu solid itu diketuk. Setelah tuan di dalam mengizinkan, baru dia melangkah masuk.

Tengku Aaron yang tengah khusyuk menghadap laptop Apple itu mengangkat muka. Dia senyum saat melihat wajah selamba gadis di depannya itu.

“Oh, my sweetheart! How I miss you. Jemput duduk.”

Berasap telinga Damia mendengarnya. Nampak gayanya anak raja depannya ni tak makan saman. Penumbuk makan agaknya! Damia hanya senyum. Lambang hormat semata-mata.

“Nampaknya kita ada jodoh.” Tengku Aaron kenyit mata. Huh! Dasar kaki pelayar kaki sepanar punya spesis. Kurang monosodium glutamate!

Damia tetap dengan muka tak berperasaan. Senyum tak. Marah pun tak. Sampai Tengku Aaron sendiri naik confuse dibuatnya.

“Okay, we straight to the point. Encik Raffi dah cakap kat saya yang saya kena ajar awak pasal selok-belok projek ni. Lepas tu, kita akan bincang pasal konsepnya.” Tengku Aaron dah mula serius.
Sedikit sebanyak Damia lega. Sekurang-kurangnya lelaki di hadapannya itu reti jugak nak respect kerja.
“Ya, Tengku. Saya harap Tengku dapat beri tunjuk ajar sebab saya masih baru dalam bidang
ni.” Akhirnya, Damia bersuara.

“Nanti saya akan panggil Mellisa untuk tolong apa-apa yang awak perlukan. Nanti dia akan perkenalkan awak dengan muka-muka yang terlibat dengan projek ni,” tambah Tengku Aaron lagi. Sejurus selepas itu, interkomnya ditekan untuk memanggil Mellisa.

“Terima kasih.” Pendek Damia menjawab. Disimpul sependek yang boleh. Kalau Tengku Aaron faham bahasa isyarat, pasti digunakan.

“Hai. Ni dah kali kedua kita berjumpa. Saya setiausaha Tengku, Mellisa. Panggil Mel je.” Mellisa perkenalkan diri. “Kalau Cik Damia perlukan apa-apa, panggil je saya.”
“Panggil Mia je. Tak payah nak bercik-cik.” Damia tersenyum.

Ketika itu, mereka baru keluar dari bilik Tengku Aaron. Dan ketika itulah datangnya Adam bersama fail hitam di tangan.

“Aaron ada?” soal Adam. Dia perasan ada gadis bertudung di sebelah Mellisa.
“Ada. Oh ya. Mia, ni Encik Adam Hariz. Ketua Aeronautic engineers, merangkap bestfriend Tengku. Dia pun terlibat dalam projek ni. Encik Adam, ni Damia. Wakil Raffi Holdings.” Mellisa memperkenalkan mereka.

Senyuman bertukar sebelum Adam masuk ke dalam bilik Tengku Aaron.
“Siapa Damia tu?” Soalan pertama yang dituju untuk Tengku Aaron. Tengku Aaron senyum.
“Cantik tak?”

Apa kena dengan dia ni? Lain aku tanya, lain dia jawab. Fail di tangan diserahkan kepada Tengku Aaron. Dia duduk di atas kerusi empuk bertentangan dengan Tengku Aaron. Senyum memanjang je Aaron ni? Macam menang loteri pun ada.

“Boleh tahan la. Cun. Nampak lembut dan ayu. Sejuk mata memandang.” Adam puji melambung. Betul-betul dia tak tahu apa yang ada dalam kepala kawannya itu.
“Siapa tu?” tanyanya sekali lagi.
“Tu lah calon isteri aku.” Ek?
“Bertudung?” Adam tak percaya. Biar betul!
“Kenapa? Salah ke?”
“Tak. Cuma pelik. Sejak bila tukar taste ni? Dah jadi buaya lebai ke?” Tengku Aaron gelak.
“Biasa la wei. Kalau nak cari bini, mesti la yang tau respect aku. Reti hukum-hakam Islam. Ya tak?” soal Tengku Aaron balik. Seburuk mana pun lelaki akan dicarinya jugak perempuan yang boleh dibuat bini. Tanyalah lelaki mana pun.

