Cara Semak PTPTN Menerusi SMS

Cara semak PTPTN menerusi SMS. Baru-baru ini pihak PTPTN telah melancarkan satu produk baru iaitu SSPN-i plus. Ia merupakan antara produk yang kini sedang mendapat sambutan yang agak baik. Tetapi saya bukan nak cerita mengenai SSPN-i plus, tetapi nak kongsikan cara-cara untuk membuat semakan berkaitan pinjaman PTPTN menerusi SMS.

Cara semakan PTPTN menerusi SMS ini adalah merupakan kemudahan yang dikhususkan kepada peminjam PTPTN dan pendeposi SSPN. Peminjam PTPTN boleh menggunakan perkhidmatan semakan menerusi SMS ini tuntuk mengetahui baki pinjaman pendidikan manakala pendeposit SSPN pula menggunakan servis menerusi SMS ini untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Segalanya dilakukan secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih.
Cara Semak PTPTN Menerusi SMS

Cara Semak PTPTN Menerusi SMS

Cuma taipkan:

Untuk Semakan Baki Pinjaman PTPTN

  • Taip - PTPTN PINJAM [Nombor KP] [Nombor Pin] dan hantar ke 33199
  • Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

Untuk Semakan Baki Akaun SSPN

  • Taip - PTPTN SSPN [No Akaun SSPN] dan hantar ke 33199
  • Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986

Untuk Mendapatkan Nombor Pin

  • Taip - PTPTN NOPIN [Nombor KP] dan hantar ke 33199
  • Contoh: PTPTN NOPIN 820504159636

Untuk Semakan Senarai Hitam PTPTN

  • Taip - PTPTN LEGAL [Nombor KP] [Nombor Pin] dan hantar ke 33199

Untuk Semakan Status Permohonan Ujrah PTPTN

  • Taip - PTPTN UJRAH [Nombor KP] dan hantar ke 33199
  • Contoh: PTPTN UJRAH 720222025402

Untuk Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN

  • Taip - PTPTN WPP [Nombor KP] dan hantar ke 33199
  • Contoh: PTPTN WPP 800917085428
Cara Semak PTPTN Menerusi SMS

Semoga bermanfaat.


3 comments.. read them below or add one

Pakar Merawat Sihir Pakar Merawat Sihir June 20, 2015
Kalau yang dah bekerja tu bolehlah mula bayar.Semalam saya ada terdengar di berita yang peminjam boleh bayar serendah RM50.
Pinkbubblegumprincess Pinkbubblegumprincess June 20, 2015
hihi..kalau byr rm50 je, kadar faedah ptptn tu pun tak lepas.. :')
Uncle Zuan Uncle Zuan June 22, 2015
wahh sangat mudah. alhamdulillah, dah bayar secara konsisten selama 5 bulan. harap takde yang miss :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.