5 Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel, Resort serta Restoran

Cara semak sijil halal buffet Ramadhan bagi hotel dan resort Malaysia. Setiap kali Ramadhan, pasti banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej berbuka puasa secara buffet. Ini termasuklah restoren-restoren terkenal di Malaysia. Dalam keghairahan ini, orang ramai seharusnya berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan pakej buffet Ramadhan yang murah yang ditawarkan oleh hotel dan resort di Malaysia. Adalah penting untuk orang Islam khususnya membuat semakan halal buffet Ramadhan ini menerusi Direktori Halal Malaysia.

Mungkin ramai yang kurang jelas dan faham tentang bagaimana untuk menyemak perakuan sijil halal untuk pakej buffet Ramadhan yang disediakan oleh hotel-hotel dan resort ini. Untuk itu, saya sediakan sedikit panduan khas untuk menyemak kesahihan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim, khususnya untuk pakej buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh hotel-hotel dan resort di Malaysia.

5 Cara Semak Status Halal Buffet Ramadhan Hotel dan Resort Malaysia

Cara Semak Halal Buffet Ramadhan Hotel
Terdapat beberapa cara untuk menyemak status halal tawaran buffet Ramadhan oleh hotel, resort dan restoran sempena bulan puasa 2015 ini. Saya akan berikan 5 cara yang boleh digunakan untuk anda menyemak status sah sijil halal Jakim yang dipunyai oleh hotel, resort dan restoran di Malaysia.

Cara 1 - Menerusi Semakan Direktori Hotel - Halal Malaysia

  1. Anda perlu pergi ke pautan berikut - Senarai Direktori Hotel Malaysia - Halal Jakim 
  2. Buat carian menerusi negeri menerusi kotak carian disediakan seperti ditunjukkan di bawah ini. Jika anda memaparkan semua negeri, anda akan lihat sebanyak 437 senarai hotel dan resort di Malaysia yang mempunyai sijil Halal Jakim (setakat entri ini ditulis).
Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel

Cara 2 - Menerusi Semakan Direktori Am (Gunakan kata kunci carian am) - Halal Malaysia

  1. Anda perlu pergi ke pautan berikut - Direktori Am Halal Malaysia - Halal Jakim
  2. Anda boleh buat semakan dengan mengisi maklumat carian - Resort, Chalet, Restaurant, Hotel, Inn dan Kitchen). Setiap satu maklumat carian ini akan hasilkan keputusan yang berbeza.
  3. Lihat pada contoh di bawah ini, menerusi carian Resort, anda akan nampak senarai 97 syarikat yang mengendalikan resort yang memiliki sijil halal dan juga 183 premis makanan yang berada di dalam resort-resort di Malaysia.
Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel
Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel

Cara 3 - Menerusi Semakan Direktori Am (Gunakan kata kunci khas) - Halal Malaysia

  1. Anda perlu pergi ke pautan berikut - Direktori Am Halal Malaysia - Halal Jakim
  2. Anda boleh buat semakan dengan mengisi maklumat carian yang lebih khusus, contohnya saya mahu mencari kesahihah sijil halal yang ditawarkan menerusi Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Jadi, saya masukkan nama kelab golf tersebut di dalam carian, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel

Cara 4 - Menerusi SMS - Halal Malaysia

  1. Anda boleh menyemak sijil halal dengan menggunakan SMS. Menerusi cara ini, anda perlu mengetahui nombor pendaftaran syarikat tersebut. Anda boleh dapatkan nombor ini di hotel, restoran dan juga resort yang selalunya dipaparkan di front desk atau lobby.
Cara Semak Status Sijil Halal Buffet Ramadhan Hotel

Cara 5 - Menerusi Facebook Hab Halal Jakim

Anda boleh membuat pertanyaan dan semakan di facebook Hab Halal Jakim. Namun begitu, respon menerusi cara ini mungkin agak lambat sedikit, kerana aduan dan juga pertanyaan banyak dilakukan di sini. Nasihat saya, jika mahu juga gunakan cara ini, pastikan anda bertanya untuk kemushkilan mengenai sijil halal sesuatu produk yang mungkin menggunakan nama yang mengelirukan, contoh Minyak Yu Yee Cap Limau. Anda mungkin tidak dapat mencari butiran sah sijil halal menerusi 3 cara lain, kerana ia menggunakan nama Yu Yee Oil.

Semoga entri ini bermanfaat buat semua.

Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog hasrulhassan.com ...

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.