“Betul jugak. Kalau aku pun, aku akan cari orang bertudung. Biar aku je yang boleh tengok auratnya. Penampilan melambangkan akhlak. Insyaallah la kalau bukan yang jenis hipokrit,” sokong Adam. Cuma ada satu yang Adam pelik.

“Anyway, bila korang bercinta ni?” soal Adam pelik. Tak pernah dengar pulak membernya tu cerita pasal Damia. Tup-tup nak kahwin. Pandai pulak Tengku Aaron berahsia.
“Bila masa pulak aku cakap aku bercinta dengan dia?” Tengku Aaron sengih.
“Pulak. Tadi kau cakap dia calon isteri kau?” Adam pening. Memang perangai Tengku Aaron tak boleh nak ikut. Aci hentam undang-undang dia je.

“Memang dia calon isteri aku. Tapi kami tak bercinta pun.”
“Habis? Dia pilihan orang tua kau?” teka Adam lagi.
“Bukan la. Kau ingat aku ni dok zaman Jepun ke? Jodoh family tentukan? Kan hari tu aku cakap aku nak kahwin. Dia je calon yang aku nampak sesuai.”

“Dia je calon yang aku nampak sesuai?” Adam mula mencerna sebaris ayat tu. Tengku Aaron angguk.
“Kiranya, kau nak paksa dia kahwin dengan kau la ni?”

“Good assumption. Dan memang betul pun.” Tengku Aaron sengih.
Adam terkejut. Tak sangka Tengku Aaron serius nak kahwin. Dan tak sangka tekaan dia tepat.
“Wei.. tak baik hancurkan masa depan anak orang. Kau bukannya cintakan dia pun.” Adam kurang bersetuju. Kahwin-mahwin jangan dibuat main. Bukannya eksperimen menda tu.
“Peduli la. Bukannya aku mati kalau takde cinta. Pokoknya aku bersemangat nak kahwin ni. Cinta lain hal. Yang penting, aku tak nak kalah.”

Adam geleng kepala. Aku memang kalah kalau nak berdebat dengan mamat ni. Kalau berdebat dalam mahkamah pun agaknya semua peguam angkat bendera putih. Tok majistret pun agaknya angguk iakan je. Bukannya dia tak kenal Tengku Aaron Shah ni. Kalau dia kejar sesuatu, maka janganlah berharap dapat lepaskan diri. Gunung Everest pun boleh daki sebelah kaki je. Adoi.. Ni semua pasal dendam dengan Tengku Andrean la ni. Bilala mereka nak berbaik ni?

“Tapi, orang secantik dia takkan takde pakwe kot? Kau jangan.. tak pasal-pasal rosak hubungan dorang. Takkan kau nak jadi perampas kebahagiaan orang kot?” nasihat Adam.
“Dah jodoh dia dengan aku nak buat macam mana?” senang Tengku Aaron menjawab.
Eh, mudahnya dia bercakap? Kahwin pun belum. Adam geleng kepala.

“Aku yakin dia takde pakwe la.”
“Kenapa?”
“Sebab.. kalau aku rapat dengan dia semeter pun boleh diberi jelingan maut, macam susah nak didekati lelaki. Macam mana la nak ada boyfriend?” Tengku Aaron dah buat andaian sendiri.
“Ek ena.. kau tu sebab dah species ulat bulu. Bukan semua perempuan selesa.” Tengku Aaron sempat sengih.

“Dia patutnya beruntung sebab aku pilih dia. Dapat jadi isteri CEO, lepas tu jadi menantu Tan Sri.”
“Memang dapat jadi isteri CEO, menantu Tan Sri. Tapi, kalau kena layan perangai tiga suku kau tu, kalau aku pun aku tak nak. Malas aku nak layan kau ni.”
BAB 6
Aduh, letih Damia rasa! Dia terpaksa ulang-alik dari bilik meeting yang dijadikan bilik bertapa untuk hari ni ke bilik Tengku Aaron. Masuk kali ni dah lima kali.

“Kesian saya tengok awak. Asyik ulang-alik je,” tegur Tengku Aaron ikhlas. Tengok.. Tengku Aaron pun perasan.

“Apa kata awak stay je dalam bilik saya? Jimat masa dan tenaga,” cadang Tengku Aaron. Juga ikhlas.
Duduk berdua dengan dia dalam bilik ni? Huh! Aku rela bertawaf lagi. Nehi.. Never. Tak pasal-pasal jadi kes lain pulak. Dah la perangai tu bukannya boleh nak percaya.

“Takpe, Tengku. Saya perlukan ketenangan. Saya pun tak nak ganggu Tengku. Plus, walking is an exercise,” jawab Damia sespan mungkin. Tidak mahu mengecilkan hati Tengku Aaron. Damia senyum. Betul tu. Dia yang tersedia kurus agaknya boleh tertinggal tulang je.

Keluar dari bilik Tengku Aaron, betul-betul depan pintu masuk, Damia hampir terlanggar seseorang.
“Err.. sorry,” cepat-cepat Damia minta maaf.

“Hei.. tak nampak orang ke? Idiot,” tengking perempuan itu.
Damia angkat muka. Amboi, bahasa? Sebal hatinya melihat pemakaian perempuan itu. Ingat Ni pertandingan American Top Models ke? Pakai dress atas paha jer? Nasib baik la kaki takde kudis. Kenapa la tak naik je kurap setompok dua? Baru la reti nak tutup!

“Dah.. pergi,” halau perempuan itu dengan selambanya macam syarikat ni bapak dia yang punya. Tak tahu la kalau tu adik Tengku Aaron. Tapi, nampak muka tak sama langsung. Kulit perempuan tu pun gelap. Macam India je aku tengok. Best Damia mengutuk sebelum buka langkah.

“Siapa tu?” soal Damia kepada Mellisa. Kebetulan bertemu..
“Tu Cik Lysda.”

Ooo.. Agaknya girlfriend dia kot… Kenapala girlfriend-girlfriend Tengku Aaron ni takde tatasusila semuanya? Penat…

“Ehh.. Mana pulak kertas ni?” rungut Damia lagi.

Dah setiap fail sudah dibelek. Tapi, tetap tak jumpa. Mana kau menyorok, wahai kertas? Tiba-tiba Damia tepuk dahi. Allah. “Mesti tertinggal dalam bilik malaun tu.”

Arghh.. malasnya dia nak kembali ke bilik Tengku Aaron. Dahlah jauh bilik tu. Kena naik setingkat. Waa.. kenapa boleh tertinggal ni? Tula.. Tengku Aaron suruh stay bilik dia, tak nak. Damia mengeluh. Nak tak nak, dia mesti pergi ambil sebab dia memang perlukan kertas tu untuk siapkan tugasnya.

Padan muka kau, Damia. Walking is an exercise. Banyakla kau punya exercise..

Damia ketuk pintu. No respon. So, dia redahla macam biasa. Betul-betul tak sangka dapat tengok freeshow. Tergamam habis. Nasib baik tak pengsan je dia. Dan masa tulah Tengku Aaron cepat-cepat rungkaikan pelukan perempuan seksi itu pada lehernya.

Tengku Aaron pandang laptop. Lysda merengus kasar. Marah kot sebab dia kacau adegan romantik tu. Agaknya apa yang akan berlaku kalau Damia tak redah tadi? Ah.. Amal makruf, nahi mungkar!
“Haa.. awak nak apa ni?” Suara Tengku Aaron sama ada memang betul nak marah atau sengaja nak tutup malu dan rasa bersalah.

“Saya ketuk pintu. Tapi, takde respon, jadi saya masuk la. Saya nak ambil kertas saya yang tertinggal.” Damia menjelaskan niatnya. Kononnya tak kisah dengan apa yang berlaku tadi padahal hati sentap habis. Entah berapa kilo sumpah seranah kepada lelaki itu.
“Ooo.. ni dia.”

Kertas A4 putih itu bertukar tangan. Langsung Damia tak peduli dengan Lysda yang tengok Damia macam nak kasi tembus. Damia tetap tenang. Tapi, dalam hati tengah tahan rasa menyampah yang amat. Betul la orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya darat ke buaya platinum? Entah..

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Damia mula melangkah. Sampai depan pintu, dia berpaling.
“Oh, ya! Bukan nak menyibuk. Tapi, sebagai umat Islam yang mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran, saya rasa eloklah kalau Tengku dan Cik Lysda cepat-cepat kahwin kerana antara seorang lelaki dan seorang perempuan bukan muhrim, ada syaitan di tengah-tengah…”

Free-free Damia bagi ceramah. Kaw-kaw dia Clorox. Siap campur varnish lagi.

“Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam.” Damia keluar.
Tak peduli dah dengan riak Tengku Aaron dan Lysda yang jelas-jelas tergamam. Dan tak peduli juga dengan Adam yang tengah terkekek-kekek ketawa menekan perut yang berdiri betul-betul di depan pintu masuk bilik CEO.

Entah apa yang lucu, Damia sendiri tak tahu. Nasihat je..

Selepas kena berus dengan Damia, Lysda terus angkat kaki. Patah mood nak bersama Tengku Aaron. Tak tau pulak syarikat Tengku Aaron dah ada ustazah sorang. Dan hidup Tengku Aaron kembali tenang tanpa gangguan Lysda. Syukur juga sebab Damia Dah jadi penyelamat biarpun dah dapat kuliah free hari ni.
Namun, ada satu hal yang buat dia geram. Adam! Sakit hati dia tengok Adam yang dah sakan gelak. Dia tak rasa sikit pun lucu.

“Wei, diamlah!” Rasa macam nak humban je Adam dari tingkat lima puluh lima ni. Tapi, kalau betul terjadi grenti sahabatnya itu jadi arwah. Dia masih sayangkan Adam. Sengal-sengal Adam pun, tulah kawan dia dunia akhirat.

“Sorry, bro. So lawak la. Aku memang tak boleh nak ingat. Tambah pulak bila ingat muka tergamam habis si Lysda tu.” Adam kembali ketawa.

“Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam,”ajuk Adam. Sedikit sebanyak kata-kata Adam buat Tengku Aaron tersenyum. Betul la lucu!
“Tak sangka betul dia berani nak brainwash kau. Memang kena berus directly proportional la. Clean and clear. Macam mana? Ada aura nak insaf tak?”
Hai.. ni dah lebih ni!
“Dam, kau pernah rasa tak macam mana model kapal terbang ni masuk mulut?” soal Tengku Aaron geram. Salah satu model kapal terbang Triumph Air yang menghiasi mejanya dah digenggam. Bila-bila masa boleh dilancarkan ke dalam mulut orang. Ketawa Adam dah mula mereda. Tapi sengih masih bersisa.
“Betulla aku rasa dia ni sesuai untuk kau. Aku rasa aku setuju kalau kau nak jadikan dia wife kau.” Adam dah berdiri.

“Even ni satu perkara yang kejam, and aku tak tau apa yang aku cakap ni salah atau betul, I wish you good luck to win her heart,” tambah Adam lagi sebelum keluar.

Damia buat-buat selamba saat terasa bagaikan diperhatikan. Angkat muka, memang betullah andaiannya. Tengku Aaron tengah asyik memandangnya. Naik segan Damia dibuatnya.

“Kenapa Tengku tengok saya macam tu?” soal Damia. Kalau ada tiga mata, agaknya ketiga-tiga mata detenungnya aku. Agaknya dia marah kot sebab kena ceramah tadi? Nak balas dendam? Entah la..
“Nak cuci mata pun tak boleh ke?”

Nak cuci mata pun tak boleh ke? Hii..aku korek jugak mata dia ni! Aku datang sini bukan nak suruh kau cuci mata. Dan aku pun tak nak cuci mata. Tak boleh la wei… Kalau kau tenung aku macam tu, buatnya aku jatuh cinta dengan muka kacak membunuh kau tu, tak ke haru? Tak kesian ke aku? Nanya wei.. nanya.
“Pandangan mata seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya mesti dijaga. Kalau tak nanti jatuh ke hukum zina mata,” sekali lagi Damia bagi ceramah. Tersenyum tengku Aaron mendengarnya. Ni mesti cita-cita masa kecik nak jadi ustazah ni. Kesian.. Tak kesampaian.

“Awak ingat tak perbincangan kita yang sebelum ni yang tak sempat habis lagi,” kata Tengku Aaron tiba-tiba. Damia cuba mengingat.
“Yang mana, ya? Rasanya semua dah habis.”
“Awak dah lupa..”
“Saya tak ingat la pulak…” Damia cuba mengingat. Betulla takde.. konfem!
” Saya pernah offer awak, nak jadi isteri saya tak?” Terus tegak duduk Damia.

Sengal la dia ni. Isu tu jugak yang dibangkitkan. Tu out of the issue la!
Damia tak dapat tahan daripada nak tergelak. Sampai nak berair matanya gelakkan ‘offer’ Tengku Aaron. Bila angkat muka, tajam pandangan lelaki itu mencecah matanya. Terus putus tawa Damia.
Jangan cakap dia serius pulak!

“I’m serious.”

Betulla dia serius. Damia sudah berdebar. Hal-hal macam ni, tak boleh dibuat main! Apa dia ingat aku ni anak kucing ke? Aku anak orang, tau? Ada mak bapak. Dasar gila nak berbini!

“Saya betul-betul nak awak jadi wife saya.” Kali ni dah bunyi macam satu paksaan pulak. Betulla dia ni gila talak. Hati Damia dah meradang. Tapi, memandangkan Tengku Aaron orang penting bagi syarikatnya, diskaun lima puluh peratus suhu marahnya. Sabar.. Sabar..

“Jangan macam tu, Tengku. Nanti kecut habis segala organ dalaman girlfriend Tengku.” Damia cuba berhemah. Hati dah berdebar bukan main melihat riak serius Tengku Aaron. Ni part yang paling dia tak suka. Bila Tengku Aaron bermuka serius! Waa.. Ngeri seh.. Nak lawan pun kena fikir dua tiga kali dulu.
“I’m very serious,” tekan Tengku Aaron lagi. Bukti yang dia memang tak main-main.

Terus terdiam Damia. Suara pun tak berani nak keluar. Apa hal pulak ni nak paksa-paksa orang kahwin ni? Kenal pun tak berapa. Beraninya dia? Kalau aku ni kaki kikis, macam mana?

“Ingat saya cakap, you will find out? This is what you found out. Atau awak betul-betul nak saya tarik sponsor RM300 million tu?” ugut Tengku Aaron.

Dah main ugut-ugut la pulak. Damia dah tak sedap duduk. Syarikat.. Syarikat jugak! Tapi hal jodoh jangan dibuat main.

“Tapi Tengku, kahwin bukan sampai esok je. Tengku boleh mintak apa je. Asalkan bukan yang ni. Ni melibatkan future saya. Juga future Tengku.”
“Pokoknya, saya nak awak kahwin dengan saya. Titik.”

Waa.. Damia dah rasa nak nangis. Umi.. tolong!! Kalau Tengku Aaron pokoknya nak kahwin dengannya, dia pula jangankan pokok. Daun ke, akar ke, bunga ke… dia tetap tak nak kahwin. Tambah pula dengan Tengku Aaron yang memang dah kena blacklist jadi calon suaminya.

“Cuba awak bayangkan. Apa yang akan terjadi kat Raffi Holdings kalau saya tarik balik sponsor ni. Boleh jatuh muflis, tahu? Dan awak pun akan hilang kerja.” Dengan berlagak nak mati, Tengku Aaron berkata.
Huh! Sombong dan pentingkan diri sendiri.

“Damia.. Damia.. don’t be too selfish. Awak nak ke semua orang tahu yang gara-gara awak, Raffi Holdings jatuh? Semua orang takkan pandang salah saya. Percayalah.. Sayang.. Syarikat tu baru je nak melonjak naik sekarang ni.” Tengku Aaron terus-terusan mengugut.

Nak nangis Damia dibuatnya. Aku je yang dia nampak selfish. Habis, dia tu apa? Selchicken? Kalau tak setuju, tak mustahil Tengku Aaron melaksanakan kata-katanya. Kalau betul terjadi, sanggup ke dia bertanggungjawab. Tapi,takkan nak setuju pulak? Gila! Betulla ditelan mati emak, diluah mati bapa. Silap-silap dia pun boleh mati jugak.
“Tapi..”
“Think of it, Damia. I know it is hard for you. I give you one week to say yes,” putus Tengku Aaron.
Damia terkaku di kerusi empuk itu. Hanya melihat langkah bergaya Tengku Aaron meninggalkan bilik mesyuarat. Bagaikan tak percaya dengan ugutan Tengku Aaron.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.